SYAWAL SHOWCASE BAHARI ASYEK 2020 SERLAH KEANGGUNAN WANITA

Sudah 12 tahun Butik Bahari Asyek berada di persada dunia fabrik dan fesyen tempatan. Kekal menjunjung konsep warisan tradisi, jenama ini terus mencipta nama membawa pelbagai fesyen busana tradisional dan trend terkini yang cukup menyerlah keanggunan seorang wanita! 

32 Rekaan Baru Sempena Syawal 2020

Menjelang Syawal 2020 pada bulan May nanti, Bahari Asyrk  menampilkan 32 rekaan baru yang masih mengekalkan ciri warisan dan tradisional. Sewaktu pertunjukan fesyen Bahari Asyek Showcase 2020 yang lalu, sebanyak 17 rekaan baru telah ditampilkan. Antaranya, Kurung Moden Puspa, Kurung Kuno Kapas, Kurung Riau cotton raw silk berperada emas, Kurung Riau Tenun, Kurung Poket dua, Kebaya Pahang cotton Chop, Kurung Tun Fatimah, Kurung Sultana,Kurung Kelas, Kurung Archipelago, Kurung Dandia, Kurung Moden ‘Rosalinda’, Kurung Kuno Bintang Seribu, Kebaya Riau Cengkih, Kurung Tun Teja, Kebaya Cik Siti Wan Kembang dan Kebaya Dayang Senandung.

Pelbagai corak, warna, potongan dan juga sulaman yang ditawarkan. Memang nampak cukup eksklusif dan memilki keunikan tersendiri.

Menurut pemiliknya, Puan Zahalina, selaku Pengarah Urusan Bahari Asyek, selain  daripada 17 reakaan yang diperagakan sewaktu Syawal Showcase 2020 tersebut, mereka turut mengulang rekaan tahun sebelumnya dengan mengetengahkan kembali buasana yang mendapat permintaan ramai. Antaranya Kebaya 4 Dara, Kebaya Siti Zaleha, Kurung Kedah Sunti dan Kurung Kedah Seri. 

Bagi anda yang mahu mendapatkan rekaan tersebut,bolehlah datang ke premis butik Bahari Asyek. Tengok dan pilih sendiri yang mana satu menjadi pilihan di hati. Memang rambang mata di buatnya!

Beli Secara Online

Bagi anda yang tak ada masa atau kesempatan untuk singgah ke Butik Bahari Asyek, anda boleh membelinya secara online.  Anda boleh ke aplikasi Instagram,

@bahariasyek.co 

Terdapat dua kaedah jualan online yang ditawarkan:-

Pertama: Promosi/Jualan Buasana Koleksi Pilihan Bahari Asyek (yang mana mengkhususkan untuk pelanggan dan penggemar yang berada di luar daerah serta serata negeri, terutama di Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura)

Kedua: Promosi/Jualan Khusus Busana Online Mampu Milik ( menyasarkan pelanggan serta penggemar yang mencari busana yang berada dalam harga mampu milik)

Jadi, anda yang meminati koleksi Bahari Asyek atau yang mencintai busana Tradisional Melayu, jangan lupa merebut peluang baik ini. 

Maklumat lanjut layari FB: Bahari Asyek

Instagram: @bahariasyekofficial

@bahariasyek.co

(Visited 4,802 times, 1 visits today)

Back to top