BAKING SODA JADIKAN RAMBUT ANDA KUAT DAN BERKILAU

BAKING SODA MEMPUNYAI BANYAK KEGUNAAN. SELAIN MENAMBAHNYA KE DALAM RESIPI KEGEMARAN, ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKANNYA UNTUK MEMBERSIHKAN RUMAH DAN MERAWAT BEBERAPA MASALAH KESIHATAN. TAPI PERNAHKAH ANDA CUBA MELETAKKANNYA DI ATAS KEPALA?

 

Ya, menggunakan baking soda sebagai ganti syampu boleh membuatkan rambut anda lebih kuat dan berkilau. Ia benar-benar selamat dan merupakan cara semulajadi untuk meningkatkan pertumbuhan dan mencegah keguguran rambut. Paling terbaik adalah ia tidak semahal syampu.

 

Jika anda masih ragu-ragu, baca info di bawah mengenai kenapa anda perlu mula menggunakan baking soda bagi tujuan tersebut.

baking soda

# 1  MENCUCI RAMBUT ANDA SEBAIK MUNGKIN

Sering kali kita tidak dapat membasuh rambut sepenuhnya dan meninggalkan kesan syampu dan perapi pada rambut. Hal ini menjadikan rambut berat dan berminyak. Kesannya rambut akan mudah gugur dan rosak. Baking soda akan mengeluarkan semua kesan ini dan memastikan rambut anda benar-benar bersih.

baking soda

 

 

# 2 MEMBERSIHKAN RAMBUT DARIPADA KLORIN

Perkara ini sangat penting untuk perenang profesional dan mereka yang sering berkunjung ke kolam renang. Kolam renang mengandungi kandungan klorin tinggi yang boleh menembusi rambut dan merosakkannya. Sekiranya anda mewarna rambut anda, klorin boleh melunturkan warnanya! Penggunaan baking soda akan membantu menghilangkan bahan perosak ini dan melindungi rambut anda daripada kerosakan atau perubahan warna.

baking soda

# 3 MEMBANTU RAMBUT TUMBUH DENGAN CEPAT

Syampu dan perapi boleh membuat rambut anda menjadi berat. Bahan kimia ini boleh membantutkan pertumbuhan rambut. Seperti yang dikatakan tadi, baking soda akan menghilangkannya dan membantu rambut anda bernafas dengan bebas. Dengan cara ini, rambut anda akan tumbuh lebih cepat dan lebih kuat daripada sebelumnya.

baking soda

 

BAGAIMANA MENYEDIAKAN  SYAMPU BAKING SODA?

Anda hanya perlukan baking soda dan air untuk ramuan ini. Campurkan 1 bahagian soda dengan 3 bahagian air dalam sebiji mangkuk besar.

baking soda

Sediakan jumlah yang sesuai dengan panjang rambut anda; Semakin panjang rambut anda, semakin banyak ramuan yang anda perlukan. Contohnya, jika rambut anda panjang para bahu, campurkan empat sudu baking soda dengan 12 sudu air. Kemudian, pindahkan dalam botol spray.

baking soda

Anda boleh semburkan ramuan ini pada rambut kering atau basah, bermula dari akar dan bergerak hingga ke hujung. Urut perlahan-lahan dan pastikan ia sampai pada seluruh rambut. Biarkan selama 5-10 minit, kemudian basuh dengan air suam (bukan panas!)

baking soda

Nota: Jika anda tidak mempunyai baking soda di tangan, ganti dengan cuka epal. Campurkan ia dengan air, tetapi kali ini nisbah adalah satu bahagian cuka kepada empat bahagian air. Jika mahu, berikan setitis dua, minyak pati atau aromaterapi (sebarang jenis).

 

AWAS! HATI-HATI AGAR RAMUAN INI TIDAK TERMASUK KE DALAM MATA

Baking soda dan cuka epal ini amat murah dan mudah didapati. Ia selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan kimia atau toksin. Ia dapat membantu menyegarkan rambut anda dan menjadikannya kurang berminyak.