TAIWAN ADVANCED NANOTECH (TANBead) RANGKUL ANUGERAH TAIWAN EXCELLENCE 2021

Ditubuhkan pada tahun 2004, Taiwan Advanced Nanotech Inc (TANBead) merupakan sebuah syarikat yang menjalankan rekaan dan inovasi khusus bagi teknologi pengekstrakan asid nukleik, serta merupakan pengilang terbesar manik nanomagnetik, reagen pemurnian asid nukleik dan mesin pengekstrakan asid nukleik di Taiwan. 

Apa yang menariknya sehingga kini, TANBead menghasilkan penyelesaian praktikal dan berkesan yang boleh membantu pelbagai situasi kesihatan. 

Baru-baru ini, TANBead telah merangkul anugerah Taiwan Excellence 2021 menerusi mesin MaelStrom 4800. Mesin ini mampu melakukan pengekstrakan 48 sampel secara sekaligus. Hadir dalam saiz yang lebih ringan dan kecil berbanding mesin Maelstrom lain, mesin ini masih mampu menjalankan proses pengekstrakan 50% lebih banyak berbanding mesin lain yang terdapat di pasaran. Di Taiwan, mesin ini membantu dalam menjalankan pengekstrakan asid nukleik bagi sampel COVID-19 dalam masa 30 minit. 

Ternyata, aplikasi yang hadir pada mesin Maelstrom 4800 membantu dalam meningkatkan kecekapan proses pemeriksaan serta produktiviti keseluruhan. 

Bercakap dengan Frank Wang, Pengurus Pemasaran dan Penjualan TANBead, “Solusi yang dihasilkan oleh TANBead seperti penggunaan kit reagen, partikel nano magnetik serta alatan pengekstrakan automatik membantu dalam memberikan kami manfaat lebih dalam industri. Buat masa ini TANBead mempunyai pasaran di negara Eropah, Asia, Amerika Tengah & Selatan serta Afrika.”

Tambah beliau, “Di Malaysia, kami kini mempunyai rakan kongsi dalam bidang klinikal serta keselamatan makanan dan ingin terus mengembangkan potensi yang ada dalam bidang aplikasi yang lain”.

Untuk maklumat tambahan mengenai TANBead, layari https://www.tanbead.com.

(Visited 5,133 times, 1 visits today)

Back to top