Anlene TOTAL+ Baharu memperkenalkan formula yang dipertingkatkan dengan Beta Glukan daripada yis serta 25 vitamin dan mineral untuk menyokong keperluan pemakanan harian golongan dewasa. Berlandaskan kepakaran mobiliti selama lebih 30 tahun, formula ini memperluas pendekatan Anlene terhadap kesejahteraan menyeluruh, dengan mobiliti kekal sebagai teras utama.
Kekuatan bukan sekadar keupayaan untuk bergerak dengan baik. Bagi golongan dewasa, kekuatan juga merangkumi kesejahteraan yang membolehkan mereka melancong, melakukan aktiviti kegemaran, meluangkan masa secara aktif bersama keluarga dan menguruskan rutin harian secara berdikari.
Seiring dengan pemahaman yang lebih luas ini, Anlene, jenama susu tepung dewasa No. 1 di Malaysia*, melancarkan Anlene TOTAL+ di seluruh negara. Formula yang dipertingkatkan daripada Anlene Total 10 ini kini diperkaya dengan Beta Glukan daripada yis untuk membantu menyokong sistem imun, di samping 25 vitamin dan mineral bagi menyokong keperluan pemakanan harian golongan dewasa di Malaysia.
Anlene TOTAL+ turut menggabungkan nutrien utama untuk menyokong mobiliti, kesejahteraan pencernaan dan metabolisme tenaga. Gabungan ini dirumus untuk membantu golongan dewasa membina kekuatan dari dalam sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup aktif.
“Bagi golongan dewasa hari ini, kekuatan bukan sekadar mengekalkan kesejahteraan diri yang baik. Ia juga merangkumi penjagaan mobiliti, kecergasan dan keupayaan untuk berdikari agar mereka dapat kekal aktif dan terus melakukan perkara yang digemari,” kata Joselynn Lim, Ketua Pemasaran Anlene Malaysia.
“Pemahaman yang lebih mendalam tentang kekuatan inilah yang menjadi garis panduan dalam pembangunan Anlene TOTAL+.”
Anlene TOTAL+ Baharu: Melangkaui Mobiliti, Tanpa Mengabaikan Asasnya
Selama lebih tiga dekad, mobiliti kekal sebagai teras utama Anlene. Tulang, sendi dan otot yang kuat memainkan peranan penting dalam membantu golongan dewasa menjalani kehidupan yang aktif.
Namun, menjaga kesejahteraan secara menyeluruh turut melibatkan aspek lain seperti fungsi sistem imun, kesihatan pencernaan dan keperluan tenaga harian. Semua ini merupakan sebahagian daripada pendekatan pemakanan yang lebih luas untuk menyokong keperluan golongan dewasa seiring pertambahan usia.
Penjagaan sistem imun juga menjadi semakin penting apabila usia meningkat. Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa sistem imun mengalami perubahan secara beransur-ansur seiring pertambahan usia, yang boleh mempengaruhi keberkesanan tindak balas badan terhadap jangkitan.
Selesema biasa pula masih menjadi sebahagian daripada kehidupan golongan dewasa. Sorotan kajian melaporkan bahawa orang dewasa mengalami purata dua hingga tiga kali selesema setiap tahun.
Beta Glukan daripada yis telah dikaji berhubung peranannya dalam menyokong fungsi sistem imun, termasuk penyelidikan berkaitan selesema biasa dan kesihatan saluran pernafasan atas. Penyelidikan ini menjadi antara asas saintifik yang menyokong pembangunan formula Anlene TOTAL+ yang dipertingkatkan, seiring usaha jenama itu memperluas pendekatan pemakanan melangkaui fokus sedia ada terhadap mobiliti.
“Mobiliti akan sentiasa kekal sebagai teras buat Anlene,” tambah Joselynn.
“Menerusi TOTAL+, kami membina berlandaskan asas yang dipercayai ini untuk menyokong lebih banyak aspek kesejahteraan harian golongan dewasa. Dengan menggabungkan Beta glukan daripada yis bersama kombinasi nutrien yang menyeluruh untuk kesejahteraan dewasa, kami ingin membantu warga Malaysia mengambil langkah proaktif hari ini agar mereka dapat terus melakukan lebih banyak perkara yang digemari pada masa akan datang.”

