Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Mi Sedaap

Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen – Lebih Menyelerakan!

Posted on 02/14/202502/16/2025 by 123mamanet

Buat pencinta mi segera dan makanan Korea, bersiap sedialah! Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen kini kembali dengan wajah baharu yang lebih menarik dan rasa yang lebih mengancam. Dengan adunan bahan-bahan premium dan citarasa autentik Korea, anda pasti akan jatuh cinta pada suapan pertama!

Isi Kandungan hide
1 Mi Sedaap Dengan Rasa Pedas yang Menggoda
2 Wajah Baharu, Duta Baharu – Ahn Hyo Seop
3 1 Juta Mi Cawan Percuma – Rasa Hebat untuk Semua!
4 Tawaran Hebat & Acara Menarik di Sunway Pyramid
5 Hidangan Korea yang Menambat Hati

Selain itu, turut dilancarkan iklan TV komersial yang dinamik, dijayakan oleh Ahn Hyo Seop, bintang K-Drama terkenal. Iklan ini bukan sahaja memikat mata yang menonton tetapi juga membuka selera untuk mencuba keenakan ramen yang sebenar-benar rasa Korea!

 

Mi Sedaap

Mi Sedaap Dengan Rasa Pedas yang Menggoda

Ia bukan sekadar tampil dengan pembungkusan baharu, malah kualitinya juga telah ditingkatkan! Setiap pek dibuat menggunakan tepung gandum premium dari Australia dan Kanada menghasilkan mi yang lebih tebal, kenyal dan mampu menyerap kepedasan sos pekat dengan sempurna.

Gabungan cili segar dan rempah-ratus berkualiti tinggi memberikan rasa asli yang mantap serta pilihan kepedasan yang sesuai untuk citarasa rakyat Malaysia. Sama ada anda sukakan pedas-pedas manja atau pedas ‘giler’, ia menjanjikan kepuasan dalam setiap gigitan!

Menurut Ng Hock Guan, Pengurus Mi Sedaap Malaysia, “Kami memahami trend semasa di mana rakyat Malaysia sangat menggemari segala yang berkaitan dengan Korea termasuk makanan. Oleh itu, Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen dihasilkan dengan mengekalkan keaslian rasa Korea, tetapi disesuaikan mengikut selera tempatan.”

Beliau turut menambah, “Kami bukan sekadar menjual mi segera, tetapi membawa pengalaman Korea ke setiap rumah dengan menggunakan bahan-bahan premium yang memenuhi piawaian global.”

Baca Juga:

Jom Buat Mee Kari Klasik

Mee Kuah Daging Meleleh

 

 Ahn Hyo Seop

Wajah Baharu, Duta Baharu – Ahn Hyo Seop

Sebagai sebahagian daripada pelancaran produk ini, Ahn Hyo Seop, pelakon tampan dan terkenal di dunia K-Drama, telah dilantik sebagai duta rasmi Mi Sedaap! Dalam iklan terbaharu, Ahn Hyo Seop kelihatan begitu menikmati Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen dan mengungkapkan, “Mi ni betul-betul rasa Korea!”

Kempen ini bukan sahaja menampilkan produk yang diperbaharui, malah membawakan pengalaman autentik Korea kepada rakyat Malaysia, membolehkan mereka merasai sendiri kelazatan sebenar mi pedas kegemaran ramai.

1 Juta Mi Cawan Percuma – Rasa Hebat untuk Semua!

Bagi meraikan pelancaran ini, Mi Sedaap ingin berkongsi kegembiraan dengan mengagihkan 1 juta Mi Cawan secara percuma kepada rakyat Malaysia! Sama ada anda seorang peminat K-Drama, makanan Korea atau sekadar ingin mencuba mi segera yang luar biasa ini adalah peluang terbaik untuk anda.

Trak makanan dan mesin layan diri khas akan ditempatkan di beberapa lokasi terpilih di Lembah Klang untuk memastikan lebih ramai dapat menikmati Mi Sedaap secara percuma. Bermula dengan 10 mesin layan diri, Mi Sedaap merancang untuk menambah 20 lokasi lagi sebelum akhir tahun.

 

Mi Sedaap

Tawaran Hebat & Acara Menarik di Sunway Pyramid

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi eksklusif Pek 5+1 yang kini tersedia di kedai-kedai terpilih di seluruh negara.

Bermula dari 11 Februari hingga 16 Februari 2025, Mi Sedaap akan mengadakan pelancaran besar-besaran di Sunway Pyramid (LG, Orange Concourse). Acara ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:

  • Permainan interaktif
  • Hadiah eksklusif
  • Cabaran kepedasan untuk menguji tahap daya tahan anda terhadap rasa pedas!

Lebih istimewa, acara ini bertujuan untuk meraikan keunikan rasa, kebersamaan dan kepuasan dalam setiap suapan. Pastikan anda mengikuti Mi Sedaap di Facebook, Instagram dan TikTok untuk mendapatkan berita terkini dan kejutan menarik!

 

Mi Sedaap

Hidangan Korea yang Menambat Hati

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman ini! Dengan rasa pedas yang menggoda, tekstur mi yang kenyal dan duta eksklusif Ahn Hyo Seop, Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen adalah pilihan terbaik bagi sesiapa yang menginginkan mi segera premium dengan rasa asli Korea.

Dapatkannya hari ini di pasaraya berdekatan dan nikmati sensasi pedas yang cukup menyelerakan ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme