Gadget buat hal? Jangan terus panik. Skrin pecah, bateri cepat habis, laptop tiba-tiba tak boleh hidup atau console game pula tak nak on memang boleh buat kita pening!
Kalau anda berada di sekitar Bandar Saujana Utama dan Sungai Buloh, boleh kenali MRFIX Gadgets Saujana Utama yang menyediakan pelbagai servis baik pulih untuk smartphone, komputer riba dan juga console game.
Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang baik pulih peranti, MRFIX Gadgets menerima servis untuk iPhone, Android, MacBook dan laptop daripada pelbagai jenama termasuk Apple, Huawei, Samsung, Lenovo, Oppo, Sony dan lain-lain.
Menariknya, bukan telefon dan laptop sahaja. PlayStation, Xbox dan Nintendo Switch pun boleh dihantar untuk pemeriksaan dan servis di MRFIX.

MRFIX Gadgets Saujana Utama Untuk Pelbagai Masalah Gadget
Kita semua pernah melalui situasi telefon tiba-tiba bermasalah. Kadang-kadang bateri cepat sangat habis, skrin pula retak selepas terjatuh atau telefon mula buat perangai apabila hendak digunakan.
Ada juga masalah yang lebih teknikal seperti motherboard, Wi-Fi atau signal yang tidak stabil.
Antara servis yang disediakan oleh MRFIX Gadgets termasuk:
- Ganti skrin retak atau pecah
- Check dan tukar bateri
- Tukar button yang rosak
- Masalah motherboard
- Masalah Wi-Fi dan signal
- Kerosakan akibat terkena air
- Update software atau firmware
- Servis baik pulih smartphone
- Servis baik pulih laptop dan MacBook
MRFIX Gadgets turut menerima pelbagai jenama seperti Apple, Huawei, Samsung, Lenovo, Oppo, Sony dan lain-lain.
Pemeriksaan Percuma Sebelum Buat Keputusan
Ini antara perkara yang menarik di MRFIX Gadgets Saujana Utama.
Pemeriksaan peranti adalah percuma.
Maknanya, kalau anda sendiri tak pasti apa masalah yang berlaku pada telefon atau laptop, tak perlu terus membuat andaian.
Bawa peranti untuk diperiksa dan terangkan kepada juruteknik masalah yang korang hadapi. Selepas pemeriksaan, barulah boleh berbincang mengenai pilihan pembaikan yang sesuai.
Cara sebegini pastinya lebih melegakan sebab kita tahu dahulu apa masalah peranti sebelum membuat keputusan untuk repair.
Skrin Pecah, Bateri Cepat Habis? Boleh Semak Dulu
Antara masalah gadget yang paling biasa kita hadapi tentulah skrin dan bateri.
Telefon terjatuh, skrin retak. Telefon pula dah lama digunakan, bateri mula cepat habis. Ada juga yang mengalami masalah button, Wi-Fi atau signal yang tiba-tiba tak stabil.
MRFIX Gadgets menyediakan servis untuk masalah-masalah seperti ini.
Untuk masalah mudah seperti bateri, skrin, Wi-Fi, signal putus-putus dan button rosak, tempoh baik pulih bergantung kepada jenis masalah dan keadaan peranti.
Bagi kes yang lebih kompleks pula, seperti motherboard atau kerosakan akibat terkena air, pemeriksaan lanjut mungkin diperlukan.
Sebab itu, sebaiknya semak dahulu sebelum repair.
Alat Ganti Dan Waranti
Bila hantar telefon atau laptop untuk dibaiki, satu lagi perkara yang biasanya kita fikirkan ialah alat ganti.
MRFIX Gadgets menyatakan mereka menggunakan alat ganti tulen. Sekiranya sebaliknya, pelanggan akan dimaklumkan terlebih dahulu, terutama jika kos menjadi salah satu pertimbangan.
Selain itu, waranti turut diberikan untuk kerja baik pulih.
Untuk lebih jelas, anda boleh bertanya mengenai tempoh dan terma waranti yang terpakai bagi servis atau alat ganti tertentu sebelum pembaikan diteruskan.

