Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
nasi

5 Nasi Goreng Mudah Dan Sedap

Posted on 09/09/202309/19/2023 by 123mamanet

5 Nasi Goreng Mudah Dan Sedap

Isi Kandungan hide
1 5 Nasi Goreng Mudah Dan Sedap
1.1 Nasi Makanan Ruji Orang Malaysia
1.2 Hidangan Paling Popular
1.3 Jom Buat!
1.3.1 Nasi Goreng Udang
1.3.2 Nasi Goreng Cili Padi
1.3.3 Nasi Goreng Cina
1.3.4 Nasi Goreng Telur
1.3.5 Nasi Goreng Kicap

Nasi adalah makanan asasi yang sangat penting dalam hidangan Malaysia dan Asia Tenggara. Nasi ialah beras yang dimasak atau ditanak sehingga menjadi tekstur lembut, berbutir dan berwarna putih.

Cara utama untuk memasaknya adalah dengan mendidihkannya atau mengukus. Banyak hidangan tradisional Malaysia seperti nasi lemak, kerabu, kandar dan goreng menggunakannya sebagai komponen utama. Selain itu, ia boleh  juga dimakan bersama pelbagai jenis lauk seperti daging, ayam, ikan, udang atau sayuran.

nasi

Nasi Makanan Ruji Orang Malaysia

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis beras yang digunakan, termasuklah beras wangi, beras pulut dan beras perang. Setiap jenis beras memberikan rasa dan tekstur yang berbeza kepada nasi dan ia dipilih berdasarkan jenis hidangan yang akan disediakan.

Hidangan Paling Popular

Nasi goreng merupakan hidangan yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di  Malaysia, Indonesia dan Singapura. Ia merupakan hidangan yang serba boleh, mempunyai nilai budaya yang tinggi dalam masyarakat Malaysia dan sesuai dimakan pada bila-bila masa.

Baca Juga:  Udang 

Jom Buat!

Berikut adalah beberapa varian nasi goreng yang enak dan mudah disediakan:

nasi

Nasi Goreng Udang

Campurkan nasi sejuk dengan udang, bawang putih, bawang merah, sayur-sayuran seperti kacang panjang dan lobak (jika suka) serta sedikit kicap manis dan sos ikan. Goreng hingga harum dan kalau suka boleh hidangkannya dengan telur mata lembu di atasnya. Taburkan serbuk cili ataupun serbuk lada putih di atasnya.

nasi

Nasi Goreng Cili Padi

Buat pencinta menu pedas, tambahkan cili padi ke dalam nasi goreng biasa. ini. Gabungkan dengan daging ayam goreng/bakar, udang  atau telur untuk menambahkan kelazatannya. Jangan lupa letak kica manis untuk rasa manis-pedas yang seimbang.

Baca Juga: Ayam Kukus Halia

 

makanan enak

 Nasi Goreng Cina

Ini adalah versi yang mirip dengan nasi goreng yang ditemui di restoran Cina. Gunakan nasi sejuk yang dicampur dengan daging ayam, udang, telur, sayuran seperti pak choy dan lobak,garam, serbuk perasa serta sedikit minyak bijakb dan bawang putih untuk rasa autentik. Jika suka, boleh letak sedikit perahan limau nipis.

makanan enak

Nasi Goreng Telur

Versi ini sangat mudah. Campurkan nasi sejuk dengan telur dan bawang putih cincang. Tambahkan sedikit garam, lada hitam, dan sos soya untuk rasa yang lebih nikmat. Goreng hingga telur yang telah dihancurkan  dan nasi bewarna kecoklatan.

Baca Juga: Resepi Tauhu Begedil

 

nasi

Nasi Goreng Kicap

Diberikan rasa yang kaya dengan kicap manis. Campurkannya dengan daging  lembu atau ayam atau udang. Tambahkan sayuran  seperti jagung, lobak merah dan berikan sentuhan daun bawang. Kicap manis akan memberi citarasa lazat.

Nota: Setiap varian boleh disesuaikan dengan selera rasa anda. Kreativiti dalam menambahkan bahan-bahan seperti bawang goreng, petai atau serunding boleh meningkatkan citarasa nasi goreng anda. Selamat mencuba!

2 thoughts on “5 Nasi Goreng Mudah Dan Sedap”

  1. Pingback: Nasi Beriani, Jom Buat Sendiri! - 123mamanet
  2. Pingback: Roti Paling Sihat Dimakan - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia

Recent Posts

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme