Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
diet bulan puasa

6 Cara Diet Bulan Puasa Sihat Dan Boleh Kurus

Posted on 03/15/202403/15/2024 by 123mamanet

Kalau tak kena cara diet bulan puasa, jangan terkejut jika berat badan kita jadi bertambah naik! Pengambilan makanan yang berlebihan dan kurang melakukan aktiviti sampingan boleh membuatkan berat badan kita jadi semakin meningkat.

Isi Kandungan hide
1 Metabolisme Dalam Badan Rendah
2 Amalkan Diet Bulan Puasa
2.1 Menu Sahur
2.2 Kunyah Makanan Perlahan dan Hancur
2.3 Minum Air Secukupnya
2.4 Hadkan pengambilan Makanan Manis Dan Bersantan
2.5 Protein Dan Serat
2.6 Bersenam

Metabolisme Dalam Badan Rendah

 

diet bulan puasa

Tambahan pula ketika berpuasa metabolisme  dalam badan kita turut menurun sehingga pembakaran kalori menjadi lebih sedikit.

Di samping itu ketika berpuasa biasanya terjadi pergeseran antara sumber energi dan lemak. Lemak itu sendiri merupakan sumber energi kedua yang lebih mudah diolah daripada protein.

Amalkan Diet Bulan Puasa

diet bulan puasa

Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan jika tidak mahu berat badan kita bertambah naik sepanjang bulan Ramadan ini. Antaranya cuba amalkan diet bulan puasa dengan sebaik mungkin.

  1. Menu Sahur

Rasa lapar tidak boleh dihindari sepanjang berjam-jam berpuasa, tetapi kita boleh menundanya dengan makan makanan yang kaya dengan protein ketika bersahur dan karbohidrat kompleks yang tinggi serat seperti nasi merah, oatmeal, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kalori daripada karbohidrat terbakar lebih cepat daripada protein. Jadi, ketika bersahur usahakan untuk mengambil makanan yang cukup kalori, protein dan lemak. Cuma, kita tidak digalakkan untuk tidur kembali setelah bersahur kerana pada ketika itu pergerakan usus kita akan jadi lambat.

Sekiranya kita tidur kembali, gerakan usus akan jadi semakin lambat dan makanan tidak akan terhadam dengan sempurna. Tentu sahaja perkara ini menjadi sumber penyakit kita pada kemudian hari.

Baca Juga:

10 Tips Hilangkan Rasa Dahaga Di Bulan Ramadan

Hilangkan Mengantuk Di Bulan Puasa

 

diet bulan puasa
Susu dikisar bersama kurma dan badam atau kacang lain sesuai dijadikan menu sahur yang mengenyangkan.

 

  1. Kunyah Makanan Perlahan dan Hancur

Makanlah secara perlahan dan kunyah makanan dengan sebaik mungkin. Disebabkan telah berlapar hampir sepanjang hari, kita cenderung akan makan dalam jumlah yang banyak dan makan dengan cepat.

Berbuka untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam badan dan bukannya memuasakan rasa lapar atau membalas dendam setelah  seharian kita berpuasa.

Lagipun makan yang terburu-buru ketika berbuka atau bersahur boleh menganggu kesihatan sistem penghadaman kita.

 

  1. Minum Air Secukupnya

diet bulan puasa

Sepanjang bulan puasa ini kita mudah mengalami dehidrasi jika tidak minum air secukupnya. Puasa ataupun tidak semua itu tidak boleh kita jadikan alasan untuk tidak minum air dengan jumlah yang mencukupi.

Ketika berpuasa, air masak akan membantu menghilangkan pelbagai racun dalam badan. Pengambilan air masak yang banyak akan lebih efektif untuk menghilangkan racun dalam tubuh.

Ketika berbuka puasa sebaiknya dimulakan dengan meminum air masak, kemudian makanlah buah kurma atau buah-buahan secukupnya.

  1. Hadkan pengambilan Makanan Manis Dan Bersantan

Makanan dan minuman manis diperlukan ketika berbuka puasa untuk mengembalikan kadar gula darah dalam badan supaya kembali kembali normal dengan cepat.

Sungguhpun begitu, kita tetap perlu hadkan pengambilan kuih, kek, sirap dan makanan manis yang lain setelah berbuka dan bersahur. Karbohidrat sederhana yang terkandung di dalamnya akan membuatkan tubuh menjadi gemuk dengan cepat.

Ini adalah kerana karbohidrat ini mudah disimpan, dan tubuh jadi berlemak. Apabila kitaingin menurunkan berat badan ketika berpuasa, cuba pilih rasa manis dari buah-buahan, kurma atau pun jus tanpa gula.

  1. Protein Dan Serat

Makanan yang kita ambil sebaiknya kaya dengan protein dan serat, terutama ketika kita berbuka puasa.

Kandungan protein, lemak baik serta serat yang mencukupi boleh membuatkan proses metabolisme dalam badan bertambah baik sehingga ketika kita tidur kalori yang terbakar menjadi lebih banyak.

Jadi, untuk anda yang obes atau mahu menurun lebih banyak berat badan, diet Atkins seperti di bawah ini sesuai untuk bulan puasa.

  1. Bersenam

Walaupun berpuasa tetapi kita sebaiknya tidak mengabaikan aktiviti bersenam ini. Melakukan senaman di bulan puasa juga boleh menjadi salah satu cara menurunkan berat badan yang efektif. Kita boleh melakukan senaman ringkas seperti berjalan kaki, jogging setempat dan sit up.

Jika anda tidak suka bersenam, gantikan aktiviti senaman dengan aktiviti lasak lain seperti mencuci rumah, berkebun, bertukang, cuci kereta atau kerja berat yang lain. pastikan anda berpeluh dan lakukan dalam tempoh 2-4 jam.

Itulah beberapa cara diet bulan puasa yang mampu membantu kita menurunkan berat badan. Diet yang baik adalah diet yang sentiasa menitikberatkan jenis makanan yang masuk ke dalam badan kita!

 

3 thoughts on “6 Cara Diet Bulan Puasa Sihat Dan Boleh Kurus”

  1. Pingback: HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR BAWA TEMA CITARASA DESA UNTUK BUFET RAMADAN 2023 - 123mamanet
  2. Pingback: UNIQLO LifeWear - 'Balik Raya in Comfort' for Eid Celebration - 123mamanet
  3. Pingback: Bufet Ramadan AnCasa - Air Tangan Bonda Chef Kak Yam - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti

Recent Posts

  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme