Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
mandian

Guardian Sumbang Produk Mandian

Posted on 06/26/202406/26/2024 by 123mamanet

guardian Malaysia baru-baru ini telah menggembirakan kanak-kanak di PPR Kampung Muhibbah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan menyediakan 2,844 botol mandian badan untuk mereka. Acara yang dihadiri oleh 100 kanak-kanak dari PPR berkenaan bersama ibu bapa mereka itu, menandakan satu langkah penting dalam komitmen guardian terhadap kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) #guardiancares serantaunya iaitu “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”.

Isi Kandungan hide
1 Kebersihan dan Kesejahteraan Kanak-Kanak
2 20 Juta Mandian Kanak-Kanak
3 Kanak-Kanak PPR Kampung Muhibbah
4 Hasil Jualan Derma
5 Pemenang Pertandingan Face of Healthy Beauty 2023

mandian

Kebersihan dan Kesejahteraan Kanak-Kanak

Menurut Anna Ng, Pengarah Pemasaran di guardian Malaysia, beliau berasa amat  bersyukur  kerana dapat menyumbang kepada kebersihan dan kesejahteraan kanak-kanak menerusi program ini. Beliau menegaskan kepentingan memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada kebersihan asas kerana ia adalah hak asasi setiap manusia.

“Menjaga kebersihan dan kesihatan bukanlah satu kemewahan tetapi keperluan asas, terutamanya untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Kami percaya bahawa penjagaan kebersihan diri yang baik bukan setakat melindungi kesihatan fizikal.Malahan membantu meningkatkan keyakinan diri serta kesejahteraan mental.”

mandian

 20 Juta Mandian Kanak-Kanak

Pada tahun 2023, guardian telah berjaya menyediakan 20 juta mandian kepada kanak-kanak kurang bernasib baik merentasi Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, dan Kemboja. Di Malaysia sahaja, lebih 40,000 botol produk penjagaan mandian telah disediakan untuk  kanak-kanak tersebut.

Berikutan kejayaan luar biasa ini, guardian telah menetapkan sasaran untuk menggandakan impak capaiannya pada 2024, menyasarkan untuk menyumbang 40 juta mandian kepada golongan yang memerlukan di rantau ini.

Kanak-Kanak PPR Kampung Muhibbah

Sumbangan 2,844 botol mandian badan kepada kanak-kanak PPR Kampung Muhibbah melambangkan usaha yang signifikan ke arah mencapai matlamat ini, menyediakan 800,000 mandian kepada penerimanya.

Menurut En. Abdul Aziz bin Mohidie, Ketua Rukun Tetangga PPR Muhibbah 2,  “Ini adalah satu usaha yang baik kerana ia membantu meringankan beban keluarga. Di samping mendorong kanak-kanak ini untuk belajar menjaga kebersihan dan kesihatan.”

Selain penyampaian sumbangan produk mandian, guardian juga mengadakan satu sesi interaktif Amalan Kebersihan Yang Baik bagi mendidik kanak-kanak yang hadir tentang penjagaan kebersihan diri yang berkesan.

Seorang ahli farmasi guardian, bersama-sama ahli pasukan guardian telah turun padang untuk berkongsi langkah-langkah mencuci tangan yang betul dan cara terbaik mengekalkan kebersihan diri secara menyeluruh, serta bermain kuiz soal jawab dengan kanak-kanak di situ.

Baca Juga:

Cara Menghargai Waktu 

Cara Membangkitkan Energi Positif

Hasil Jualan Derma

Sebagai penutup kempen “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” ini, guardian berjanji untuk mendermakan 15 sen daripada setiap liter produk penjagaan mandian guardian yang dijual di Malaysia untuk membeli produk mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.

Selain itu, Patung Beruang #guardiancares juga boleh dibeli pada harga RM29.90 dan semua hasil jualan akan disalurkan ke dana #guardiancares yang menyokong keperluan penjagaan mandian kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Tuala Beruang Berhud #guardiancares juga akan dijual pada harga RM29.90 di semua stor guardian di seluruh negara dan di platform dalam talian guardian. Hasil jualan daripada kedua-dua barangan istimewa ini akan didedikasikan untuk dana #guardiancares.

 guardian personal care

Pemenang Pertandingan Face of Healthy Beauty 2023

Dalam inisiatif berasingan, guardian turut menunjukkan sokongannya kepada tiga organisasi kebajikan yang telah dipilih oleh pemenang pertandingan Face of Healthy Beauty 2023. Aqila Afindi, Nur Izzatul Aqma Bt Ludin, dan Candace Cheah masing-masing telah memilih penerima untuk sumbangan produk Penjagaan Mandian guardian bernilai RM5,000.

Aqila Afindi menyalurkan sumbangannya kepada penghuni Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain di Bangi, Selangor, manakala Nur Izzatul Aqma pula memilih Pusat Jagaan Nur Sakinah Damansara Damai, Kuala Lumpur.

Candace Yap, penuntut tahun akhir Sains Veterinar, telah memilih untuk menyumbangkan hadiah yang dimenanginya kepada Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor yang terletak di Ampang Jaya, Kuala Lumpur. Candace menyumbangkan produk penjagaan diri seperti cecair pembasmi kuman, produk cucian tangan dan mandian badan untuk menjaga kesejahteraan para sukarelawan dan pekerja di SPCA selepas mengendalikan haiwan.

Usaha guardian yang pelbagai ini menggariskan komitmennya dalam memupuk kebersihan dan kesejahteraan di kalangan kanak-kanak kurang bernasib baik dan masyarakat, seterusnya mencitrakan dedikasinya terhadap tanggungjawab sosial korporat dan kebajikan masyarakat.

1 thought on “Guardian Sumbang Produk Mandian”

  1. Pingback: Quarters Academy and "SIUC" Partner for Professional Training - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme