Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kurma daging

Resepi Kurma Daging Untuk Juadah Berbuka Puasa

Posted on 03/16/202403/16/2024 by 123mamanet

Suka makan gulai kurma daging yang digandingkan dengan ubi kentang? Kalau suka, cubalah Resepi Kurma Daging yang paling mudah untuk dimasak ini.

Isi Kandungan hide
1 Keenakan Kurma Daging
2 Resepi Kurma Daging
3 Cara Memasak

Keenakan Kurma Daging

Gulai kurma daging ini boleh dijadikan salah satu menu masakan untuk berbuka puasa ataupun menu untuk merayakan Hari Raya nanti.

Keunikan rasa melekat pada Resepi Kurma Daging yang dikongsikan ini. Masakan ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu makan tengahari ataupun malam.

Resepi Daging Kurma
Gunakan daging segar dan batang pinang untuk menadapatkan rasa yang lebih enak

Resepi Kurma Daging

Bahan-Bahan:

½ kilo daging lembu tanpa lemak (dipotong kiub atau hiris lebih kurang seinci)

6 biji bawang merah (dikisar)

2 biji bawang putih (dikisar)

1sm halia (dikisar)

1 sm lengkus (dikisar)

500 ml santan

1 peket rempah kurma

1 helai daun kunyit

2 batang serai (diketuk-ketuk)

2 helai daun salam

2 keping asam kandis

2 biji bawang besar dikerat empat

4 biji cili merah dan hijau dibelah.

Garam secukupnya

Serbuk perasa secukupnya

1 sudu kecil kicap manis

2 biji kentang (potong ikut suka)

Minyak untuk menumis

Cuba Juga:

Resepi Brownies Kedut

Resepi Puding Karamel

Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer

 

 

Resepi Daging Kurma

Cara Memasak

  1. Cuci bersih daging lembu. Boleh gunakan air perahan asam jawa, limau nipis atau basuh dengan tepung gandum untuk menghilangkan hanyir daging tersebut.
  2. Kemudian daging tersebut direbus terlebih dahulu supaya lebih empuk. Ketepikan.
  3. Setelah itu panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, jintan putih dan serai.
  4. Kemudian masukkan bawang merah, halia, bawang putih dan lengkuas yang sudah dikisar tadi. Tumis sampai naik bau.
  5. Masukkan pula rempah kurma yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sampai ke semua bahan tumisan berbau wangi.
  6. Masukkan pula serai, daun kunyit dan daun salam dan bawang besar. Jika kering atau pekat, tambahlah dengan sedikit air.
  7. Setelah itu, masukkan pula daging dan kentang. Kacau sampai daging tersebut berbaur sebati dengan bahan-bahan penumis tadi. Tutup seketika, supaya daging dan bahan-bahan tadi lebih sebati.
  8. Kemudian tuangkan santan. Kacau sampai mendidih agar santan tersebut tidak pecah.
  9. Masak sampai daging tersebut semakin empuk, santan menyusut dan sedikit pekat. Masukkan kicap manis, serbuk perasa, garam, asam kandis dan serbuk lada sulah.
  10. Masak seketika dengan api yang kecil dan rasalah kesedapannya. Bila sudah cukup rasanya, padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Kurma Daging yang sangat nikmat ini.

Foto: Carian Internet

 

 

1 thought on “Resepi Kurma Daging Untuk Juadah Berbuka Puasa”

  1. Pingback: "Aid Palestine with Dates" - Inisiatif Amal untuk Warga Palestin - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme