PERKAKAS DAN DAPUR KEKAL BERSIH DENGAN SPAN PENYENTAL, SCOTCH-BRITE SCRUB DOTS

Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge diperkenalkan supaya perkakas dan dapur di setiap kediaman menjadi kekal lebih bersih.

Baru-baru ini jenama Scotch-Brite telah melancarkan produk-produk span penyental, Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge yang mampu menghapuskan kotoran degil dengan mudah serta menangkis bau hapak. 

Berbekalkan hasil kejuruteraan bintik-bintik penyental proprietari, Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge mampu membersihkan kotoran degil tanpa memerangkap partikel makanan dalam span tersebut, sekali gus membantutkan pembiakan kulapuk, di samping meningkatkan jangka hayat alat pencuci ini. 

Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge bukan sahaja dapat menaik taraf kebersihan dapur, malah varian penyental yang bersifat kalis calar juga dapat melindungi perkakas anda daripada kesan calar dan kerosakan lain ketika mencuci.  

Scotch Brite Scrub Dots Scouring Sponge

Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge wajib ada di dapur kerana:

•     Ia dapat dibilas bersih – Partikel makanan yang terperangkap pada permukaan penyental biasa sukar untuk dibersihkan. Dengan Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge, partikel makanan yang melekit seperti telur dan keju pun boleh dibilas dengan mudah, lantas memastikan ia sentiasa bersih selepas digunakan.

•     Menyental dengan pantas – Bukan seperti penyental konvensional, Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge mampu membuang kotoran degil dengan mudah dan pantas.

•     Kekal bersih – Berbekalkan ciri-ciri kerintangan anti mikrob, Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge mampu membantutkan pembiakan bakteria, jadi ia bebas bau hapak yang dikeluarkan oleh bakteria. 

•     Aneka variasi – Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge disediakan dalam varian Kalis Calar khas untuk perkakas kalis lekat dan kaunter dapur, termasuk varian Tahan Lasak untuk menghapuskan kotoran yang lebih degil.

Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge

Membiak Pelbagai Jenis Pencemaran

Jangan tak tahu, alat sekecil span penyental yang kotor mampu membiak pelbagai jenis pencemaran seperti kulapuk dan bakteria. 

Para penyelidik Jerman dari Universiti Furtwangen juga telah menggelarkan span dapur sebagai inkubator mikrob , dan mereka mendapati bahawa secebis span yang bersaiz sebutir gula mampu menempatkan sebanyak 54 bilion bakteria, sebilangan kecil daripadanya mungkin bersifat patogenik dan boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan.  

Kajian penggunaan dan sikap (U&A) yang dijalankan oleh Nielsen menunjukkan bahawa dalam kalangan 501 orang pengguna Malaysia yang pernah menggunakan mana-mana produk penyental sepanjang 12 bulan yang lalu, 91% daripada mereka menyatakan bahawa kebersihan dan ketahanan produk penyental merupakan perkara utama yang mereka bimbangkan. 

Menurut kenyataan 3M Innovation Singapore Pte Ltd berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Nielsen, dari 17 Mei – 7 Jun 2019, dalam kalangan 501orang wanita di Malaysia yang berusia 25 – 55 tahun, dengan pendapatan isi rumah melebihi RM 2,000; Berperanan utama bagi Kategori Pembersihan Rumah; Pengguna Semasa bagi Kategori Pembersihan Rumah

Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge diperkenalkan agar perkakas dan dapur anda kekal lebih bersih.

Scotch Brite Scrub Dots Scouring Sponge

Bertentangan dengan kepercayaan umum, kuman tidak dapat dibunuh secara efektif dengan hanya memanaskan span penyental menggunakan ketuhar gelombang mikro. Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2017  mendapati bahawa hanya sebilangan kecil kuman sahaja yang akan terhapus ketika anda cuba membasminya, kuman berbaki yang paling kuat, berbau dan mungkin bersifat patogenik masih akan wujud.

Kemudian ia akan membiak dan memenuhi ruang yang diduduki oleh kuman yang telah mati. Maka span penyental anda akan menjadi lebih busuk dan tercemar. 

Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge

Cara untuk memastikan span penyental anda kekal bersih:

Dengan bintik-bintik penyental khas terletak pada Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge yang menangkis kotoran, berserta dengan material anti-bakterianya yang mampu mengekang pembiakan bakteria, tugas untuk menjaga penyental dapur anda sudah pun menjadi lebih mudah. 

Pastikan anda memerah span anda sehingga kering selepas ia digunakan, jika anda membiarkan ia basah dalam jangka masa yang panjang, bakteria dapat membiak dengan lebih mudah. 

Span penyental juga akan menjadi lusuh dengan lebih cepat jika ia sering direndam dalam singki atau pinggan mangkuk yang berisi air dan sabun. Ia akan menyerap kelembapan dan kuman.

Pastikan anda memanfaatkan alat penggantung span untuk membiarkan span penyental anda kering dan membolehkan udara melalui rongganya. Dengan memastikan span penyental anda sentiasa kering apabila ia tidak digunakan, anda dapat memanjangkan jangka hayatnya, penggantian span penyental yang dibuat sekali setiap tiga minggu juga adalah mustahak.

Boleh Didapati

Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge kini boleh didapati di Tesco, Aeon Big, Aeon, Giant, Jaya Grocer, Ace Hardware, Mr. DIY, Homepro, Redtick, Sunshine serta platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Sempena pelancarannya, Scotch-Brite Heavy Duty Scrub Dots Scouring Sponge ditawarkan pada harga runcit yang disyorkan (“RRP”) bernilai RM 4.00 untuk 1 keping dan RM 6.30 untuk 2 keping.

Manakala RRP bagi Scotch-Brite Non-scratch Scrub Dots Scouring Sponge bernilai RM 4.40 untuk 1 keping dan RM 6.90 untuk 2 keping sepanjang bulan Ogos dan September 2020.

(Visited 4,894 times, 1 visits today)

Back to top