4 MAINAN PERTAMA BAYI  INI BAGUS UNTUK MERANGSANG OTAKNYA

KEPERLUAN BAYI BUKAN PADA SETAKAT CUKUP MAKAN DAN PAKAINYA SAHAJA. OTAKNYA PUN PERLU DIRANGSANG MELALUI MAINAN PERTAMA BAYI YANG SESUAI.

Pada usia 2 bulan pertama, bayi tidak memerlukan sebarang alat mainan kerana dia belum mampu memegang sesuatu dan sebaliknya dia memerlukan perhatian ibu bapa sepenuhnya.

Sentuhan, dakapan, agahan, ciuman, renungan dan senyuman ibu bapa adalah ‘mainan’ pertama yang paling diperlukan olehnya saat ini.

Apabila dia sudah mencapai usia 3 bulan, anda perlulah menggalakkan dia agar meneroka suasana sekeliling dan bermain dengan alat mainan yang merangsang otaknya.

Saat ini, anda tidak boleh membiarkan sahaja dia tidur sepanjang hari atau berjaga dan hanya bermain sendirian.

Bayi anda sudah boleh bermain dengan tangan dan kakinya sendiri selama beberapa minit. Anda mungkin akan melihat bayi anda ‘bising’ saat dia bermain sendirian. Bahkan air liurnya akan meleleh atau disembur kerana keterujaannya itu.

Untuk, anda mempunyai begitu banyak pilihan produk mainan pertama bayi di pasaran.mainan pertama bayi

MAINAN PERTAMA BAYI MERANGSANG PERKEMBANGAN OTAKNYA

  1. RATTLE

Berikan dia ‘rattle’ dan biarkan bayi menggoncangnya. Lihatlah betapa gembiranya dia apabila mendengar bunyi yang dihasilkan apabila digoncang.
Namun dia mungkin terlepas untuk pertama kali dan mungkin akan menjerit geram. Hulurkan semula rattle dan lihat bagaimana dia berusaha untuk menggenggamnya agar tidak jatuh.

Dia mungkin akan memerhatikannya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut.

Semasa melakukan ini, dia mungkin memukul mukanya sendiri dengan mainan dan akan menangis.

NAMA MAINAN PERTAMA BAYI: EARLY EDUCATION LEARNING TOYS  mainan pertama bayi

CIRI-CIRI:

  • Saiz yang kecil dan ringan, mudah untuk bayi memegang dan bermain.

  • Berwarna terang dan berbunyi untuk menarik perhatian bayi.

  • Diperbuat daripada bahan selamat iaitu plastik bukan toksik, sesuai untuk bayi 0-1 tahun.

  • Membantu bayi mengenal warna.

  • Merangsang emosi dan imaginasi bayi.

  1. BABY GYM

Gim bayi adalah antara pilihan popular ibu bapa untuk bayi yang belum pandai meniarap. Sesuai dari usia 3-6 bulan.

Mainan-mainan kecil yang tergantung akan menarik perhatian bayi untuk meneroka. Dia akan cuba mencapai mainan  dan tertarik apabila mendengar bunyi loceng.
Dia mungkin menoleh ke arah anda dan ‘menegur’ anda seolah-olah bercerita pada anda tentang mainan itu.

Lihat dia melonjak-lonjak badan dan kakinya tanda gembira dan teruja dengan penemuan barunya itu.

NAMA MAINAN PERTAMA BAYI: MUSICAL RAINFOREST BABY PLAY GYM  mainan pertama bayi

CIRI-CIRI:

  • Membolehkan bayi berehat di atas alas yang lembut.

  • Bayi akan tertarik dengan mainan yang tergantung di atas kepalanya.

  • Ada pelbagai haiwan comel.

  • Ada tindak balas kepada pergerakan bayi dengan muzik, bunyi dan pelbagai lampu berwarna-warni.

  • Antara karekter haiwan ialah monyet, gajah, burung tukang, rama-rama.

  • Membangunkan kemahiran deria melalui sentuhan sambil berbaring atau duduk.

  1. SOFT BOOK

Berikan dia sehelai kain bersih atau buku fabrik (soft book) untuk dia bermain apabila terjaga. Dia akan memegang, melihat dan menghisap buku tersebut.

Semua ini dilakukan semata-mata untuk memenuhi rasa ingin tahu pada objek yang baru dalam hidupnya.

Bermain dengan mainannya lebih mudah bagi bayi anda sekarang kerana dia boleh mencapai dan memegang benda dengan kedua-dua belah tangan.

NAMA MAINAN PERTAMA BAYI: CLOTH ALPHABET LEARNING CARD mainan pertama bayi

CIRI-CIRI:

  • Diperbuat daripada fabrik bebas toksik

  • Berwarna-warni untuk menarik perhatian bayi.

  • Buku boleh dibasuh dan dihisap oleh bayi.

  • Didatagkan dalam beg buku untuk

  • Buku termasuk beg untuk berpergian.

  • Disediakan dengan gelung untuk mudah dibawa ke mana-mana.

  • Dapat merangsang skil motor, deria sentuh, keupayaan visual, auditori dan imaginasi.

  1. BONGKAH KIUB

Apabila dia semakin kuat dan mampu menjalar atau duduk, anda boleh berikan dia bongkah mainan sama ada daripada kayu mahu pun plastik.

Mainan ini direka dengan pelbagai warna terang, bentuk dan saiz. Ada yang berbentuk haiwan, aksara, geometri dan manik sempoa. Ia boleh membantu perkembangan kognetif anak.

NAMA MAINAN PERTAMA BAYI: ANIMAL SHAPE ALPHABET CUBE BLOCKSmainan pertama bayi

CIRI-CIRI:

  • Meningkatkan keupayaan mengenal warna.

  • Memperkenalkan bentuk kepada bayi.

  • Merangsang skil motor kasar bayi.

  • Meningkatkan keupayaan deria, koordinasi tangan-mata.

  • Merangsang imaginasi bayi.

Semoga dengan panduan yang diberi akan membantu anda membuat pilihan yang bijak sewaktu memilih mainan pertama bayi.

Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook

Anda Mungkin Ingin Tahu Cara Membantu Bayi Yang Meragam Kerana Tumbuh Gigi

LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)