Penjagaan gigi anak bukan sekadar rutin harian, tetapi pelaburan jangka panjang untuk kesihatan mereka. Kini, Kodomo tampil dengan inovasi terbaharu iaitu Kodomo Probiotic Toothpaste, direka khas untuk membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi kanak-kanak dengan lebih menyeluruh.
Lebih menarik, formulasi ini bukan hanya membersihkan gigi. Malah membantu menyokong keseimbangan bakteria dalam mulut serta melindungi daripada kaviti sejak usia muda.

Lebih Daripada Sekadar Ubat Gigi Biasa
Apa yang membezakan Kodomo Probiotic Toothpaste adalah pendekatannya yang lebih menyeluruh terhadap kesihatan oral. Ia diformulasikan dengan probiotik semula jadi yang membantu menyeimbangkan bakteria dalam mulut. Ia sesuatu yang jarang ada dalam ubat gigi kanak-kanak biasa.
Dalam masa yang sama, kandungan Vitamin E membantu menjaga kesihatan gusi. Manakala kombinasi Xylitol dan fluorida pula berfungsi menguatkan enamel gigi serta melindungi daripada pembentukan kaviti.
Malah, formulasi ini juga mampu membantu memperbaiki tanda awal kerosakan gigi dalam tempoh seawal 14 hari*. Ini menjadikannya satu solusi yang sangat praktikal untuk ibu bapa yang risau tentang kaviti anak-anak.

Direka Ikut Keperluan Umur Anak
Kodomo faham bahawa keperluan penjagaan gigi anak berubah mengikut usia. Sebab itu, ubat gigi ini hadir dalam dua varian berbeza.
Untuk kanak-kanak berumur 0.5 hingga 5 tahun, ia diformulasikan dengan 600 ppm fluorida dan hadir dengan perisa Strawberry Milk yang lebih lembut dan digemari si kecil. Manakala bagi kanak-kanak 6 tahun ke atas, kandungan fluorida ditingkatkan kepada 1,000 ppm dengan perisa Peach Berry yang lebih segar.
Pendekatan ini bukan sahaja lebih selamat, tetapi juga membantu memastikan perlindungan gigi yang sesuai mengikut tahap perkembangan anak.
Selamat & Lembut untuk Penggunaan Harian
Satu lagi perkara yang sering menjadi kebimbangan ibu bapa adalah kandungan dalam ubat gigi. Dengan Kodomo Probiotic Toothpaste, anda tak perlu risau kerana ia dirumus tanpa gula, tanpa SLS dan tanpa paraben.
Teksturnya juga lembut dan sesuai untuk kegunaan harian, sekaligus membantu membentuk rutin memberus gigi yang lebih konsisten dalam kalangan kanak-kanak.
Cabaran Ibu Bapa & Kepentingan Penjagaan Awal
Hakikatnya, ramai ibu bapa berdepan cabaran untuk memastikan anak gosok gigi dengan betul setiap hari. Ditambah pula dengan risiko gula tersembunyi dalam makanan dan minuman, masalah kaviti boleh berlaku lebih awal daripada jangkaan.
Kaviti atau kerosakan gigi sebenarnya antara masalah paling biasa dalam kalangan kanak-kanak. Jika tidak ditangani dari awal, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, jangkitan, malah memberi kesan kepada kesihatan gigi jangka panjang.
Menurut Tomotaka Oka, Pengarah Urusan Southern Lion, penjagaan oral hari ini bukan lagi sekadar memberus gigi, tetapi tentang keyakinan ibu bapa bahawa mereka melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Dengan inovasi probiotik ini, Kodomo ingin membantu ibu bapa menangani masalah sejak awal sambil menjadikan rutin harian lebih mudah dan menyeronokkan.

Lengkap dengan Berus Gigi Mesra Kanak-Kanak
Bagi melengkapkan rutin penjagaan oral, Kodomo turut menawarkan rangkaian berus gigi Soft & Slim yang direka khas untuk kanak-kanak. Bulu berus yang lembut dan tirus membantu membersih sehingga ke garis gusi dan celah gigi. Manakala reka bentuk pemegang yang mudah digenggam memudahkan anak belajar memberus gigi sendiri.

Jom Singgah Kodomo Probiotics Roadshow 2026
Kalau nak kenali produk ini dengan lebih dekat, anda boleh bawa anak-anak ke roadshow khas Kodomo yang berlangsung di Mid Valley Megamall dari 13 hingga 19 April 2026.
Menariknya, roadshow ini bukan sekadar pameran biasa. Ia dipenuhi aktiviti interaktif bertemakan superhero, permainan menyeronokkan, sesi bergambar serta peluang untuk menyertai “Spin & Win”. Semua ini direka untuk menjadikan penjagaan gigi satu pengalaman yang fun untuk kanak-kanak.
Pilihan Dipercayai Ibu Bapa
Disokong oleh Lion Corporation, syarikat penjagaan oral No.1 di Jepun sejak 1891, Kodomo terus membawakan inovasi yang relevan dengan keperluan masa kini.
Gabungan sains, keselamatan dan elemen keseronokan menjadikan Kodomo Probiotic Toothpaste sebagai pilihan tepat untuk membantu anak-anak membina senyuman sihat sejak kecil.
Secara keseluruhannya, Kodomo Probiotic Toothpaste bukan sekadar ubat gigi biasa. Ia adalah solusi lengkap yang membantu menjaga, melindungi dan memperbaiki kesihatan gigi kanak-kanak dari peringkat awal.
👉 Untuk info lanjut, boleh layari:
https://www.instagram.com/kodomolionmy