TotalMax™: Sokongan Pemakanan Menyeluruh untuk Golongan Dewasa
Teras utama Anlene TOTAL+ ialah TotalMax™, gabungan nutrien yang dirumus secara saintifik dan mengandungi 25 vitamin serta mineral untuk menyokong pelbagai aspek keperluan pemakanan golongan dewasa.
Apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan disertai senaman yang kerap, formula ini membantu memenuhi keperluan pemakanan harian sambil menyokong pelbagai aspek kesejahteraan menyeluruh.
Antara komponen utama dalam formula Anlene TOTAL+ ialah:
1. Mobiliti dengan MOVEMAX™
MOVEMAX™ mengandungi kalsium, protein, vitamin D, kolagen dan vitamin C yang tinggi. Nutrien ini melengkapi pendekatan Anlene dalam penjagaan tulang, sendi dan otot yang penting untuk menyokong mobiliti serta gaya hidup aktif.
2. Sokongan sistem imun dengan Beta Glukan daripada yis
Formula baharu ini diperkaya dengan Beta Glukan daripada yis, bahan yang telah dikaji berkaitan sokongan terhadap fungsi sistem imun, termasuk penyelidikan berkaitan selesema biasa.
3. Kesejahteraan pencernaan dengan Inulin
Anlene TOTAL+ mengandungi Inulin, sejenis prebiotik yang membantu menggalakkan persekitaran usus yang baik sebagai sebahagian daripada pendekatan pemakanan menyeluruh.
4. Sokongan tenaga harian
Vitamin B1, B2 dan B3 membantu membebaskan tenaga daripada makanan untuk menyokong keperluan tenaga harian badan.
5. Sokongan pemakanan dengan Omega 3 dan 6
Omega 3 dan 6 turut melengkapi profil pemakanan Anlene TOTAL+, menjadikan formula ini sebahagian daripada pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap keperluan pemakanan golongan dewasa.
6. MFGM untuk menyokong fungsi otak
MFGM membekalkan fosfolipid yang serupa dengan fosfolipid yang terdapat di dalam otak. Fungsi otak yang optimum merupakan aspek penting dalam menyokong daya ingatan.
Secara keseluruhan, gabungan nutrien dalam TotalMax™ menawarkan pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap pemakanan dewasa. Formula ini direka untuk menyokong pelbagai aspek kesejahteraan, di samping membantu golongan dewasa membina kekuatan dari dalam melalui diet seimbang dan gaya hidup aktif.
Anlene TOTAL+ Baharu: Bukan Sekadar Mobiliti
Anlene terus memperjuangkan pemakanan dewasa di Malaysia melalui produk yang dirumus secara saintifik serta inisiatif yang menggalakkan golongan dewasa menjaga kesihatan tulang, sendi dan otot.
Seiring perubahan keperluan pengguna dan amalan hidup sihat, Anlene TOTAL+ menandakan langkah seterusnya dalam perjalanan jenama ini. Pendekatannya kini merangkumi sokongan pemakanan yang lebih menyeluruh untuk kekuatan harian, sambil mengekalkan mobiliti sebagai teras utama.
Sama ada meluangkan masa bersama keluarga, melancong, melakukan hobi atau menguruskan rutin harian secara berdikari, kekuatan harian membantu golongan dewasa terus melakukan perkara yang mereka gemari dengan lebih yakin dan berdikari.
Hal ini mencerminkan kepercayaan Anlene bahawa amalan hidup sihat bukan sekadar tentang memanjangkan usia, tetapi juga membantu golongan dewasa menjalani kehidupan yang lebih bermakna sepanjang usia tersebut.
Anlene TOTAL+ kini boleh didapati di pasar raya utama, pasar raya besar, farmasi dan platform e-dagang terkemuka di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan butiran jelajah, layari Facebook Anlene (@AnleneMalaysia), Instagram (@anlene_malaysia) atau laman web rasmi Anlene di https://www.anlene.com/my/ms.
Nota: Kenyataan “jenama susu tepung dewasa No. 1 di Malaysia” adalah berdasarkan dakwaan dalam bahan asal client. Pastikan nota kaki atau rujukan sokongan bagi tanda asterisk () disertakan sekiranya diwajibkan oleh client.*
