4 Cara Menghilangkan Rasa Marah Pada Anak-Anak

cara menghilangkan rasa marah

kredit foto: vbgrowsmart

Sikap anak yang suka mengamuk atau tantrum memang menguji kesabaran. Ketahui cara menghilangkan rasa marah pada anak dapat mengelakkan kita daripada bertindak di luar kawalan seperti menjerit memarahinya. 

 

 

Apatah lagi, jika si kecil menangis dengan suara yang bingit disertai dengan babak-babak ronta-meronta, memukul, bergulingan dan menghantukkan kepala. Berikut dikongsikan 5 cara menghilangkan rasa marah supaya kita dapat membantu anak mengendalikan emosi serta meredakan api kemarahannya.

 

cara-menghilangkan rasa marah

kredit foto: nspt4kids

Biasanya anak berusia setahun lebih hingga 3 tahun, tak kira lelaki mahupun perempuan sering bersikap sedemikian, namun frekunsinya berbeza-beza.

 

Situasi ini memang mudah dan sering terjadi pada anak, salah satu penyebabnya ialah apabila keinginan ataupun kehendaknya tidak tercapai.

 

Api kemarahan lebih mudah terjadi pada anak-anak yang mempunyai keinginan yang kuat, berbanding anak-anak yang mempunyai keperibadian yang tenang.

 

Untuk meredakan kemarahan anak, pastikan kita mengetahui terlebih dahulu penyebabnya. Pelbagai punca atau penyebab yang menyebabkan emosinya meluap-luap.Ledakan emosi anak sehingga melemparkan barang atau memekik sebaiknya tidak dibiarkan. Kita perlu melatih anak supaya mengawal emosinya. Sewaktu anak sedang mengalami kekecewaan, berikan simpati terlebih dahulu kepadanya, kemudian barulah kita menasihatinya.

 

Berikut beberapa cara menghilangkan rasa marah pada anak-anak supaya kehidupan kita menjadi lebih tenang walaupun tahap kemarahan kita sudah memuncak!

 

  1. Tarik Nafas Dalam-Dalam

Tindakan sederhana dengan menarik nafas dalam-dalam ini sangat membantu kita untuk menghilangkan kemarahan. Memang sukar untuk kita bersikap tenang dalam keadaan ini, tetapi kita semua tahu memarahi anak kembali itu bukan sesuatu yang benar-benar kita mahukan walaupun kita mungkin berasa lega.

 

Selain itu, cara menghilangkan rasa marah  yang terbaik adalah dengan menjauhkan diri dari anak supaya kita tidak naik tangan atau melakukan kekerasan padanya. Jika anak kita masih kecil, tinggal seketika misalnya ke dapur sekejap kemudian  duduklah dekat dengannya kembali. Gunakan waktu tersebut untuk menenangkan diri, dan bukan melonjakkan lagi api kemarahan kita padanya. Dengan bertindak demikian, anak akan melihat bagaimana  cara kita menghilangkan rasa marah kita.

 

Kita wajib mententeramkan hati anak dan memberikannya kefahaman tentang sikap-sikap yang baik dan mengajarnya menyatakan keinginannya dengan baik. Ajaklah mereka untuk mentatasi dan mengolah emosi mereka menjadi lebih baik. Berikan pelukan dan ajak anak berbual-bual setelah api kemarahannya reda.

 

  1. cara menghilangkan rasa marah

    kredit foto: girlstalkinsmack

    Alihkan Perhatian Anak

Biasanya anak di bawah usia tiga tahun masih mudah untuk kita mengalihkan perhatiannya. Cuba tunjukkan sesuatu yang boleh menarik perhatiannya sehingga dia lupa dengan kehendaknya yang tidak tercapai itu.

 

Kita boleh mengalihkan perhatiannya dengan bergurau senda. Adakalanya cara ini berhasil dan kita perlu mencuba pelbagai cara untuk menenangkannya sebelum mengetahui cara paling efektif .Mengalihkan perhatiannya merupakan salah satu cara yang boleh diterapkan.

 

Sebagai orang tua kita sebaiknya tidak menunjukkan kemarahan pada anak di depan khalayak ramai, kerana anak akan semakin menunjukkan api kemarahannya. Jadi, cubalah untuk mendukung atau membawanya ke tempat yang lebih sunyi. Keadaan yang tenang itu mungkin akan membuatkan anak dan juga kita menjadi lebih tenang. Bahkan, kata-kata dan nasihat kita mungkin akan lebih diserap dan difahami olehnya.

 

  1. Jangan Lampiaskan Kemarahan

Memarahi atau memukul anak yang sedang mengalami ledakan emosi tidak akan menyelesaikan masalah. Bahkan boleh menimbulkan masalah lain pula nanti. Cubalah bersabar dan memberikan respons paling baik  kepadanya tanpa perlu menghilangkan ketegasan kita sebagai orang tua adalah langkah yang bijaksana.

 

Berusahalah untuk mengawal perasaan marah kita itu dengan sebaik-baiknya kerana anak-anak terlalu berharga untuk dijadikan tempat kita melampiaskan perasaan marah!

 

Tetapi apabila kita tidak dapat mengawal diri dan akhirnya memukulnya, minta maaflah pada anak, katakana kepadanya bahawa memukul itu salah dan tidak dibenarkan.

 

  1. Berikan Pelukan Kasih Sayang

Kebanyakan anak yang kehilangan kawalan emosi akan menjadi lebih tenang ketika dipeluk. Pastikan pelukan kita itu bukan berbaur dengan rasa geram dan marah. Berikan pelukan dan juga rangkulan yang mampu memberikannya kedamaian. Rasa damai dan selesa akan membuatkan anak berasa lebih tenang dan bahagia.

 

 

5.Time out

cara menghilangkan rasa marah

kredit foto: dailyherald-1

Teknik ini sangat popular di kalangan ibu yang mempraktikkan amalan keibubapaan yang positif. Time out boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Jika di rumah, selalunya ada satu sudut yang digunakan sebagai tempat time out.

 

Anak yang tantrum atau melakukan kesalahan diminta duduk di sudut itu dalam tempoh tertentu. Contohnya sejam dan anda tidak melayan sebarang kerenahnya hingga di tenang. Selepas itu, barulah anda datang padanya dan berikan pelukan kasih sayang. Jelaskan padanya kenapa dia berada di situ dan anda sayangkan dia.

 

Semoga cara menghilangkan rasa marah ini bermanfaat buat kita semua. Latihlah tubuh dan fikiran kita untuk lebih relaks dan cuba penuhi kehidupan kita dengan cinta dan kasih sayang.

 

LIKE & SHARE MAMANET