Repair Dulu, Bayar Kemudian
Bila gadget rosak secara tiba-tiba, kos repair pula kadang-kadang datang pada masa yang kita tak jangka.
Di MRFIX Gadgets, pelanggan turut mempunyai pilihan pembayaran SPayLater atau Atome, tertakluk kepada terma dan kelayakan yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan tersebut.
Konsepnya mudah. Repair dulu, bayar kemudian mengikut pilihan pembayaran yang tersedia.
Selain itu, MRFIX Gadgets turut menerima pembayaran melalui tunai, kad kredit, kad debit dan eWallet.
Jadi, pelanggan mempunyai beberapa pilihan untuk membuat bayaran selepas servis.
Nak Dapatkan Cash? Telefon Terpilih Pun Boleh Dijual
Selain repair, MRFIX Gadgets turut menyediakan pilihan untuk pelanggan yang mahu menjual telefon.
Kalau korang ada telefon yang ingin dilepaskan dan memerlukan sedikit cash, boleh cuba bertanya kepada pihak MRFIX.
Bagaimanapun, bukan semua model diterima. Telefon yang ingin dijual tertakluk kepada model, keadaan fizikal dan keadaan peranti.
Jadi, sebaiknya bawa atau maklumkan dahulu maklumat telefon kepada pihak MRFIX untuk mendapatkan penilaian.
Bukan Telefon Sahaja, Console Game Pun Boleh Repair
Okay yang ini mungkin menarik perhatian kaki gaming.
Selain smartphone, laptop dan MacBook, MRFIX Gadgets Saujana Utama turut menyediakan servis dan repair console game.
Antaranya:
PlayStation | Xbox | Nintendo Switch
Kalau console korang tiba-tiba tak boleh on, mengalami masalah overheat atau ada isu HDMI, boleh dapatkan pemeriksaan terlebih dahulu.
Masalah pada controller juga boleh diperiksa dan dibaiki bergantung kepada jenis kerosakan.
Console Overheat? Boleh Servis Dan Cuci Habuk
Console yang digunakan dengan kerap memang lama-kelamaan boleh mengumpul habuk.
Selain mengganggu prestasi, masalah haba berlebihan juga boleh berlaku apabila sistem penyejukan tidak berada dalam keadaan baik.
Di MRFIX Gadgets, servis console turut merangkumi perkara seperti cuci habuk dan tukar thermal paste, bergantung kepada model serta keadaan console.
Jadi, kalau PlayStation, Xbox atau Nintendo Switch korang mula cepat panas, kerap overheat atau ada masalah lain, jangan terus simpan dalam kotak.
Semak dahulu apa masalahnya.
Untuk servis console, jenis pembaikan dan skop kerja adalah tertakluk kepada model dan keadaan konsol.
Tak Sempat Walk-In? Ada Servis Datang Ke Tempat Anda
Kadang-kadang bukan tak mahu repair, tetapi memang tak sempat nak pergi ke kedai.
Kerja banyak, urusan keluarga atau peranti yang rosak itu pula sedang diperlukan untuk kegunaan harian.
Untuk situasi seperti ini, MRFIX Gadgets turut menyediakan servis datang ke tempat pelanggan.
Sebaiknya hubungi pihak MRFIX terlebih dahulu dan maklumkan model peranti serta masalah yang berlaku supaya mereka boleh terangkan pilihan servis yang sesuai.

Harga Berbaloi Dan Servis Dengan Kadar Segera
Selain pemeriksaan percuma, MRFIX Gadgets turut menekankan harga yang berbaloi serta usaha menyiapkan tugasan dengan kadar segera.
Maklumlah, bila telefon atau laptop rosak, kita biasanya memang mahu ia boleh digunakan semula secepat mungkin.
Namun begitu, masa yang diperlukan tetap bergantung kepada jenis kerosakan, model peranti dan kerja baik pulih yang diperlukan.
Untuk sesetengah masalah mudah, prosesnya mungkin lebih cepat. Manakala kerosakan yang memerlukan diagnosis atau pembaikan komponen tertentu mungkin mengambil masa lebih lama.
MRFIX Gadgets Saujana Utama Buka Setiap Hari
Bagi yang mahu datang ke kedai, MRFIX Gadgets Saujana Utama beroperasi:
Setiap hari: 10.00 pagi – 9.00 malam
Jadi, mereka yang bekerja pada waktu siang masih mempunyai ruang masa untuk singgah selepas urusan kerja, bergantung kepada masa perjalanan dan keadaan kedai.
Kalau nak lebih mudah, anda juga boleh hubungi MRFIX terlebih dahulu sebelum datang.

Gadget buat hal? Kita semak dulu
MRFIX Gadgets Saujana Utama
No. 42-1, Jalan Bidara 6/3,
Bandar Saujana Utama,
47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu operasi:
10.00 pagi – 9.00 malam
WhatsApp: 013-280 0531
