BAGUS RUPANYA KALAU IBU MENGANDUNG MAKAN JAGUNG REBUS. TAK PERCAYA, BACA NI!

 

Suka makan jagung? Tak kiralah jagung rebus ataupun jagung bakar, asal namanya jagung memang favourite!

Keenakan jagung, terutama jagung rebus memang tidak mampu ditolak, termasuklah oleh para ibu mengandung.

Ada bermacam-maca cara atau olahan untuk menikmati jagung, selain dari jagung yang direbus atau dibakar. Antaranya puding jagung, bubur jagung, sup jagung dan juga bertih jagung.

Jagung termasuk dalam kategori jenis makanan yang tepat bagi ibu mengandung. Sebahagian dari ibu mengandung, terutama yang sering berasa mual atau loya ketika makan nasi telah menjadikan jagung sebagai makanan kegemaran pengganti nasi.

Selain jagung boleh menjadi kudapan bagi ibu mengandung, jagung juga mempunyai beberapa nutrisi seperti mineral dan vitamin.jagung rebus

BERIKUT BEBERAPA KEBAIKAN JAGUNG UNTUK IBU MENGANDUNG

  1. NUTRISI LENGKAP IBU MENGANDUNG

Kandungan vitamin kompleks di dalam jagung berguna untuk kesihatan saraf. Jagung mengandungi banyak mineral seperti zat besi, selenium, mangan dan magnesium.

Kebaikan jagung bagi nutrisi ibu pengandung, juga boleh menjadi kesihatan secara keseluruhan. Badan juga tidak cepat penat, lenguh-lenguh, dan letih dengan pengambilan jagung rebus ketika mengandung.jagung rebus

  1. MENJAGA KESIHATAN PLASENTA

Memelihara kesihan plasenta ketika mengandung bukanlah perkara mudah. Namun, perkara tersebut boleh diatasi dengan pengambilan jagung secara rutin.

Kandungan kalium yang terdapat pada jagung cukup banyak, dapat menjaga cairan dalam badan sehingga sel plasenta dapat dijaga keselamatannya dengan baik.jagung rebus

  1. MEMBANTU PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN BAYI

Kebaikan jagung rebus buat ibu mengandung memang tidak perlu disangkal lagi. Di dalam jagung terdapat asid folik yang bermanfaat untuk menyokong pertumbuhan serta perkembangan bayi.

Pengambilan jagung secara rutin juga mampu mencegah bayi lahir dengan berat badan yant tidak mencukupi serta cacat seperti, cacat pada tulang belakang dan saraf.jagung rebus

  1. MEMBANTU MERANGSANG FUNGSI OTAK BAYI

Jagung mengandungi salah satu sumber stamina thiamin yang cukup tinggi. Thiamin diperlukan oleh bayi untuk membentuk perkembangan sel-sel otak, serta menyokong fungsi kognitif terhadap bayi.

Perkembangan otak bayi telah bermula sejak dalam kandungan lagi, sehingga cara menjaga kandungan dengan pengambilan thiamin yang mencukupi akan membantu kecerdasan yang sangat bagus untuk bayi.jagung rebus

  1. MENCEGAH SEMBELIT

Jagung turut mengandungi banyak serat sehingga dapat membantu ibu mengandung terhindar daripada masalah sembelit ataupun buasir.

Biasanya di awal kehamilan kerap terjadi masalah sembelit. Pengeluaran hormone progesterone telah mempengaruhi usus sehingga sistem penghadaman ibu mengandung menjadi lambat.

Pengambilan jagung secukupnya sepanjang tempoh mengandung dapat mengatasi masalah tersebut.jagung rebus

  1. MENGUATKAN TULANG DAN OTOT

Janin memerlukan beberapa pengambilan mineral seperti zat besi,fosfor, tembaga dan juga mangnesium untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi.

Kesemua mineral ini boleh diperoleh dalam jagung, sehingga ianya bermanfaat untuk menyokong perkembangan tulang bayi, mencegah caat tulang  serta memelihara fungsi buah pinggang.

jagung rebus

Terlalu banyak kebaikan atau manfaat jagung untuk kesihatan ibu mengandung dan bayi. Semoga artikel tentang jagung rebus ini bermanfaat untuk semua. Kalau suka, boleh sahaja jadikan jagung sebagai salah satu kudapan sihat kita!