Tak pernah bosan menikmati kek pisang. Lebih-lebih lagi apabila diolah dengan rasa manis-manis buah. Buah pisang cukup berkhasiat dan kaya dengan mineral seperti kalium, magnesium, fostor, besi dan kalsium.
Isi Kandungan
hide
Kek Pisang Lembut dan Moist
Dari Dapur Mamanet dikongsikan satu lagi resepi yang cukup mudah dibuat dan rasanya juga lazat iaitu Kek Pisang. Walaupun tidak menggunakan banyak bahan, namun kek pisang ini terasa lembut dan moist.
Gunakan pisang betul-betul masak ranum bagi menghasilkan kek pisang yang mempunyai rasa cukup mantap!
Bahan-Bahan yang diperlukan:
- Sedikan loyang kek berukuran 8 X 17 X 6 cm
- 3 biji pisang (lebih sedap jika pakai pisang Embun)
- 50 gram gula pasir
- 100 gram tepung serbaguna
- 60 gram mentega (dicairkan)
Cara Membuat Kek Pisang
- Hancurkan pisang dengan menggunakan garpu sahaja dan jangan sampai lumat.
- Rendam telur di dalam air suam selama dua minit. Tujuannya adalah untuk membuatkan putih telur menjadi cair dan lebih mengembang apabila dipukul.
- Cairkan mentega di dalam periuk dengan api yang kecil dan tutup api sebelum ianya mendidih ya. Jangan lupa goyang-goyangkan periuk supaya mentega dapat cair dengan sempurna. Setelah itu, tuang mentega ke dalam mangkuk, biarkan ia sejuk seketika.
- Setelah itu, masukkan telur yang telah direndam air suam dan gula pasir. Pukul dengan kelajuan mixer yang paling rendah, kemudian naikkan ke kelajuan yang paling tinggi. Pukul telur dan gula tersebut sehingga mengembang, kental dan berwarna putih pucat.
- Bila kedua adunan tersebut telah ok, masukkan pisang yang telah dihancurkan tadi. Gaul perlahan-lahan sehingga rata.
- Kemudian masukkan pula tepung dengan cara diayak ke dalam adunan pisang dan telur tadi. Gaul adunan dengan spatula dengan teknik gaul aduk iaitu gaul dalam bekas lain dan masukkan kembali ke dalam mangkuk mixer tadi. Buat perlahan-lahan ok, supaya adunan tidak jadi cair dan lebih kental dan pekat.
- Kemudian, masukkan ½ adunan ke dalam mangkuk yang berisi mentega cair tadi. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
- Masukkan pula sebahagian sisa adunan ke dalam dalam adunan yang telah dicampur dengan mentega tadi. Gaul rata dengan teknik gaul dalam bekas lain itu perlahan-lahan sehingga semuanya berbaur sebati.
- Setelah itu, barulah tuang adunan ke dalam loyang. Bakarlah selama 20 minit atau sehingga permukaan kek pisang nampak mengeras dan kekuningan.
- Setelah kek pisang masak, biarkan sehingga wap panasnya hilang. Selepas itu, bolehlah dinikmati. Selamat mencuba!
Cuba Juga:
Resepi Puding Karamel
Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer