TEXAS CHICKEN MALAYSIA SEMARAKKAN SEMANGAT PERAYAAN DENGAN AYAM CRIMSON CRUNCH TERBAHARU

Texas Chicken Malaysia menyemarakkan semangat perayaan dengan Ayam Crimson Crunch serba baharu. Diinspirasikan daripada snek kegemaran rakyat Malaysia sempena Tahun Baru Cina iaitu snek popia mini udang cili kering – Ayam Crimson Crunch baharu ini akan membangkitkan selera anda dengan gabungan perisa manis, pedas dan menyelerakan. Rasa umami yang padu datang dari salutan yang menampilkan campuran serbuk roti dan cili udang rangup yang telah digabungkan dengan bahan perisa utama seperti bawang putih, cili kering dan bawang goreng.

Tham Yue Foon, Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia berkata “Di Texas Chicken, kami sentiasa berinovasi dengan perisa untuk menampilkan cita rasa baharu dan unik untuk kepuasan pengguna. Kali ini, untuk Tahun Baru Cina, kami telah memperoleh ilham daripada perasa yang ringkas tetapi lazat yang begitu sinonim dengan masyarakat Cina, iaitu sambal udang kering rangup atau hae bee hiam yang sesuai dinikmati dengan roti dan nasi, dan juga merupakan perisa snek popia mini rangup yang popular semasa musim perayaan ini. Kami berbesar hati untuk menyajikan cita rasa kegemaran ramai ini dengan cara kami yang tersendiri dengan pengenalan Ayam Crimson Crunch.”

Bersempena dengan pelancaran Ayam Crimson Crunch serba baharu ini dan untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Texas Chicken juga telah menghasilkan video https://bit.ly/TCMCrimsonCrunchChicken yang menampilkan trio pemain Gendang Cina yang mempersembahkan irama yang meriah untuk menyambut tahun Harimau yang bertuah.

Muzik bertemakan ‘Bangkit, Meraikan dan Berkembang Maju’ (Rising, Celebrating and Thriving) ini diharapkan dapat membangkitkan semangat rakyat Malaysia dan memberi inspirasi kepada mereka untuk maju ke hadapan dengan perasaan ceria untuk menikmati tahun baharu yang lebih baik.

“Sempena musim perayaan ini, kami juga akan memberikan paket ang pow Tahun Harimau yang direka unik dengan setiap pembelian kombo Crimson Crunch atau pembelian melebihi RM20 setiap resit. Walaupun banyak perkara telah berubah sejak wabak Covid-19, kami berharap untuk mengekalkan tradisi tertentu seperti pemberian ang pow, memandangkan  ahli keluarga dan kenalan kini dapat kembali meraikan perayaan ini bersama-sama secara bersemuka dengan mematuhi SOP keselamatan yang ditetapkan,” tambah Tham.

Ayam Crimson Crunch baharu ditawarkan sementara stok masih ada di semua restoran Texas Chicken Malaysia dan melalui rakan penghantaran makanannya (GrabFood dan foodpanda) mulai 18 Januari 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Texas Chicken Malaysia, log masuk ke halaman Facebook mereka di https://www.facebook.com/TexasChickenMalaysia

(Visited 5,325 times, 1 visits today)

Back to top