Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
resepi ayam bakar

Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer

Posted on 08/27/202308/27/2023 by 123mamanet

Resipi Ayam Bakar menggunakan air fryer adalah cara moden untuk menyediakan hidangan tradisional yang sedap.Dengan menggabungkan kehebatan teknologi penggoreng udara dan kelazatan Ayam Bakar, anda boleh mencipta banyak menu Resepi Ayam Bakar yang cukup mudah untuk disediakan.

Isi Kandungan hide
1 Ayam Bakar Guna Air Fryer Lebih Sihat
2 Jom Cuba! 5 Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer
2.1 Resepi Ayam Bakar Madu
2.2 Resepi Ayam Bakar Lemon
2.3 Resepi Ayam BBQ
2.4 Resepi Ayam Bakar Yogurt
2.5 Resepi Ayam Bakar Simple

 

resepi ayam bakar

Ayam Bakar Guna Air Fryer Lebih Sihat

Penggunaan Air Fryer boleh membantu anda untuk memasak dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan menggunakan pembakar biasa.

Anda dapat bereksperimen dengan variasi bahan-bahan dan rempah untuk menciptakan rasa Ayam Bakar yang unik serta sesuai dengan selera anda seisi keluarga.

Perapan ayam yang meresap pada ayam sepanjang proses perapan akan memberikan citarasa yang sungguh enak. Memasak Ayam Bakar menggunakan air fryer lebih sihat kerana mengurangkan penggunaan minyak, tetapi perlu mengambil kira pemilihan rempah dan saiz hidangan untuk mengekalkan keseimbangan dan cita rasa yang baik.

Jom Cuba! 5 Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer

Inilah 5 resipi ayam menggunakan air fryer  yang boleh anda cuba di rumah. Cara penyediaannya bukan sahaja mudah. Sebaliknya lebih sihat kerana mengurangkan penggunaan minyak. Hasilnya sama, enaknya seperti ayam yang digoreng ataupun dibakar atas pemanggang.

resepi ayam bakar

Resepi Ayam Bakar Madu

Bahan-bahan:

4-6 potong paha ayam, dibersihkan dan dikeringkan

3 sudu besar madu

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos kicap

1 sudu besar sos cili (optional, jika suka pedas)

2 ulas bawang putih, dicincang halus

Garam dan lada hitam secukupnya

Sedikit minyak zaitun (lumur sikit kat mangkuk air fryer)

Cara menyediakan:

1. Dalam sebuah mangkuk, campurkan madu, sos tiram, sos kicap, sos cili (jika digunakan), bawang putih cincang, garam, dan lada hitam. Aduk hingga semua bahan bergaul sebati.

2. Letakkan potongan ayam dalam mangkuk berisi campuran sos perapan yang telah dibuat. Balik-balikkan ayam agar semuanya bergaul sebati. Biarkan ia  meresap selama 30 mini (paling kurang) dalam peti sejuk.

3. Sementara ayam meresap, panaskan air fryer pada suhu 180 darjah Celsius selama beberapa minit.

4. Keluarkan ayam dari sos perapan dan letakkan dalam mangkuk air fryer yang telah dilapisi dengan sedikit minyak zaitun.

5. Bakar  dalam air fryselama 15-20 minit. Balikkan ayam di pertengahan masa untuk memastikan ia masak secara merata.

6. Sapukan sedikit sisa-sisa perapan tadi  di atas ayam semasa proses memasak itu.

7. Periksa keadaan ayam, pastikan kulitnya sudah kecoklatan dan dagingnya masak sepenuhnya. Jika perlu, goreng lagi selama beberapa minit sehingga mencapai hasil yang diingini.

