Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

Sentiasa Lapar, Ketahui 8 Sebab Kenapa Begitu?

Posted on 11/12/201611/13/2016 by 123mamanet

sentiasa laparSentiasa lapar? Kenapa asyik nak makan tanpa henti? Perut anda mungkin tidak ada cacing atau anda tidak bela hantu raya tapi kenapa asyik lapar saja? Mulut sentiasa hendak mengunyah.

Isi Kandungan hide
1 8 sebab kenapa anda sentiasa lapar

 

 

Setiap kali anda cuba menahan lapar, anda akan lebih rasa lapar seolah-olah sudah seminggu anda tak makan.  Anda biasa dengar masalah ini? Atau anda sendiri yang mengalaminya? Mari kita lihat apa punca sebenarnya masalah sentiasa lapar ini. Ketahui juga kenapa anda cepat lapar.

 

8 sebab kenapa anda sentiasa lapar

 

  1. Tidur terlalu lewat
sentiasa lapar
foto-diyhealthremedy

Anda kurang tidur maka hormon lapar anda akan kucar-kacir. Hormon ghrelin akan naik mendadak dan menyebabkan anda berasa lapar. Ia menyebabkan hormon leptin (yang membantu anda berasa kenyang) semakin berkurang.

 

Kekurangan tidur juga akan meningkatkan tahap bahan kimia dalam darah bahan kimia yang menimbulkan rasa lebih ingin menikmati makanan, percaya atau tidak, kesannya sama seperti anda mengambil ganja. Demikian menurut satu kecil dari University of Chicago.

 

Peserta yang tidur hanya kira-kira empat jam pada waktu malam (tidur sihat 7.5 jam) tidak dapat menahan apa yang dipanggil “sangat sedap, memberi ganjaran kepada makanan ringan” – maka mereka mahu mencari yang manis, berkrim, manis atau masin walau pun mereka baru makan makanan berat sejam dua yang lalu.

 

Matlamat anda, bermula malam ini, tutuplah mata anda selama tujuh hingga sembilan jam. Helah ini boleh membantu anda menurunkan berat badan semasa anda tidur.

 

  1. Anda makan lempeng bukan telur dadar

Anda cuma makan lempeng tepung atau jemput-jemput dengan sos pedas atau manis.

Kajian dari University of Missouri mendapati wanita yang makan sosej tinggi protein dan sarapan telur berasa kurang lapar dan lebih kenyang sepanjang pagi. Berbanding wanita yang makan karbohidrat seperti lempeng atau pankek.

 

Dalam kajian lain yang menggunakan fungsi pengimejan resonans magnetik (fMRI), keputusan menunjukkan yang mengambil sarapan sihat, terutama yang tinggi dalam protein, mengurangkan isyarat otak mengenai rasa lapar.

 

“Protein boleh melawan nafsu makan dan meningkatkan rasa kenyang pada waktu makan,” kata Angela Ginn-Meadow, RD, LDN, CDE, jurucakap Akademi Pemakanan dan Dietetik.

 

  1. Anda hanya makan rendah lemak
sentiasa lapar
foto-umb-org

Makanan  yang diproses tidak semestinya lebih baik untuk anda. Hal ini kerana ia mengandungi gula tambahan, lebih garam dan tinggi kalori. Tetapi kita sering melakukannya kerana terpedaya dengan dakwaan rendah lemak.

 

Pergilah kepada yang segar kerana ia lebih baik. Tidak mengapa anda mengambil sedikit lemak tepu. Kerana sama seperti protein dan serat, lemak membantu anda berasa kenyang.

 

Lemak akan mengosongkan perut anda secara perlahan-lahan dan ia hormon pencetus kenyang. Makanan yang mengandungi lemak yang sihat seperti minyak zaitun, kacang, bijirin dan avokado mempunyai kalori tinggi. Jadi, makan dengan porsi yang betul.

 

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan orang dewasa yang sihat mengambil lemak antara 20 hingga 35 peratus daripada jumlah kalori setiap hari (atau 44 ke 78 gram untuk diet 2000 kalori).

 

  1. Air, air, air

Rasa lapar hingga pedih perut sebenarnya mungkin memberitahu yang anda haus. Ada kala tekak anda tidak memberikan isyarat haus tapi tubuh anda yang sedang memerlukan air.  Jadi, sebelum anda mencapai snek atau kerepek kentang, hiruplah sedikit air atau menikmati secawan teh dan menunggu sedikit masa untuk menghilangkan rasa mahu mengunyah.

 

Sentiasa terhidrat (minum air yang cukup) dapat membantu anda mengawal selera makan dan berat badan. Demikian menurut satu kajian dari Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Ahli-ahli sains mengkaji tabiat pemakanan lebih daripada 18,300 orang dewasa dan mendapati majoriti orang-orang yang menambah pengambilan air harian mereka dengan satu hingg tiga cawan dapat mengurangkan sehingga 205 kalori setiap hari. Bahkan dapat mengurangkan penggambilan lemak tepu, gula, sodium , dan kolesterol.

 

Ikuti sambungan artikel  Ketahui 8 sebab kenapa anda sentiasa lapar ini esok.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme