Ramai yang tidak menyedari, pertumbuhan terbantut merupakan satu masalah utama yang menjejaskan sebahagian besar populasi rakyat Malaysia. Hakikatnya, didapati 1 daripada 5 kanak-kanak bawah 5 tahun mengalami pertumbuhan terbantut. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, angka ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada purata 7% masalah ini di negara-negara berpendapatan sederhana tinggi….