Midea Malaysia mencipta sejarah dengan diiktiraf oleh Buku Rekod Malaysia bagi pelancaran serentak 18 kedai jenama Midea di seluruh negara, digelar “Pelancaran Kedai Peralatan Elektrik Terbanyak Dalam Satu Acara”.
Pelancaran ini merangkumi 15 kedai jenama baharu, 2 Midea Pro-Shops dan 1 ruang pameran di Kuala Lumpur. Ini jelas menandakan pertumbuhan pantas Midea di Malaysia serta meningkatkan pengalaman pelanggan melalui interaksi langsung, sokongan pasca jualan lebih baik. Di samping mengetengahkan produk rumah pintar yang meluas.

Mark Tam, Pengarah Urusan Midea Malaysia, berkata:
“Pelancaran serentak 18 kedai bukan sekadar pengembangan fizikal – ia mengubah cara pelanggan berinteraksi dengan Midea. Rakyat Malaysia kini boleh mencuba penyelesaian rumah pintar kami secara langsung, berunding dengan pakar, dan menerima sokongan pasca jualan yang lebih teliti.”
Memperkenalkan Siri SMART MASTER
Midea memperkenalkan Siri SMART MASTER, rangkaian peralatan rumah berkuasa AI dan IoT. Ia direka untuk mewujudkan ekosistem rumah pintar yang terhubung sepenuhnya. Produk SMART MASTER termasuk:
-
Siri Avigator
-
Siri Insta-Fit Master
-
Set Dobi
-
Hud Dapur Berbentuk L MCH-90XS38 (RFID)
-
Hob Gas Terbina Dalam MGH-2590GL (RFID)
-
Pembersih Vakum Robotik V12
-
Kipas Nirbilah
Inovasi ini menekankan teknologi berpusatkan pengguna, peralatan cekap tenaga, sambungan RFID & Wi-Fi, dan automasi jarak jauh melalui aplikasi SmartHome, menjadikan rumah lebih pintar, mudah, dan mesra pengguna.

Pelancaran Serentak & Pengiktirafan Rekod
Semua 18 kedai merasmikan papan tanda pada masa sama, disiarkan secara langsung di Facebook Midea Malaysia. Majlis diserikan dengan ucapan Mark Tam, penyerahan plak, dan sijil daripada wakil Buku Rekod Malaysia.
Midea Semakin Berkembang di Malaysia
Pengembangan ini memperkukuh pengalaman pelanggan, menambah ketersampaian produk di lebih banyak wilayah, dan memperkenalkan teknologi rumah pintar berkuasa AI generasi terbaru. Menjelang 2026, Midea menyasarkan pertumbuhan lebih kurang 20%, dipacu oleh permintaan tinggi untuk rumah pintar cekap tenaga.
Promosi Eksklusif Sempena Pelancaran
-
Hadiah dengan Pembelian (1 – 31 Disember 2025) – pembelian produk terpilih layak mendapat hadiah, tertakluk pada stok tersedia.
-
Putar & Menang (3 – 10 Disember 2025) – belanja RM288 ke atas berpeluang memenangi hadiah menarik.
-
Belanja & Menang (3 – 31 Disember 2025) – belanja RM488 ke atas layak sertai peraduan dengan hadiah eksklusif.
Dengan pencapaian ini, Midea Malaysia terus mengukuhkan kedudukan sebagai jenama perkakas rumah paling pesat berkembang, membawa teknologi pintar yang memperkaya kehidupan isi rumah Malaysia.
