Cara merangsang otak bayi. Semua ibu bapa mahukan anak mereka membesar sihat, cerdas dan pintar. Malangnya ramai juga yang mengharap perkara itu berlaku di bangku sekolah. Hakikatnya mereka silap. Anak yang cerdas dan pintar terhasil daripada rangsangan awal usia 0-6 tahun kerana waktu inilah ibu bapa perlu amalkan cara merangsang otak bayi.