Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Makanan Yang Sihat

Makanan Yang Sihat Elak Perut Meragam Masa Berpuasa

Posted on 06/10/201606/11/2016 by 123mamanet

Makanan Yang SihatTentu ada di antara kita yang mengalami masalah perut meragam atau gangguan penghadaman di bulan puasa ini. Untuk mengatasinya kita kena bijak pilih makanan yang sihat!

Isi Kandungan hide
1 Untuk mendapatkan makanan yang sihat, ikuti saranan di bawah ini:

Maklumlah lebih dari 12 jam perut kita kosong dan makanan-makanan yang kita jamah sewaktu berbuka puasa boleh menyebabkan perut kita meragam. Makanan berminyak, berlemak serta terlalu pedas sebaiknya kita hindari ok!

Untuk mendapatkan makanan yang sihat, ikuti saranan di bawah ini:

  1. Air MasakMakanan Yang Sihat

Jumlah air yang disarankan adalah 8 gelas atau 2 liter sehari.  Selain daripada air masak, kita juga boleh minum jus buah-buahan atau sayur-sayuran dan juga susu segar.Elakkan minum minuman sejuk ketika berbuka puasa  kerana ia boleh menyebabkan perut jadi meragam.

 

 

  1. Buah-Buahan SegarMakanan Yang Sihat

Selain daripada sayur-sayuran, kita juga disarankan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan. Pilih buah yang tinggi serat dan kaya air kerana ia boleh menghidarasi tubuh kita dengan baik.

 

Kita disarankan memilih buah yang mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi seperti tembikai, melon, betik, strawberi, pisang, oren dan anggur. Selain memberikan vitamin dan mineral, kandungan air yang tinggi juga boleh menambah keperluan cairan yang diperlukan oleh tubuh.

 

  1. Sayur-SayuranMakanan Yang Sihat

Ketika berpuasa, sebaiknya pilih makanan yang sihat seperti sayur-sayuran yang kaya dengan serat seperti kacang buncis dan brokoli. Serat akan membersihkan sistem penghadaman dan menyelesaikan masalah sukar untuk membuang air besar.’

 

 

 

Baca ini:

  • 6 Tip Mengatasi Lenguh Kaki
  • Mee Kuah Daging Meleleh

 

  1. Buah KurmaMakanan Yang Sihat

Buah kurma merupakan salah satu makanan yang sihat kaya dengan serat, karbohidrat, kalium dan juga magnesium. Semuanya berfungsi untuk menjaga tubuh dan kesihatan sistem penghadaman supaya sihat ketika berpuasa.

 

 

  1. Kacang AlmondMakanan Yang Sihat

Tidak ramai yang tahu bawa kacang almond juga mampu menjaga kesihatan penghadaman ketika berpuasa. Berbuka puasa dengan kacang almond juga boleh menghindari kita daripada terkena serangan perut meragam. Ini adalah kerana kacang almond kaya dengan khasiat protein, serat serta mengandungi lebih sedikit lemak.

 

 

  1. SupMakanan Yang Sihat

Sup bukan sahaja elok dinikmati ketika kita sakit, tetapi bagus juga dimakan sewaktu berbuka puasa. Sup yang mengandungi sayur-sayuran sangat elok untuk tubuh kerana mampu mengisi kembali vitamin dan mineral yang telah berkurangan ketika berpuasa.

 

 

  1. Beras PerangMakanan Yang Sihat

Beras perang boleh membuatkan tubuh kenyang dan berasa tidak lapar sehingga 20 jam. Ia disebabkan penyerapan energi dengan beras perang ini dikatakan lebih lambat berbanding dengan nasi putih. Kita memang disarankan makan nasi ketika sahur dan berbuka puasa, jadi lebih bagus kalau kita pilih nasi beras perang.

 

 

P/S: Hindari makan terlalu banyak atau berlebihan ketika sahur dan berbuka puasa kerana ia boleh menyebabkan saluran penghadaman bekerja lebih sehingga membuatkan perut terasa pedih dan sebu. Paling penting, pilihlah makanan yang sihat, seimbang dan mengikut keperluan tubuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti

Recent Posts

  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme