Bufet Ramadan Concorde Hotel Shah Alam kembali untuk tahun 2026 dengan tema Jelajah Rasa Warisan. Berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026 di Melting Pot Café. Bufet ini menawarkan lebih 100 hidangan tradisional Melayu termasuk menu signature dan pilihan pencuci mulut untuk pengalaman berbuka puasa yang lengkap dan eksklusif.
Menu Tradisional & Signature

Felix Yeo, Pengurus Besar, berkongsi bahawa semua tetamu boleh menikmati pelbagai masakan lazat sepanjang Ramadan. Menampilkan empat set menu berselang hari bagi memastikan kepelbagaian pilihan sepanjang bulan Ramadan.
Antara menu utama:
-
Kari Kepala Ikan, hidangan signature Concorde Hotel Shah Alam

-
Kambing Panggang berempah
-
Bubur Lambuk (3 variasi)
-
Lemang & Ketupat
-
Udang Masak Lemak Rebung
-
Mi & goreng-gorengan pelbagai jenis
Baca Juga:
Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
Kambing Perap Yang Sedap & Juicy

Bahagian pencuci mulut turut menampilkan kuih-muih tradisional, apam balik, piza serta minuman kegemaran seperti Air Bandung, Air Cincau, Air Tebu, dan Teh Tarik istimewa Concorde Hotel Shah Alam.
Menurut Chef Eksekutif, Chef Alham Ahmad Daldiri,
“Sajian lebih daripada 100 hidangan digabungkan untuk mencipta pengalaman iftar yang tidak dapat dilupakan.”

Harga & Baucar Awal Bufet Ramadan Concorde Hotel Shah Alam
-
Dewasa: RM155 bersih
-
Warga Emas: RM115 bersih
-
Kanak-kanak (5–12 tahun): RM85 bersih
Bagi pembelian baucar Ramadan jualan awal sebelum Ramadan:
-
Dewasa: RM130 bersih
-
Warga Emas: RM109 bersih
-
Kanak-kanak: RM79 bersih
Tarikh terpilih:
-
19 – 22 Februari 2026 (awal Ramadan)
-
18 – 20 Mac 2026 (akhir Ramadan)
Promosi Bilik Ramadan & Rayacation
Concorde Hotel Shah Alam menawarkan promosi bilik Ramadan & Rayacation dengan kadar bermula RM176 bersih semalam (bilik sahaja). Tambahan sarapan / sahur bufet:
-
Dewasa / Warga Emas: RM60
-
Kanak-kanak: RM35
H2 – Tempahan & Maklumat Lanjut
Untuk tempahan bilik atau pertanyaan lanjut:
-
Telefon: 03-5520 8000
-
Laman web: Concorde Hotel Shah Alam
