Krim mata merupakan salah satu produk rawatan kecantikan yang sering digunakan untuk mengatasi lebam bawah mata atau dark circle. Kegunaannya bukan setakat itu sahaja, krim ini juga berguna untuk menghaluskan, mencerahkan, sehingga menutriskan kawasan kulit di sekitar mata.
Kulit di sekitar mata sangat lembut,mudah kering dan lebih cepat untuk menampakkan tanda-tanda kepenatan dan penuaan. Ketahui juga cara mengatasi kedut bawah mata.
Pertambahan usia juga membuatkan kulit di sekitar mata kita cenderung lebih kering. Ia berlaku kerana pengeluaran sebum, yang ditugaskan untuk melembapkan dan menjaga keanjalan kulit oleh kelenjar minyak mulai berkurangan.
Pengeluaran minyak yang berkurangan inilah yeng menyebabkan kulit di sekitar mata mengalami perubahan warna, nampak bengkak dan banyak kedut.
Krim mata telah dicipta khas untuk kulit lembut di sekitar mata. Biasanya krim mata mengandungi lebih banyak minyak daripada krim muka biasa.
Berikut antara kebaikan jika kita menggunakan krim mata secara teratur:
* Menyamarkan lingkaran hitam di bawah mata.
* Membantu mencegah kekeringan di kawasan mata.
* Mengatasi masalah mata sembab dan mata panda yang disebabkan pembengkakan pembuluh darah.
* Memperlambatkan kemunculan tanda-tanda penuaan di sekitar mata.
Berikut adalah cara memakai krim mata yang tepat
-
Cuci Muka Dan Tangan Sebersihnya
Cuci muka anda dengan pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit muka kita. Kemudian keringkan muka dengan tuala lembut yang kering.
Cuci tangan dengan sabun dan air sehingga tangan dalam keadaan yang bersih ketika menyentuh muka. Krim ini dipakai perlu ditekap-tekapkan kan pada kulit yang bersih.
-
Lakukan Urutan Lembut
Lakukan sedikit urutan ringan di sekitar mata setelah diaplikasi. Terapkan titik-titik krim tersebut dari sudut mata bahagian dalam hingga ke luar sudut mata bahagian luar.
-
Biarkan Meresap
Gunakan jari manis untuk meratakannya sekaligus lakukan sedikit tekanan ringan di sekitar kawasan mata.
Jika kita memakai krim ini sebelum mekap, biarkan krim tersebut meresap (seminit) terlebih dahulu sebelum memakai mekap.
Itulah beberapa perkara yang perlu kita ketahui tentang krim mata. Gunakannya secukupnya sahaja untuk mengelakkan pada iritasi kulit di sekitar mata.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]