BILA tiba musim buah-buahan, maka muncullah pelbagai pesta khususnya pesta makan durian! Bagi penggemar durian, terbau durian sahaja sudah tergoda. Apatah lagi, jika dimakan beramai-ramai, terasa sungguh nikmat dan meriah! Jom kita lihat tip cara memilih durian yang elok dan sedap.