SAJIAN ‘AYAM SEDAP BAQ HANG’ TERKINI DARIPADA THE CHICKEN RICE SHOP SEMPENA RAMADAN

Nikmati sajian enak berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan anda dengan hidangan baharu yang lazat ini – ‘Ayam Sedap Baq Hang’ daripada The Chicken Rice Shop (TCRS) sepanjang bulan Ramadan dan promosi ini tamat pada 13 Jun, 2021. 

‘Ayam Sedap Baq Hang’ menggambarkan keenakan menu ini pastinya memikat citarasa rakyat Malaysia. Diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, ‘Ayam Sedap Baq Hang’ TCRS dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering.

June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berpendapat pandemik ini telah menyebabkan kebanyakan sambutan tradisi perayaan terpaksa ditunda seperti rumah terbuka yang selalu diadakan pada Hari Raya. Oleh itu, TCRS mengalu-alukan kedatangan seisi keluarga untuk makan di mana-mana cawangan mereka untuk membuka puasa dan menyambut perayaan yang menggembirakan ini dengan hidangan yang enak dan memuaskan. 

“TCRS ingin memberikan ganjaran kepada pelanggannya pada bulan Ramadan ini dengan memberikan suasana Iftar yang bermakna sambil mencipta detik-detik berharga bersama orang yang tersayang. Dengan sajian istimewa yang dibuat khas untuk musim perayaan ini, kami yakin pelanggan kami akan berkunjung ke kedai kami bersama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk berbuka puasa serta meraikan Hari Raya Aidilfitri,” beritahuJune.

Sebagai sebuah syarikat tempatan, TCRS berharap untuk terus menyajikan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain sambil mengekalkan keasliannya. 

“Slogan kami ‘Bukan Sekadar Nasi Ayam’ adalah pengasas kepada setiap inovasi dan ciptaan hidangan yang lazat, dan kami percaya bahawa ‘Ayam Sedap Baq Hang’ baharu ini semestinya hebat dan berbaloi.

“Jangan lupa untuk bawa orang yang tersayang untuk menikmati ‘Ayam Sedap Baq Hang’ sebelum berakhirnya promosi ini, kami pasti bahawa hidangan ini tidak akan mengecewakan anda,” kata June.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ramadan dan Raya TCRS atau promosi yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

(Visited 4,312 times, 1 visits today)

Back to top