Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
hilangkan mengantuk

Hilangkan Mengantuk Di Bulan Puasa

Posted on 03/12/202403/12/2024 by 123mamanet

Bulan puasa nie tentu ada di antara kita yang terpaksa menahan rasa mengantuk tak terkata pada siang hari. Semak beberapa cara hilangkan mengantuk ini!

Isi Kandungan hide
1 Rahsia Hilangkan Mengantuk Dengan Cepat
1.1 1. Tidur Sekejap Pada Siang Hari
1.2 2. Mandi Atau Cuci Muka
1.3 3. Bangun Dan Bergerak
1.4 4. Jangan Melayan Rasa Mengantuk!
1.5 5. Buat Senaman Ringan

Sebenarnya apakah penyebab kita jadi cepat mengantuk ketika berpuasa? Rasa mengantuk tersebut bukan hanya disebabkan kita kurang tidur sahaja, tetapi juga kerana metabolisme badan yang berubah.

Perubahan waktu tidur ketika kita berpuasa membuatkan jumlah jam tidur kita menjadi berkurangan kerana perlu bangun bersahur. Namun, jangan sesekali tidur lepas sahur. Ia akan bukan anda letih sepanjang hari.

Energi yang telah terkumpul ketika kita bersahur sedikit demi sedikit akan hilang dan badanpun terasa lebih penat dengan pelbagai aktiviti yang kita lakukan. Di samping itu, oksigen pada otak yang tidak lancar juga boleh menyebabkan rasa mengantuk itu datang.

Rahsia Hilangkan Mengantuk Dengan Cepat

 

penjamkan mata seketika bila mengantuk

 1. Tidur Sekejap Pada Siang Hari

Tidur sekejap pada siang hari adalah antara cara hilangkan mengantuk yang akan membuatkan kita berasa lebih segar dan kembali produktif.

Kalau dah mengantuk sangat, apalah salahnya jika kita memejamkan mata dan tidur sekejap. Insya-Allah apabila kita bangun nanti badan kita akan terasa lebih segar dan tidak mengantuk lagi.

2. Mandi Atau Cuci Muka

Badan kita memerlukan stimulasi dari luar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Lagipun ketika berpuasa kita tidak boleh makan dan minum untuk membuatkan badan kita kembali berenergi ketika sedang mengantuk.

Jadi, salah satu cara stimulasi yang boleh kita lakukan adalah dengan mencuci muka. Kalau rasa mengantuk sangat pergilah ke sinki, cucilah muka.

Selain mencuci muka, kita juga boleh memperbaiki penampilan kita termasuk membetulkan mekap dan membetulkan tudung kita. Secara tak langsung rasa mengantuk akan hilang dan kita pun akan menjadi lebih segar.

Baca Juga: 

Cara Masak Kari Ayam Yang Lazat

Cuba Resepi Roti Jala Lembut Sampai Ke Petang

Jom Berbuka Puasa Di Ummis Hijau Kasturi

3. Bangun Dan Bergerak

Bangun dari tempat duduk atau kerusi dan bergerak seketika boleh membuatkan badan kita kembali segar.

Bergerak atau berjalan-jalan mampu meningkatkan perjalanan darah ke otak dan membuatkan saluran pernafasan kita lebih lapang. Ianya mampu hilangkan mengantuk dan rasa malas yang melekat pada badan kita.

4. Jangan Melayan Rasa Mengantuk!

Jika tidak mahu terus hanyut dengan rasa mengantuk tersebut, jadi ada baiknya kita mula memikirkan masakan apa yang hendak kita sediakan bila berbuka puasa nanti.

5. Buat Senaman Ringan

bawa bersenam bila mengantuk

Bersenam juga boleh menjadi salah satu cara hilangkan mengantuk ketika berpuasa.

Cuba lakukan senaman ringan atau membuat sedikit peregangan supaya badan menjadi sihat dan segar. Tapi, jangan buat senaman berat kerana ia akan membuatkan kita banyak berpeluh dan kepenatan.

Semoga tips cara hilangkan mengantuk ini dapat membantu kita mengatasi rasa tersebut dan membuatkan badan kita tetap segar sepanjang menjalani ibadah puasa.

2 thoughts on “Hilangkan Mengantuk Di Bulan Puasa”

  1. Pingback: 6 Cara Diet Bulan Puasa Sihat Dan Boleh Kurus - 123mamanet
  2. Pingback: Kurta Raya Plus Size BOBROCK Clothing - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme