Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
bayi tumbuh gigi

BAYI TUMBUH GIGI MEMANG MENYAKITKAN BUATNYA, JOM KITA BANTU!

Posted on 03/01/201703/01/2017 by 123mamanet

Bayi tumbuh gigi akan meragam dan sukar untuk diteka apa yang mahunya! Pada saat ini, bayi yang mengalami pertumbuhan gigi pertamanya apabila berusia sekitar 4-9 bulan akan menjadi luar biasa sikapnya.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA TANDA BAYI TUMBUH GIGI YANG PERLU DIKETAHUI:
2 CARA TERBAIK MENGURANGKAN KESAKITAN PADA BAYI TUMBUH GIGI

Untuk para ibu yang baru memiliki anak, sudah tentu belum mengetahui secara pasti tentang masalah tumbuh gigi pada bayi anda.

Tumbuh gigi adalah proses yang normal terjadi ketika gigi susu mulai muncul keluar dari gusi. Gigi yang tumbuh dengan sendirinya ini berperingkat sebelum muncul sempurna dari gusi si bayi. Biasanya gigi depan bahagian bawah keluar terlebih dahulu, kemudian barulah disusuli dengan gigi tengah bahagian atas.

Kemudian gigi yang lain pula muncul setelah beberapa bulan kemudian. Selalunya, bayi akan mempunyai satu set gigi lengkap ketika berusia dua tahun setengah hingga ke tiga tahun.

Setiap bayi mempunyai tanda-tanda yang berbeza-beza di antara satu sama lain ketika proses tumbuh gigi ini. Kebanyakan bayi akan mengalami gejala ringan dan hanya berlangsung beberapa hari. Namun, ada juga bayi yang akan merasakan kesakitan akibat pertumbuhan gigi tersebut.

Agar anda tidak panik, maka sangat penting anda mengetahui tanda-tanda tumbuh gigi yang biasa dialami oleh bayi.

BACA: BAYI SEMBELIT, KETAHUI  CARA  MENGATASINYA

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

bayi tumbuh gigi

BERIKUT BEBERAPA TANDA BAYI TUMBUH GIGI YANG PERLU DIKETAHUI:

  1. BAYI KUAT MERAGAM & MENANGIS

Biasanya bayi yang sedang tumbuh gigi akan meragam akan sukar untuk ditenangkan. Ini adalah  disebabkan berasa kurang selesa dengan pertumbuhan gigi barunya.

Kebanyakan bayi merasakan gusi dan mulutnya sakit. Ini juga akan membuatkan bayi menjadi kuat meragam dan sering menangis tak tentu pasal.

bayi tumbuh gigi

  1. AIR LIUR MELELEH-LELEH

Ketika bayi tumbuh gigi, air liur akan keluar lebih banyak berbanding kebiasaannya. Ada juga di kalangan bayi yang akan mengalami ruam-ruam di sekitar mulut, dagu dan leher.

Ini adalah kerana air liur yang lembap akan terus membasahi mukanya. Selalulah sediakan kain lembut atau tisu basah untuk mengelap air liurnya.

bayi tumbuh gigi

  1. SUKA MENGGIGIT

Tekanan yang ditimbulkan oleh gigi yang akan keluar melalui gusi biasanya menyebabkan bayi  tumbuh gigi merasa tidak selesa.

Ketidak selesaan ini biasanya akan menyebabkan bayi mula menggigit apa juga barang yang ada padanya seperti barang mainan, tangannya sendiri, bantal atau barang-barang lain yang ada disekitarnya. Adakalanya, dia menggigit-gigit sambil menangis.

bayi tumbuh gigi

  1. DEMAM

Ada juga bayi tumbuh gigi yang mungkin akan mengalami demam jika pembengkakan yang terjadi pada gusinya cukup serius. Tetapi deman yang disebabkan gusi bengkak biasanya tidak terlalu tinggi. Anda boleh bantu legakannya dengan menuam badan bayi dengan air pada suhu bilik.

bayi tumbuh gigi

  1. SELERA MINUM SUSU ATAU MAKAN MENURUN

Kita akan mendapati selera makan dan minumnya juga akan berkurangan. Ini adalah normal kerana mulutnya berasa tidak selesa. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan si manja mendapat cukup cecair dengan cara memberikan lebih susu dan air.

Namun, jika pelbagai cara sudah dilakukan dan bayi kita masih tetap juga meragam dan menolak makanan dan enggan minum susu, segeralah mendapatkan rawatan doktor.

bayi tumbuh gigi

  1. BATUK DAN MUNTAH

Selain demam, ada juga bayi yang mengalami batuk dan muntah. Air liur yang terlalu banyak membuatkan bayi menjadi batuk dan sering termuntah.

Jika keadaan ini berlarutan sehingga beberapa hari dan keadaannya bertambah teruk, mungkin bayi mengalami batuk disebabkan virus atau bakteria. Jadi, adalah lebih baik mendapatkan rawatan doktor.

bayi tumbuh gigi

CARA TERBAIK MENGURANGKAN KESAKITAN PADA BAYI TUMBUH GIGI

Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk membantu meredakan kesakitan pada bayi tersebut. Cubalah cara berikut:

  1. Berikan bayi mainan khusus untuk bayi tumbuh gigi. Biasanya mainan ini berisi air atau gel, bentuknya pelbagai jenis, tetapi mempunyai lingkaran yang boleh digenggam oleh jari-jari kecil bayi.
  2. Dapatkan gel tumbuh gigi di farmasi dan sapukan pada gusinya. Gunakan ubat ini hanya pada waktu yang diperlukan sahaja.
  3. Beri putting (pacifier)untuk melegakan rasa kesakitan gusinya.
  4. Untuk melegakan keresahan bayi yang menahan ketidakselesaan itu, kita boleh menggosok-gosok gusi bayi dengan menggunakan jari telunjuk kita. Pastikan jari kita bersih dari sebarang kekotoran.
  5. Cuba dakap dan tenangkan bayi setiap kali dia menangis. Kita boleh membawa bayi keluar berjalan-jalan bagi meredakan kesakitan gusinya.
  6. Bagi melegakan keresahan bayi tumbuh gigi, biarkan bayi menggigit tuala atau kain. Tetapi, pastikan benangnya kuat dan pendek supaya bayi tidak termakan bulu-bulu benang tersebut. Sejukkan tuala atau kain dan berikannya menggigit.

Buat ibu bapa semua, anda perlulah bersedia untuk menghadapi saat bayi tumbuh gigi. Usah nanti bila bayi meragam, anda pula hilang sabar. Pastikan anda benar-benar tahu apa yang sedang berlaku padanya. Semoga anda berjaya menjadi ibu bapa yang prihatin dan penyayang.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme