The Orchid Journey, sebuah siri travelog inspirasi terbitan Skyhill Clinic, menghimpunkan tiga tokoh wanita berpengaruh Malaysia — Dr. Linda Mat Hassin, pakar perubatan terlatih dalam perawatan hormon dan wanita; Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa, Guru Kerohanian dan personaliti dakwah; serta Datuk Dr. Faridah Hanim Haron, Guru Kepimpinan dan Pembangunan Organisasi.
Mengembara ke Tokyo dan Bandung, siri ini membawa penonton mengikuti perjalanan penuh hikmah dalam misi mencari keseimbangan hidup wanita masa kini — keseimbangan antara tuntutan dunia moden dan keperluan jiwa yang mendambakan ketenangan, kestabilan dan makna hidup.

Sebuah Siri Travelog Yang Sarat Nilai & Inspirasi
The Orchid Journey bukan sekadar dokumentasi pelancongan, tetapi sebuah pencarian ilmu dan refleksi mendalam tentang:
-
kepimpinan wanita,
-
tekanan hidup dan cabaran moden,
-
keseimbangan hormon,
-
kesihatan mental dan emosi,
-
serta peranan Muslimah dalam kerjaya, keluarga dan komuniti.
Setiap episod berdurasi 20–25 minit, dilengkapi visual sinematografi berkualiti tinggi, dialog jujur dan momen refleksi yang menyentuh jiwa. Ia mengajak penonton menilai semula diri, kesihatan dan hubungan dengan Tuhan menjadikan siri ini sebuah karya yang dekat dengan realiti wanita masa kini.

“Wanita hari ini hidup di antara dua dunia — dunia yang menuntut produktiviti dan dunia jiwa yang mendambakan ketenangan. The Orchid Journey adalah jambatan antara keduanya,”
— Dr. Linda Mat Hassin, Penerbit Eksekutif & Penggerak Utama.
Kerjasama Strategik Bersama Rakan Penaja
Siri ini direalisasikan dengan sokongan penuh penaja rasmi:
-
Skyhill Clinic – Penaja Utama
-
Siti Khadijah – Rakan Rasmi Busana Muslimah
-
AMPAC – Rakan Latihan Rasmi
-
MedikGO – Rakan Portal Kesihatan
-
Linheal – Rakan Suplemen Halal
-
Casalwa – Rakan Butik Rasmi
-
Brainy Bunch – Rakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kerjasama ini memperkukuh nilai dan misi The Orchid Journey dalam memperkasakan wanita dari aspek kesihatan, spiritual dan kepimpinan.
Pelantikan Ikon & Penasihat Skyhill Clinic
Dalam sidang media turut diumumkan:
-
Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa dilantik sebagai Ikon Syariah Skyhill Clinic
-
Datuk Dr. Faridah Hanim Haron dilantik sebagai Penasihat Korporat Skyhill Clinic
Pelantikan ini menjadi simbol kolaborasi ilmu dan profesionalisme dalam usaha Skyhill Clinic membina ekosistem sokongan holistik untuk wanita.
Tarikh Tayangan Rasmi
The Orchid Journey menampilkan 10 episod perjalanan di Tokyo dan 10 episod di Bandung.
Siri ini akan mula ditayangkan pada:
Tarikh: 5 Januari 2026
Platform: YouTube Skyhill Clinic
