Santapan Ummis Hijau Kasturi, sebuah restoran dan syarikat katering tempatan yang terkenal, kini mengumumkan persediaan untuk menyambut Ramadan 2024 dengan tema yang unik – “Sungkei Di Desa: Air Tangan Ibu”. Gabungan sajian desa dari dua negara, Malaysia dan Brunei menjadi tumpuan utama sepanjang bulan Ramadan.
Konsep dan Inspirasi
Menyambut Ramadan, Santapan Ummis Hijau Kasturi terus mempertahankan identiti mereka dengan menghadirkan konsep bufet yang berbeza setiap tahun. Tahun ini, tema “Sungkei Di Desa: Air Tangan Ibu” dipilih dengan tujuan mengimbangi kehendak pelanggan yang semakin meningkat terhadap sajian tradisional desa.

Pemilik, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, yang memiliki pengalaman sebagai cef peribadi di Istana Nurul Iman, turut membawa pengalaman serta pelbagai sajian asal dari Bandar Seri Begawan.
Hidangan Menyelerakan
Dengan lebih daripada 45 jenis hidangan dari Malaysia dan Brunei, pelanggan dijamin untuk menikmati hidangan menarik yang cukup enak. Antara menu yang disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi. Tidak ketinggalan sajian istimewa adalah Punten dengan Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran ramai.
Baca Juga:
Bufet Ramadan 2024 – SACC Shah Alam
Resepi Kerabu Sotong
Resepi Ayam Goreng Tepung
Pengalaman Nostalgia dan Kenangan
Cef Hajah Norziah berkongsi, “Alhamdulillah, sambutan berbuka puasa di restoran kami pada tahun lepas sangat memberangsangkan. Setiap hari dipenuhi dengan para pelanggan yang disayangi. Susulan itu, pada tahun ini kami memilih menu-menu desa kerana mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada para pelanggan. Pakai sahaja apa yang ada untuk ke sini kerana yang pasti sajian ini akan menggamit memori”.
Konsep Gerai dan Kemudahan
Menariknya, untuk menambah keunikan, konsep gerai dengan hidangan panas seperti gorengan dan sate ikan asli Kelantan diperkenalkan kali ini. Restoran juga menyediakan kemudahan surau di dalam premis serta ruangan parkir yang luas untuk keselesaan pengunjung. Kelengkapan set audio juga turut disediakan untuk penganjuran sebarang majlis.
Harga dan Tempahan
Bagi promosi ‘early bird’, harga RM 50.00 nett untuk dewasa ditawarkan sehingga 12 Mac 2024. Harga normal untuk dewasa adalah RM 59.90 nett dan RM 25.00 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah serta warga emas berumur 60 tahun ke atas. Tempahan boleh dibuat di talian 03-40324383(pejabat),017-6534133(operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production).
Waktu Operasi
Restoran akan beroperasi pada setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang untuk waktu operasi harian dan jam 6.30 petang hingga 9.00 malam untuk waktu operasi bulan Ramadan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai kenikmatan hidangan tradisional desa yang memikat di Santapan Ummis Hijau Kasturi pada bulan Ramadan ini!
1 thought on “Santapan Ummis Hijau Kasturi Bufet Ramadan 2024”