Johnson’s baby Malaysia kini memperkenalkan pembaharuan terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini melalui kempen #SelamanyaSiManjaAnda, yang meraikan ikatan kasih sayang antara ibu bapa dan si manja.
Sejak awal kehidupan, setiap detik si manja seperti mandian pertama. Pelukan kecil dan langkah pertama adalah momen berharga yang tidak ternilai bagi ibu bapa. Walaupun mereka membesar setiap hari, si manja tetap kekal istimewa di hati keluarga.
Johnson’s baby Malaysia & Penjagaan Lembut Si Manja
Melalui pembaharuan ini, diperkenalkan rangkaian Johnson’s® baby Classics, Milk + Rice dan Bedtime yang telah dipertingkatkan.
Walaupun si manja semakin aktif meneroka dunia, kulit dan rambut mereka masih memerlukan penjagaan lembut kerana ia lebih nipis dan sensitif berbanding orang dewasa. Sebab itu, penjagaan berterusan sehingga usia 3 tahun ke atas amat penting.
Formulasi Baharu Johnson’s baby Malaysia yang Lebih Lembut
Mereka masih mengekalkan komitmen terhadap penjagaan yang selamat dan lembut melalui formulasi yang dipertingkatkan.
Setiap produk kini diformulasikan dengan pH seimbang, hipoalergenik serta bebas sulfat, paraben dan pewarna tambahan bagi memastikan ia sesuai untuk kulit sensitif si manja.

Penambahbaikan Produk Johnson’s baby Malaysia
Dalam pembaharuan ini, beberapa produk utama turut dipertingkatkan.
Classic Shampoo dan Top-to-Toe Bath kini mengandungi Aloe dan Vitamin B5 untuk membantu membersih sambil mengekalkan kelembapan kulit.
Rangkaian losyen baharu pula memberikan kelembapan sehingga 72 jam serta membantu melindungi kulit si manja daripada kekeringan.
Komitmen Johnson’s baby Malaysia: No More Tears®
Walaupun diperbaharui, namun ia masih mengekalkan teknologi No More Tears® yang menjadi kepercayaan ibu bapa sejak sekian lama.
Semua produk juga melalui proses Triple-Tested, diuji oleh pakar pediatrik, dermatologi dan oftalmologi bagi memastikan tahap keselamatan maksimum.
Kempen #SelamanyaSiManjaAnda
Kempen ini membawa pengalaman interaktif yang menghimpunkan ibu bapa, media dan pakar dalam satu ruang penuh emosi.
Antara aktiviti termasuk:
- Ruang “A Letter to My Baby”
- Zon “Precious Bedtime”
- “Gentle Science Lab”
Semua ini direka untuk mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan si manja melalui pengalaman harian.
Sokongan Pakar & Perkongsian Bermakna

Acara turut menampilkan Siti Saleha, Pauline Tan dan pakar pediatrik Dr Nisa Khalil yang berkongsi tentang pentingnya penjagaan berterusan dari bayi hingga kanak-kanak.
Mereka menekankan bahawa penjagaan lembut bukan hanya untuk bayi baru lahir, tetapi sepanjang proses tumbesaran.
Kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya mini, farmasi serta platform e-dagang di seluruh negara.
Kempen ini turut disokong dengan roadshow dan promosi hadiah eksklusif untuk mendekati lebih ramai ibu bapa. Maklumat lanjut layari:
- Johnson’s Baby Malaysia Instagram
- Johnson’s Baby Malaysia Facebook
