TIP LEBIH PRODUKTIF DAN SYOK BEKERJA SENDIRI DARI RUMAH

Bekerja sendiri dari rumah kedengarannya cukup menyeronokkan. Kuasa bekerja ditangan kita sendiri lah katakan!

Kita tak perlu tergesa-gesa di pagi hari, tak perlu menghadap kesesakan jalan raya yang tak pernah habis dan tak perlu juga nak berpenampilan rapi dan mekap lawa-lawa untuk ke pejabat. Walaupun bekerja sendiri dari rumah, pakai pakaian biasa dan membuka laptop di atas katil, kita tetap boleh bekerja dengan produktif.

Namun, bekerja sendiri dari rumah juga sebenarnya mempunyai banyak kekurangannya.Lebih-lebih lagi apabila kita tidak berdisiplin.Tentu sahaja kita memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan tugasan dari kebiasaannya.

Maklumlah bekerja sendiri dari rumah membuatkan kita mempunyai kebebasan penuh masa untuk bersantai-santai. Alih-alih kerja tak siap, kita dah tergoda untuk menonton drama-drama Korea, bermain game ataupun tidur!

Jadi, sebelum keadaan ini berlarutan dan kita terus tenggelam dalam keseronokkan tersebut, eloklah kita segera berubah.

LIKE & SHARE MAMANET

BACA: MOTIVASI DIRI LAHIR DARIPADA KESULITAN YANG DAHSYAT

bekerja sendiri

CUBALAH PRAKTIK TIP YANG DIBERIKAN INI SUPAYA KITA MENJADI LEBIH PRODUKTIF KETIKA BEKERJA SENDIRI

  1. SEDIAKAN WORKSPACE

Walaupun bekerja dari rumah, pastikan kita tetap menyediakan tempat bekerja atau workspace kita sendiri.

Kita boleh mendekorasikannya seperti keadaan di pejabat supaya kita menjadi lebih fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan. Lagipun bekerja di tempat tidur atau di sofa tidak elok untuk kesihatan badan kita.

  1. BAYANGKAN SEOLAH-OLAH KITA BEKERJA DI PEJABAT

Bekerja sendiri di rumah tetap memerlukan kita menyiapkan mental dan fizikal untuk melaksanan tugasan pada setiap hari.

Jadi, sebaiknya cubalah bersikap seolah-olah kita sedang bekerja di pejabat.

Biasakan diri untuk bangun pagi, mandi dan bertukar baju serta melawa-lawa sikit! Sikap ini akan membuatkan kita jadi semakin bersemangat untuk memulakan segala kerja.

bekerja sendiri

  1. DISIPLINKAN DIRI

Memang susah untuk menahan diri daripada tidak memegang handphone sambil tengok Whatsapp,FB, Twitter ataupun Instagram.

Namun, untuk menghasilkan sesuatu kerja yang lebih produktif, kita perlu menghadkan aktiviti di media sosial ini kerana ia boleh membazirkan masa tanpa kita sedari.

bekerja sendiri

  1. MENIKMATI DUNIA LUAR

Bekerja sendiri sama juga seperti bekerja di pejabat yang ada deadline atau tugasan yang perlu segera diselesaikan. Sungguhpun begitu, ini tidak bermakna ianya harus dijadikan alasan untuk kita terus bekerja tanpa menyediakan sedikit waktu untuk diri kita sendiri.

Hakikatnya, kita akan terus bekerja untuk esok dan juga hari-hari seterusnya. Cubalah seimbangkan antara kerja dengan kehidupan kita supaya berada dalam keadaan yang seimbang.

Bekerja sendiri dari rumah juga bukan bermakna kita tidak boleh menikmati dunia luar. Terlalu lama terkurung atau terperap di rumah bukan sahaja akan membuatkan kita mudah stress. Bahkan otak juga menjadi lebih tepu!

Sekali sekali elok juga jika kita bersantai co-working space  di sekitar kawasan berdekatan tempat tinggal kita. Tak pun, lepak sahaja di kedai-kedai kopi atau kafe yang menyediakan kemudahan wi-fi.

bekerja sendiri

Apapun bekerja sendiri dari rumah dan juga di pejabat mempunyai keuntungan dan kelebihan tersendiri. Namun, apabila kita memilih untuk bekerja dari rumahm pastikan kita mempunyai passion terhadap segala kerja yang kita lakukan!

(Visited 1 times, 1 visits today)