Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
Menu
hilangkan bau mulut

Hilangkan Bau Mulut Ketika Berpuasa

Posted on 05/31/201709/17/2023 by 123mamanet

Tentu ramai yang nak tahu solusi mudah untuk hilangkan bau mulut terutama ketika kita berpuasa. Bau mulut sering menjadi masalah bagi setiap orang yang berpuasa. Perkara ini sangat menganggu, apatah lagi jika kita perlu berhadapan dengan ramai orang.

Isi Kandungan hide
1 5 Tips Hilangkan Bau Mulut
1.1 Minum Air Masak Secukupnya
1.2 Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran
1.3 3. Kurangkan Pengambilan Bawang Merah dan Bawang Putih
1.4 Hindari Makan dan Minuman Berasid
1.5 Perbanyakkan Karbohidrat

hilangkan bau mulut

5 Tips Hilangkan Bau Mulut

Bau mulut boleh mempengaruhi keyakinan diri kita. Jadi, apakah cara atau solusi efektif untuk hilangkan bau mulut tersebut? Anda boleh solusi yang Mamanet kongsikan ini.

  1. Minum Air Masak Secukupnya

Kekurangan cairan juga boleh menjadi punca mulut kita berbau busuk. Pastikan kita minum 8 gelas sehari, penuhkan ketika berbuka puasa dan juga bersahur. Air masak mampu membilas bakteria di mulut dan meningkatkan jumlah air liur untuk membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut.

 

  1. Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika bersahur dan berbuka puasa boleh membantu mengurangkan masalah bau mulut yang tidak sedap.Buah seperti strawberi dan blueberi mengandungi vitamin C yang mampu mencegah infeksi dan ulser pada mulut.

Di samping itu, lobak merah, saderi dan juga buah epal boleh menyingkirkan bakteria serta membersihkan makanan yang terselit di celahan gigi.

Baca Juga:

Sayur-Sayuran Untuk Diet

Rawat Kulit Muka Sensitif

 

hilangkan bau mulut

3. Kurangkan Pengambilan Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang merah dan bawang putih pada makanan juga boleh menyebabkan munculnya masalah bau mulut.Bau yang menyengat itu mampu bertahan di mulut meskipun kita sudah menikmati pencuci mulut.

Bawang mengandungi persenyawaan sulfur yang membuatkan bau bawang terserap dalam peredaran darah dan akan keluar ketika kita menghembus nafas.

 

  1. Hindari Makan dan Minuman Berasid

Asid boleh mengundang bakteria dalam mulut membiak. Asid juga akan membuatkan mulut kita menjadi kering kerana pengeluaran air liur berkurangan dan mulut menjadi tidak bersih.

Di samping itu, hindari makanan dan minuman seperti kopi, coklat, berkarbonat, sos pasta dan daging berlemak supaya nafas segar selalu.

 

  1. Perbanyakkan Karbohidrat

Karbohidrat juga mampu hilangkan bau mulut yang menyengat. Pengambilan karbohidrat ketika bersahur dan berbuka puasa perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah bau mulut ini.

Cuba lengkapi menu berbuka puasa dan juga bersahur dengan menikmati pisang, gandum dan biji-bijian.

Itulah beberapa cara hilangkan bau mulut. Selain itu, jangan lupa berus gigi secara rutin serta berkumur dengan ubat kumur selepas memberus gigi!

 

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Advertisement

Artikel Popular

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….
  • Pepsodent Lancar Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut
  • Little Caliphs Karnival Mega Ulang Tahun ke 20
  • Kiddocare dan FWD Takaful Lancar “MindCare”
  • Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023
  • Mata Letih : Cuba 8 Cara Segarkannya

Recent Posts

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

© 2023 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme