Mee Kuah Daging.Hidangan ini turut berkhasiat dan merupakan makanan seimbang kerana mengandungi segala sumber karbohidrat, protein, serat dan vitamin. Untuk mendapatkan khasiat yang lebih baik dan variasi, boleh tukarkan mi kuning dengan bihun atau spageti yang direbus.Bagi memudahkan carian resipi Mee Kuah Daging, Mamanet kongsikan di sini untuk mama-mama yang teringin nak menikmatinya sendiri.
Jom Buat! Mee Kuah Daging
Bahan-bahan yang diperlukan
- 2 peket mi kuning – secukupnya
- 1 kilo daging
- 2.5 liter air rebusan daging
- Sos tomato secukupnya
- Sos cili secukupnya
- 1 cawan kuah kacang
- 3 biji kiub stok ikan bilis
- 4 biji telur – untuk pekatkan kuah
- 3 sudu besar cili kisar – boleh tambah jika suka pedas
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-Bahan Tambahan
- 8 biji telur rebus – dipotong 2
- Hirisan cili merah secukupnya
- Hirisan daun bawang secukupnya
- Sayur tauge dan sawi dicelur – secukupnya
- Bawang goreng secukupnya
Bahan Dikisar Halus
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1 inci halia
Cara Memasak Mee Kuah Daging
1) Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging dan kacau kuah dan masukkan kiub stok ikan bilis, kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya. Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato.
2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi. Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak. Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah
3) Celur mi, tauge dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu. rebus semua telur.4) Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur tauge dan sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mi dan tuangkan kuah bersama isi daging, telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup
Baca Juga: Mee Kari KlasikPisang Goreng Ranggup
1 thought on “Mee Kuah Daging Meleleh”