Petua Hilangkan Sakit Gigi Paling Cepat Dan Berkesan

Sakit gigi punya sejuta rasa. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja tahu betapa sengsaranya! Jika anda berdepan dengan situasi tersebut, cubalah petua hilangkan sakit gigi yang Mamanet kongsikan ini.

 

Sakit gigi boleh menyerang sesiapa sahaja. Tak kiralah kanak-kanak, para remaja mahupun orang dewasa. Menderita sakit gigi boleh membuatkan kita tidak lena tidur, sakit kepala dan segala aktiviti yang dibuat serba tak kena. Bahkan kita juga jadi cepat marah atau jadi lebih sensitif.

 

Biasanya penyebab sakit gigi adalah kerana adanya bakteria pada gigi yang lama kelamaan membuatkan gigi kita jadi berlubang. Sakit gigi cukup menyeksakan, jadi sebab itulah kita perlu menjaga kebersihan gigi supaya tidak mengalami masalah gigi berlubang.

 

Jika anda tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada saat sakit gigi, anda boleh cuba mengatsinya dengan mencuba beberapa petua hilangkan sakit gigi ini.

 

UNTUK PETUA REDAKAN GIGI BERLUBANG, KLIK SINI

 

 petua hilangkan sakit gigi

 

Berikut beberapa petua hilangkan sakit gigi secara semulajadi:

 

  1. petua hilangkan sakit gigiGaram

Garam boleh dijadikan salah satu petua hilangkan sakit gigi berlubang paling efektif. Kandungan yodium berfungsi sebagai ubat penghilang rasa sakit gigi.

 

Anda hanya perlu memasukkan sedikit garam dengan segelas air suam. Kemudian berkumurlah dnegan air garam suam tersebut beberapa kali. Insya-Allah rasa sakit itu akan hilang secara perlahan-lahan.

 

 

  1. petua hilangkan sakit gigiAsam Jawa

Ambil bebrapa biji asam jawa kemudian jemurkan sehingga kering. Setelah itu, tumbuklah biji asam jawa tersebut sehingga halus.

 

Kemudian sapukan pada bahagian gigi berlubang atau sakit itu.

 

  1. petua hilangkan sakit gigiDaun Sirih Dan Bunga Cengkih

Petua hilangkan sakit gigi yang seterusnya boleh dicuba adalah dengan menggunakan daun sirih dan bunga cengkih.

 

Bunga cengkih mengandungi anti inflamasi, anti bakteria, antioksidan dan bersifat sebagai antibiotik yang boleh menyembuhkan luka dan membunuh bakteria pada gigi berlubang.

 

Rebus kedua bahan ini, kemudian gunakan untuk berkumur-kumur.Buatlah sehingga sakit gigi anda sembuh.

 

 

  1. petua hilangkan sakit gigiTeh O Panas Tanpa Gula

Ambil segelas teh O panas tanpa gula, dan berkumurlah beberapa kali. Biarkan selama beberapa minit. Setelah itu, letakkan teh uncang tersebut pada gusi untuk meredakan kesakitan.

 

 

 

 

  1. petua hilangkan sakit gigiAis 

Ternyata ais batu boleh dijadikan petua hilangkan sakit gigi berlubang. Ambil seketul air batu kecil dan bungkus dengan sehelai kain bersih.

 

Urutlah bahagian pipi yang sakit menggunakan ais batu yang telah dibungkus tadi secara perlahan-lahan. Cara ini akan mengurangkan rasa sakit gigi tersebut kerana air batu yang sejuk akan menyentuh sel saraf gigi yang berlubang itu.

 

 

  1. petua hilangkan sakit gigiLimau Nipis

Buah limau nipis juga berkesan untuk mengatasi sakit gigi berlubang dan juga gusi bengkak.

 

Ambil sebiji buah limau nipis, perah dan ambil airnya. Kemudian campurkan dengan segelas air suam. Kacau sehingga sebati. Setelah itu, kumurlah secara berulangkali.

 

Hati-hati ya jangan sampai tertelan air tersebut kerana ia mengandungi banyak bakteria.

 

Itulah beberapa petua hilangkan sakit gigi yang boleh dicuba selain daripada menggunakan ubat-ubatan kimia yang lain. Lakukan secara teratur sehingga sakit gigi anda sembuh. Jika sakit gigi anda sudah reda,  jagalah kebersihan gigi anda dengan sebaik mungkin.

 

LIKE & SHARE MAMANET

 

(Visited 216 times, 1 visits today)