Planta Sesudu Penuh Kebaikan menjadi teras kempen Ramadan 2026 apabila jenama ini memperkenalkan satu inisiatif yang menyentuh soal makanan, nilai kebersamaan dan tindakan kecil yang memberi makna besar.
Sempena ketibaan bulan Ramadan, Planta menyemarakkan kempen “Sesudu Penuh Kebaikan” menerusi majlis pra-Ramadan anjurannya. Ia menekankan kepercayaan bahawa kebaikan boleh bermula dengan langkah kecil dalam kehidupan seharian walaupun hanya dengan sesudu penuh.
Melalui kempen ini, Planta mengajak rakyat Malaysia untuk melihat bagaimana kebaikan boleh berkembang melalui makanan, kerjasama serta nilai yang dikongsi bersama keluarga dan komuniti.

Pengalaman Deria di Planta Taste Lab Experience
Pada majlis tersebut, para tetamu turut menikmati Planta Taste Lab Experience, sebuah pengalaman deria yang imersif bagi memperkenalkan Planta Nutri-Buttery serba baharu.
Menerusi stesen rasa interaktif, tetamu berpeluang mencuba dan memadankan pelbagai perisa mengikut cita rasa masing-masing. Daripada sapuan klasik hinggalah perisa berinspirasikan cita rasa tempatan, pengalaman ini menggalakkan penerokaan rasa, aroma dan tekstur, sekali gus menyemarakkan semangat kempen “Sesudu Penuh Kebaikan”.
“Di Planta, kami percaya bahawa kebaikan tidak semestinya rumit. Ia bermula di dapur, melalui pilihan yang kita buat setiap hari. Apabila pilihan itu dikongsi bersama, impaknya boleh tersebar luas, tidak hanya di meja makan,” kata Inura Jayasuriya, Ketua Pemasaran Asia Selatan dan Timur Jauh, Flora Food Group.

Daripada Niat Baik kepada Tindakan Nyata
Sepanjang Ramadan ini, kempen “Sesudu Penuh Kebaikan” diterjemahkan kepada beberapa inisiatif kemasyarakatan dengan kerjasama rakan organisasi dan badan amal:
-
Bantuan rumah kebajikan
Planta akan menyediakan bekalan produk Planta selama setahun kepada rumah kebajikan terpilih bagi menyokong keperluan memasak mereka sepanjang tahun. -
Sumbangan makanan melalui media sosial
Bagi setiap Instagram Story awam yang dikongsi menggunakan templat kempen, Planta akan menyumbangkan satu hidangan kepada Food Aid Foundation. -
Memperkasa bakeri tempatan
Dengan kerjasama FoodAid-preneurs dan pengusaha bakeri tempatan, Planta menyokong penghasilan kek mentega sambil meraikan cita rasa tempatan dan membantu menjana sumber pendapatan komuniti. -
Pemulihan dan pengagihan semula makanan
Melalui kerjasama dengan MySaveFood, Planta meneroka usaha pemulihan makanan untuk mengagihkan semula lebihan makanan dari bazar Ramadan secara selamat kepada komuniti yang memerlukan.
“Inisiatif ini mencerminkan keyakinan kami bahawa amalan murni akan menjadi lebih bermakna jika dilakukan bersama,” tambah Inura Jayasuriya. “Makanan bukan sekadar memberi tenaga, ia menyatukan insan, membina hubungan dan membuka ruang kepada lebih banyak peluang.”
Temui Planta di Bazar Ramadan Seksyen 18, Shah Alam
Kempen “Sesudu Penuh Kebaikan” turut dibawa terus ke komuniti menerusi kehadiran Planta di Bazar Ramadan Seksyen 18, Shah Alam dari 21 hingga 28 Februari 2026.
Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti interaktif seperti:
-
Permainan Spin the Wheel
-
Stesen sampel produk
-
Photo Booth
Aktiviti ini bertujuan merapatkan komuniti, berkongsi kegembiraan melalui makanan serta memperkenalkan Planta Nutri-Buttery dengan cara yang santai, menyeronokkan dan mesra semua.
Sesudu Penuh yang Mencetus Makna Lebih Besar
Melalui pelancaran kempen ini sempena Ramadan, Planta berharap setiap rasa yang dinikmati, setiap kisah yang dikongsikan di Instagram Story dan setiap perbualan yang tercetus dapat mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kebaikan tidak perlu bermula dengan sesuatu yang besar.
Kadangkala, ia hanya bermula dengan sesudu penuh.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, ikuti saluran media sosial rasmi Planta Malaysia:
-
Instagram: @planta_malaysia
-
Facebook: Planta Malaysia
-
TikTok: @plantamalaysia
-
YouTube: Planta Malaysia
