Koleksi hijab pertama UNIQLO di Malaysia tampil dengan tiga pilihan iaitu AIRism UV Protection Hijab, Georgette Hijab dan Satin Hijab, melengkapi koleksi Fall/Winter 2026 yang diinspirasikan oleh kehidupan moden di bandar.
Bila bercakap tentang pakaian yang selesa, praktikal dan mudah digayakan setiap hari, konsep LifeWear daripada UNIQLO memang cukup dekat dengan gaya hidup wanita masa kini.
Terbaharu, pendekatan tersebut diperluaskan menerusi koleksi hijab pertama UNIQLO di Malaysia, yang diperkenalkan bersama koleksi Fall/Winter 2026 pada sesi pratonton media eksklusif di Menara Ilham, Kuala Lumpur.
Membawa tema musim “Heritage Evolution” dan konsep “Inspired by the City, Designed for Life”, koleksi baharu ini melihat semula pakaian klasik melalui siluet moden, fungsi praktikal dan gaya yang lebih versatil.
Namun, antara yang paling mencuri perhatian tentunya koleksi UNIQLO Hijab yang direka untuk melengkapkan keperluan wanita Muslim dalam rutin harian.

UNIQLO Hijab – Tiga Pilihan Untuk Gaya Berbeza
Koleksi hijab pertama UNIQLO di Malaysia hadir dalam tiga pilihan material dan karakter berbeza iaitu AIRism UV Protection Hijab, Georgette Hijab dan Satin Hijab.
Menariknya, ketiga-tiga pilihan ini ditawarkan pada harga RM59.90 sehelai menjadikannya lebih mudah untuk dipadankan dengan pelbagai gaya LifeWear sedia ada.

AIRism UV Protection Hijab
Untuk wanita yang aktif dan banyak bergerak, AIRism UV Protection Hijab menjadi pilihan yang praktikal.
Menggunakan fabrik AIRism yang ringan dan selesa, hijab ini direka untuk membantu memberikan rasa lebih nyaman ketika dipakai, selain menawarkan perlindungan UV.
Ia sesuai untuk rutin harian termasuk ketika keluar bekerja, berjalan-jalan atau melakukan aktiviti di luar rumah.

Georgette Hijab
Mahukan hijab yang lebih lembut dan mudah dibentuk?
Georgette Hijab hadir dengan tekstur yang lembut serta memberikan jatuhan yang cantik apabila digayakan.
Rekaannya yang versatil menjadikannya pilihan yang mudah dipadankan dengan pakaian kasual mahupun penampilan yang lebih kemas.

Satin Hijab
Bagi yang sukakan penampilan lebih elegan, Satin Hijab memberikan sentuhan yang sedikit lebih sofistikated.
Materialnya yang ringan dengan permukaan satin memberikan penampilan kemas dan sesuai untuk melengkapkan gaya ketika menghadiri acara atau majlis tertentu.
Pendek kata, tiga pilihan ini memberi ruang kepada wanita untuk memilih hijab mengikut gaya, rutin dan acaramasing-masing.
Yuna, Qasrina Karim & Erysha Emyra Jadi Muse UNIQLO Hijab
Koleksi UNIQLO Hijab turut mendapat sentuhan istimewa menerusi tiga wajah yang menjadi muse UNIQLO Hijab, iaitu penyanyi dan penghibur Yuna, pelakon Qasrina Karim serta pelakon Erysha Emyra.
Ketiga-tiga mereka turut membuat kemunculan istimewa dalam sesi terpilih sempena acara pratonton koleksi Fall/Winter 2026.
Pemilihan ini juga cukup menarik kerana setiap seorang mempunyai gaya tersendiri, sekali gus memperlihatkan bagaimana hijab boleh digayakan dengan cara yang berbeza mengikut personaliti dan kehidupan seharian.
Koleksi Hijab UNIQLO Sudah Dilancarkan
Koleksi hijab pertama UNIQLO di Malaysia telah dilancarkan pada 17 Ogos 2026 dan ditawarkan pada harga RM59.90 sehelai.
Bagi mereka yang tidak sempat mendapatkan stok di kedai atau ingin mendapatkan koleksi tertentu, UNIQLO Malaysia turut menyediakan pilihan prapesanan (pre-order) melalui UNIQLO Malaysia Online Store.
Jadi, kalau sudah lama menantikan hijab daripada UNIQLO, ini mungkin masa yang sesuai untuk melihat tiga pilihan yang diperkenalkan.

