Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Sunlight Malaysia

Sunlight Malaysia Taja Wanita B40 Program #IbuDigital

Posted on 07/26/202308/25/2023 by 123mamanet

Sunlight Malaysia taja sepuluh wanita B40 menyertai program #IbuDigital. Ini merupakan kerjasama antara Sunlight Malaysia bersama Ibupreneur Malaysia, disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan mengejar impian keusahawanan mereka.

Isi Kandungan hide
1 Sunlight Malaysia Perjuangkan Hak Wanita
2 Sunlight Malaysia Sentiasa Raikan Wanita Mengejar Impian
3 Program Tangan Tangan Terer
4 Sepuluh Wanita B40 Bakal Terima Dana Bernilai RM30,000
5 Modul #IbuDigital
5.1 Jom Sertai Sekarang!

 

Sunlight Malaysia

Sunlight Malaysia Perjuangkan Hak Wanita

63 peratus wanita di Malaysia  mengorbankan peluang pekerjaan mereka demi komitmen terhadap rumah tangga dan tanggungjawab keluarga.

Statistik daripada tinjauan pendapat yang dijalankan pada 2019 ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat perlu menghentikan stereotaip generasi. Sebaliknya menghulurkan sokongan terhadap wanita supaya mereka berpeluang mengejar cita-cita dalam keusahawanan serta menyara keluarga.

Sunlight Malaysia, (jenama penjagaan rumah di bawah Unilever), terus memperjuangkan hak wanita untuk tidak dibatasi oleh tanggungjawab rumah tangga dan bebas mengejar impian mereka.

Sunlight Malaysia turut mendefinisikan matlamatnya dengan membantu menyerlahkan kehebatan terselindung wanita dalam masyarakat. “Sama seperti Sunlight, ‘setitik sudah cukup’ untuk pengalaman mencuci pinggan mangkuk bebas minyak, kami menggalakkan wanita untuk #JadiLebihLagi.

Sunlight meringankan tanggungjawab rumah tangga agar mereka mempunyai lebih banyak masa untuk mengejar cita-cita dan merealisasikan potensi diri,” kata Ketua Bahagian Penjagaan Rumah Unilever Malaysia dan Singapura, Hong Ee Fen.

 

Sunlight Malaysia

Sunlight Malaysia Sentiasa Raikan Wanita Mengejar Impian

Seperti yang dipraktikkan secara global, Sunlight Malaysia sentiasa meraikan wanita yang mengejar cita-cita mereka dan menyokong keusahawanan wanita melalui pelbagai program pendidikan.

Di Malaysia, Sunlight hari ini memperkenalkan program Tangan Tangan Terer, dengan kerjasama Ibupreneur Malaysia. Di mana Sunlight akan menaja sepuluh bakal usahawan wanita untuk menyertai program #IbuDigital.

Melalui inisiatif ini, Sunlight Malaysia berharap untuk memperluaskan peluang wanita B40 untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran untuk mencapai impian keusahawanan masing-masing.

Sunlight Malaysia

Program Tangan Tangan Terer

Program Tangan Tangan Terer yang julung kalinya diadakan ini disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Kami percaya apabila wanita diberi peluang yang sama untuk berkembang maju, hasilnya, mereka akan dapat menyumbang kembali dengan lebih baik kepada keluarga dan rumah tangga mereka.

Oleh itu, kami amat menghargai Sunlight Malaysia kerana member peluang kepada wanita B40 dalam usaha pemerkasaan ekonomi dan peningkatan kemahiran.

Diharap lebih banyak lagi inisiatif sebegini dilaksanakan pada masa hadapan,” kata Datuk Sri Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sepuluh Wanita B40 Bakal Terima Dana Bernilai RM30,000

Menerusi program Tangan Tangan Terer, sepuluh wanita B40 di seluruh Malaysia akan dipilih untuk menerima dana bernilai RM30,000 daripada Sunlight Malaysia untuk menyertai program #IbuDigital.

Ini adalah langkah pertama bagi mereka menuju ke arah merealisasikan impian keusahawanan, kebebasan kewangan dan kehidupan yang mampan.

“Stereotaip generasi dan norma masyarakat menganggap wanita sebagai pengasuh yang harus meletakkan keperluan serta penjagaan keluarga dan rumah tangga melebihi diri sendiri.

Ini telah menyebabkan impian mereka tertangguh dan gagal meneroka potensi diri. Melalui inisiatif ini, kami harap kaum wanita akan percaya sepenuhnya bahawa mereka mampu melakukan lebih banyak lag. Tangan yang sama bertungkus-lumus menjaga orang tersayang juga boleh memenuhi impian sendiri.

Justeru itu, kami berharap wanita yang terpilih menyertai program ini akan diperkasakan supaya dapat mencapai matlamat dan impian keusahawanan mereka serta memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama,” ujar Hong Ee Fen.

Modul #IbuDigital

Modul #IbuDigital mengandungi sepuluh kursus dan akan berlangsung selama tempoh dua bulan. Program ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan keusahawanan mikro melalui bengkel latihan peningkatan kemahiran secara praktikal dengan pakar industri.

Modul meliputi aspek pembangunan produk, pemasaran digital, pengurusan kewangan, undang-undang dan jualan, serta pelbagai lagi.

Jom Sertai Sekarang!

Dari 25 Julai hingga 30 September 2023, Sunlight Malaysia menjemput semua wanita B40 Malaysia untuk mendaftar minat. Mereka ini berpeluang menyertai program Tangan Tangan Terer bagi meraih pengalaman yang bakal mengubah kehidupan.

Secara tak langsung  meningkatkan kemahiran demi menambahbaikkan keluarga dan komuniti mereka. Sepuluh finalis akan dipilih pada suku keempat 2023.

Untuk maklumat lanjut dan menghantar penyertaan, sila layari https://www.ulmysg.com/SunlightTanganTanganTerer

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Salonpas Malaysia Rai Pencapaian Global Salonpas®
  • Little Hajj 2026 – Little Caliphs® Didik Anak Mengenal Ibadah Haji
  • HUAWEI WATCH FIT 5 Kini Di Malaysia Dengan Ciri Premium
  • Anmum Essential Gold Sokong Minda & Mata Kanak-Kanak
  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000

Recent Posts

  • Salonpas Malaysia Rai Pencapaian Global Salonpas®
  • Little Hajj 2026 – Little Caliphs® Didik Anak Mengenal Ibadah Haji
  • HUAWEI WATCH FIT 5 Kini Di Malaysia Dengan Ciri Premium
  • Anmum Essential Gold Sokong Minda & Mata Kanak-Kanak
  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme