Pelancaran Nafesa baru-baru ini menandakan kemunculan sebuah jenama tudung baharu yang lahir daripada kasih seorang ibu. Nama Nafesa, diinspirasikan daripada nama ibu pengasas, Naveesof, membawa maksud kelembutan, ketabahan dan nilai wanita yang amat berharga dalam kehidupan.
Segalanya bermula di Arafah, ketika doa dan rintihan jiwa membawa kepada satu ilham suci tentang kasih seorang ibu. Daripada hela nafas seorang wanita yang membesarkan generasi, lahirlah sebuah identiti baharu di bawah Saudagaar Asia – jenama yang meraikan kekuatan wanita.

Simbol Gaya Wanita Profesional & Yakin
Nafesa mengangkat identiti wanita moden yang profesional, berwibawa dan penuh keyakinan. Untuk meraikan pelancaran ini, ikon lagenda dan bekas supermodel Malaysia, Noor Kumalasari, dipilih sebagai Nafesa Première Showcase Muse. Beliau membawa pesona kemewahan, warisan dan keanggunan yang tidak lapuk dek zaman.

Koleksi The Alhambra Monogram: Inspirasi Seni Islam
Koleksi pertama Nafesa, The Alhambra Monogram, diinspirasikan daripada seni bina Istana Alhambra di Granada— simbol kehalusan seni Islam, kemewahan serta kekuatan tamadun. Setiap helaian dalam koleksi ini direka untuk menyampaikan mesej:
“Wanita yang anggun, yakin dan mampu mencipta rezeki melalui kecantikan.”
Menggunakan fabrik premium satin, setiap tudung hadir dengan tekstur lembut, ringan, tidak jarang, mudah dibentuk dan sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari.

Ciri-Ciri Eksklusif Koleksi The Alhambra Monogram
-
Material premium & tidak panas
-
Cetakan halus, berkualiti dan tahan lama
-
Warna yang dirancang khas untuk tona wanita Asia
-
Packaging eksklusif, sesuai sebagai hadiah premium
-
Rekaan timeless, tidak bergantung pada trend semasa

Lebih Dari Sekadar Jenama Tudung
Nafesa bukan sekadar jenama fesyen. Sebaliknya ia adalah peluang dan simbol perjalanan wanita hari ini. Jenama ini meraikan wanita yang bukan sahaja pengguna, tetapi juga trendsetter, tulang belakang keluarga, pencipta nilai dan inspirasi komuniti.
“Nafesa dihadirkan untuk menginspirasikan setiap wanita agar berasa cantik, lengkap, yakin dan bernilai.“
— Fadz Subari, Brand Specialist
Pelancaran ini menandakan bermulanya satu evolusi baharu dalam dunia fesyen muslimah, memartabatkan keanggunan wanita melalui rekaan premium yang sarat makna dan penuh jiwa.