Dari Hijab Ke Koleksi Fall/Winter 2026
Selain koleksi hijab, UNIQLO turut memperkenalkan pelbagai kemas kini dalam koleksi Fall/Winter 2026 yang direka berdasarkan cara manusia moden bergerak, bekerja, berehat dan menjalani kehidupan seharian.
Tema musim ini, “Inspired by the City, Designed for Life”, diterjemahkan menerusi pakaian yang mudah disesuaikan dengan pelbagai situasi.
Outerwear Untuk Gaya Hidup Yang Sentiasa Bergerak
Antara koleksi utama ialah Casual Outerwear, PUFFTECH dan Seamless Down.
Casual Outerwear menawarkan pilihan seperti coat, shirt jacket, padded outerwear dan blouson dengan potongan yang lebih moden serta perincian praktikal.
Untuk mereka yang mahukan kehangatan ringan, PUFFTECH pula direka menggunakan gentian ultra halus yang membantu memerangkap udara. Koleksi ini turut menampilkan PUFFTECH Parka yang boleh dilipat dan mudah dibawa ketika melancong atau bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Sementara itu, Seamless Down menggabungkan kehangatan dan keselesaan dengan gaya yang lebih kemas untuk pemakaian harian.
Antara pilihan yang diketengahkan ialah Women’s Reversible Down Short Jacket dan Light Down Volume Jacket.
HEATTECH Untuk Cuaca Yang Berubah-ubah
Sudah menjadi antara koleksi ikonik UNIQLO, HEATTECH kembali untuk musim Fall/Winter 2026 dalam beberapa tahap kehangatan termasuk Warm, Extra Warm dan Ultra Warm.
Selain pakaian dalaman, konsep HEATTECH turut diperluaskan kepada aksesori cuaca sejuk seperti scarf dan sarung tangan menggunakan material seperti HEATTECH, Cashmere dan Soufflé Yarn.
Ini menjadikannya lebih mudah untuk membina gaya berlapis mengikut keadaan cuaca dan keperluan harian.
Knitwear Dengan Warna Musim Ini
Untuk koleksi knitwear, Cashmere dan Merino Wool menjadi antara material utama yang memberikan pilihan dari segi kelembutan, kehangatan dan keselesaan.
Palet warna musim ini pula mengetengahkan merah, biru dan coklat, dengan rona yang dipilih bagi menyerlahkan karakter setiap material.
Selain itu, tekstur turut diberi perhatian menerusi material seperti fluffy cashmere, cotton, Soufflé Yarn dan low-gauge cable knit.
Fleece Kini Bukan Sekadar Untuk Aktiviti Outdoor
Satu lagi koleksi yang terus berevolusi ialah Fleece.
Daripada jaket dan pakaian pertengahan untuk aktiviti luar, koleksi Fall/Winter 2026 memperluaskan penggunaan fleece kepada lebih banyak siluet termasuk half-zip, pullover, T-shirt dan seluar fleece.
Hasilnya, material yang sinonim dengan aktiviti outdoor ini kini lebih mudah disesuaikan dengan gaya harian.
Sweatshirt & Bottoms Untuk Gaya Harian
Koleksi Sweatshirt dan Bottoms turut menerima nafas baharu menerusi potongan, struktur dan pilihan gaya yang lebih moden.
Sweatshirt direka dengan gabungan kelembutan, ketahanan dan keselesaan, menjadikannya sesuai dipakai ketika berehat di rumah, keluar bekerja atau melakukan aktiviti harian.
Untuk bahagian bottoms pula, perhatian diberikan kepada tiga kategori utama iaitu Barrel, Jeans dan Culottes.
Antara yang diketengahkan termasuk EZY Barrel, Slim Straight Jeans dan High-Rise Wide Jeans, selain culottes dan easy pants untuk mereka yang sukakan gaya santai tetapi masih kemas.
Lounge & Underwear Dengan Sentuhan Lebih Moden
UNIQLO turut memperkenalkan koleksi baharu Women’s Lounge & Underwear yang cuba mengaburkan sempadan antara pakaian dalaman, loungewear dan pakaian harian.
Konsep “Effortless Charm” mengetengahkan fabrik lembut, corak menarik dan warna yang lebih menyerlah, manakala “Minimalist Classic” menawarkan rekaan yang lebih ringkas dan mudah dipadankan.
Kedua-duanya mengekalkan fokus terhadap keselesaan, kesesuaian dan fungsi.

LifeWear Untuk Pelbagai Cara Berpakaian
Secara keseluruhan, koleksi Fall/Winter 2026 UNIQLO meneruskan falsafah LifeWear yang menekankan pakaian berkualiti, selesa dan mudah disesuaikan dengan kehidupan sebenar.
Dan dengan kehadiran koleksi UNIQLO Hijab pertama di Malaysia, pilihan untuk wanita Muslim kini turut menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut.
Daripada hijab untuk rutin harian kepada pakaian luar, knitwear, fleece, HEATTECH dan loungewear, koleksi musim ini menawarkan pelbagai pilihan yang boleh disesuaikan mengikut cara setiap individu menjalani kehidupan.
Selain koleksi utama, sesi pratonton turut mengetengahkan koleksi kolaborasi seperti UNIQLO : C dan UNIQLO U, yang membawa interpretasi tersendiri terhadap gaya harian kontemporari.
Turut dipamerkan ialah RE.UNIQLO, inisiatif circularity global UNIQLO yang memberi kehidupan kedua kepada pakaian melalui penggunaan semula, pembaikan dan kitar semula.
Sementara itu, projek T-shirt amal global PEACE FOR ALL terus mengumpul sumbangan melalui hasil jualan T-shirt yang disalurkan kepada organisasi antarabangsa yang membantu mereka yang terkesan akibat keganasan, diskriminasi, konflik bersenjata dan kemiskinan.
Bagi wanita Malaysia yang mencari hijab yang boleh disesuaikan dengan gaya hidup seharian, koleksi pertama UNIQLO ini sememangnya menarik untuk diberi perhatian — apatah lagi dengan tiga pilihan material dan gaya pada harga RM59.90.
Untuk melihat koleksi UNIQLO Hijab dan membuat pembelian atau prapesanan, layari UNIQLO Malaysia Online Store.
Harga dan ketersediaan produk tertakluk kepada stok dan maklumat semasa daripada UNIQLO Malaysia.