8. Setelah masak, angkat ayam dari air fryer dan hidangkan dengan nasi putih, ulam-ulaman dan sambal jika mahu.

Nota: Okay, dah siap untuk disajikan. Anda boleh menyesuaika rasa dan tahap kepedasan sos mengikut citarasa anda.

resepi ayam bakar

Resepi Ayam Bakar Lemon

Bahan-bahan:

2-3 potong paha ayam, dibersihkan dan dikeringkan

1 lemon, perah untuk mendapatkan jusnya

2 sudu besar minyak zaitun

2 ulas bawang putih, dicincang halus

Garam dan lada hitam secukupnya

Sedikit herba seperti rosemary atau thyme (jika suka)

Cara Menyediakan:

1. Campurkan jus lemon, minyak zaitun, bawang putih cincang, garam dan lada hitam dalam mangkuk kecil. Gaul rata untuk membentuk perapan.

2. Letakkan potongan ayam dalam mangkuk berisi perapan tadi.Pastikan ayam digaul dengan perapan mesra bersatu. Biarkan ia meresap selama 15-30 minit dalam peti sejuk.

3. Sementara ayam meresap, panaskan air fryer pada suhu 180 darjah Celsius selama beberapa minit.

4. Keluarkan ayam dari perapan dan letakkan dalam periuk air fryer.

5. Bakar ayam dalam air fryer  selama 20-25 minit, balik-balikan ayam di masa tengah memasak.

6. Semasa ayam hampir masak, taburkan sedikit herba seperti rosemary atau thyme (jika suka) untuk membangkitkan lagi aromanya.

7. Periksa keadaan ayam, pastikan kulitnya berwarna keperangan dan dagingnya masak sempurna.

8.Angkat ayam dari air fryer dan hidangkan dengan nasi atau salad serta potongan lemon untuk menambahkan lagi keserian hidangan.

Nota:  Ayam Bakar Lemon siap disajikan! Nikmati hidangan ayam yang segar dan lazat dengan sentuhan rasa lemon yang unik.

 

Baca Juga: Jom Cuba Buat Mee Kari Klasik

 

ayam BBQ

Resepi Ayam BBQ

Bahan-bahan:

4 keping paha ayam

2 sudu besar sos BBQ

1 sudu besar minyak zaitun

1 sudu kecil paprika

1/2 sudu kecil lada hitam

setengah sudu kecil garam

1/2 sudu kecil bawang putih (serbuk)

Cara Menyediakan:

1. Campur sos BBQ, minyak zaitun, paprika, lada hitam, garam, dan bawang putih serbuk untuk membuat bahan perapan.

2. Rendam ayam dalam campuran bahan perapan tadi  selama 30 minit atau lebih.

3. Panaskan air fryer pada 180°C.

4. Letakkan ayam dalam air fryer dan masak selama 20-25 minit, bolak-balikkan sekali-sekala.

5. Tengok keadaan ayam.Tusuk mana-mana bahagian ayam yang tebal isinya menggunakan garpu. Ayam dikira masak jika jus yang keluar adalah jernih dan tidak berdarah.

6. Hidangkan ayam dengan pilihan sampingan yang ada suka seperti kentang lenyek, salad, jagung rebus dan lain-lain lagi. Boleh juga sapukan lebih sedikit sos BBQ untuk rasa yang lebih enak.

7. Selamat menikmati hidangan Ayam BBQ yang lazat!

ayam yogurt

Resepi Ayam Bakar Yogurt 

Bahan-bahan:

4 keping paha ayam, dada ayam ataupun kepak ayam

1/2 cawan yogurt

2 sudu besar sos cili

4 sudu teh  jus lemon

2 sudu besar serbuk kari atau rempah ayam bakar

1 sudu besar minyak zaitun

Garam dan lada hitam secukup rasa

 

Cara Menyediakan:

Persiapan ayam

Bersihkan ayam dan lap kering dengan tisu dapur.

Bahan Perapan

Dalam mangkuk, campurkan yogurt, sos cili, jus lemon, serbuk rempah ayam bakar ataupun serbuk kari, minyak zaitun, garam dan lada hitam. Gaulkan hingga semua bahan perapan bersatu mesra.

Perap ayam

Pastikan perapan dan ayam menyatu. Perap selama sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti sejuk.

Panaskan air fryer

Panaskan air fryer pada suhu 180 darjah Celsius (350 darjah Fahrenheit) selama beberapa minit.

Sediakan ayam dalam air fryer

Letakkan ayam yang telah diperap  dalam periuk air fryer. Pastikanayam tidak dletakkan terlalu rapat supaya udara panas dapat mengalir dengan baik.

Masak ayam

Masak ayam dalam air fryer pada suhu 180 darjah Celsius (350 darjah Fahrenheit) selama kira-kira 20-25 minit. Bolak-balikkan ayam di pertengahan waktu memasak.

Periksa tahap kemasakan ayam

Semak keadaan ayam dengan menusuk bahagian  isi yang tebalnya menggunakan garpu. Pastikan ayam telah masak hingga empuk dan kering.

Hidangkan

Angkat ayam dari air fryer dan hidangkan dengan nasi atau sampingan pilihan anda. Ayam Bakar Yogurt yang lazat siap  untuk dinikmati!

 

Baca Juga: Kek Tapak Kuda Nutella

 

ayam simple

Resepi Ayam Bakar Simple

Bahan-bahan:

4 keping paha ayam, dada ayam ataupun kepak ayam

3 sudu besar sos cili (boleh sesuaikan dengan tahap kepedasan yang diinginkan)

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar minyak zaitun

2 sudu besar madu atau gula (untuk keseimbangan rasa)

1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk jintan manis

Garam dan lada hitam secukup rasa

1 ulas bawang putih, dicincang halus

1 ulas bawang merah, dicincang halus

Sedikit air jika diperlukan

Cara Membuat:

1. Campurkan sos cili, sos tiram, minyak zaitun, madu atau gula, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, garam, lada hitam, bawang putih, dan bawang merah dalam mangkuk. Ini akan menjadi perapan ayam.

2. Bersihkan ayam dan lap kering menggunakan tisu dapur.

3. Rendam ayam dalam perapan yang disediakan. Pastikan ayam digaul dengan baik. Biarkan ayam terendam dalam bahan perapan selama sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti sejuk.

4. Panaskan air fryer pada suhu 180 darjah Celsius (350 darjah Fahrenheit).

5. Letakkan ayam dalam mangkuk air fryer, pastikan disusun tidak terlalu padat atau rapat  supaya udara panas dapat mengalir dengan baik.

6. Masak ayam dalam air fryer selama kira-kira 20-25 minit, sambil membalikkan ayam masa tengah-tengah masak.

7.Semak tahap kemasakan  ayam. Pastikan dagingnya empuk dan kulitnya berwarna keemasan.

8. Jika bahan perapan terlalu pekat, anda boleh tambahkan sedikit air untuk menghasilkan saus yang lebih cair.

7. Hidangkan ayam bakar pedas dengan nasi atau hidangan sampingan pilihan anda.

8. Selamat menikmati hidangan Ayam Bakar Simple yang sedap dan pedas!

11 thoughts on “Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer”

  1. Pingback: Pisang Goreng Yang Garing Dan Ranggup - 123mamanet
  2. Pingback: Udang Goreng Kunyit Paling Simple - 123mamanet
  3. Pingback: Marrybrown Menu Terbaharu, Fiesta Mexicana.Terlajak Sedap! - 123mamanet
  4. Pingback: Dahlia Corner Gamit Atmosfera Indah Makan Malam - 123mamanet
  5. Pingback: Nikmati Ayam Merah Lazat dari Texas Chicken - 123mamanet
  6. Pingback: Resepi Kurma Daging Untuk Juada Berbuka Puasa - 123mamanet
  7. Pingback: Resepi Kek Pisang Ringkas dan Sedap! - 123mamanet
  8. Pingback: Samurai Yakiniku, Promo Buffet RM15! - 123mamanet
  9. Pingback: Resepi Kambing Perap Ala Khairul Aming - 123mamanet
  10. Pingback: Ayam Oren Menu Terbaharu dari The Chicken Rice Shop - 123mamanet
  11. Pingback: Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme