Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
SACC

SACC Shah Alam: Bufet Ramadan 2024 “Selera Orang Kita”.

Posted on 02/27/202403/07/2024 by 123mamanet

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kembali memeriahkan bulan Ramadan dengan tawaran bufet yang cukup mengasyikkan bertemakan “Selera Orang Kita”.

Isi Kandungan hide
1 Slogan “Bufet 25 Malam”
2 Promosi Mangkuk Tingkat
3 Harga dan Promosi Menarik
4 Pakej Korporat

Bermula dari 14 Mac sehingga 7 April 2024, bufet ini menawarkan pelbagai menu yang menggoda selera mulai dari jam 6.30 petang hingga 10 malam.

SACC

Slogan “Bufet 25 Malam”

Seperti tahun-tahun sebelumnya, SACC menghidangkan pelbagai hidangan berkonsep muhibbah yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat dan budaya Malaysia. Dalam tema ‘Selera Orang Kita’ dan slogan Bufet 25 Malam, Chef Rizal Nahar dan pasukan dapur  SACC menyajikan hidangan tradisional dan moden yang menarik dan lazat buat semua pengunjung.

aneka kuih muih

 

bufet ramadan sacc
Ayam Bakar Bawang Putih

 

sacc
Daging Bakar Masak Lemak

 

sacc
Ikan Asam Pedas

 

SACC
Udang Masak Lemak Cekur

 

SACC
Ikan Steam Kantonis

Antara hidangan utama yang pasti mencuri perhatian termasuklah Kambing Kebuli, Mee Kari Nonya, Ayam Bakar Bawang Putih, seperti Kambing Kebuli, Mee Kari Nonya, Ayam Bakar Bawang Putih, Kambing Masala Kentang, Ikan Stim Cantonese, Udang Goreng Telur Masin, Sotong Goreng Kam Heong serta menu istimewa tahun ini yang semestinya menjadi tarikan pengunjung iaitu Nasi Ambeng SACC.

Baca Juga:

Bufet Ramadan 2024: Mardhiyyah Hotel & Suites

Kambing Perap Sedap & Juicy

Resepi Kari Ayam Yang Lazat

 

bufet ramadan sacc
Mesti Cuba!Sup Periuk Meletop. Gandingan padu ayam, daging,kambing dan perut.

 

Nasi Ambeng
Menu paling istimewa Nasi Ambeng

Selain hidangan utama, terdapat juga pelbagai gerai makanan yang menawarkan pelbagai juadah seperti Apam Balik, Air Kathira Power, Loh Shi Fun,Teppanyaki & Kakiage Tempura,Aneka Goreng-Gorengan, Sup Periuk, Rojak Pasembr dan banyak lagi bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pengalaman berbuka puasa yang lengkap.

Promosi Mangkuk Tingkat

Mangkuk Tingkat

hamper raya

Bagi mereka yang tidak mampu menikmati bufet secara beramai-ramai, ditawarkan Promosi Mangkuk Tingkat yang menyediakan pilihan hidangan lauk-pauk, kurma dan kuih dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, anak syarikat SACC, SACC Food Chain Sdn. Bhd., menawarkan tempahan hamper raya dan biskut raya yang sesuai sebagai hadiah sempena Hari Raya Aidilfitri atau sebagai hadiah korporat.

Mangkuk tingkat dilengkapi dengan nasi, 3 jenis lauk, kurma, air kathira power dan dua jenis kuih dengan harga RM159.

Harga dan Promosi Menarik

Bagi yang ingin menikmati Bufet Ramadan di SACC Shah Alam, harga bagi dewasa adalah RM118+ dan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun berharga RM68+. Kanak-kanak di bawah 7 tahun boleh menikmati bufet secara PERCUMA. Selain itu, bagi pembelian awal sehingga 13 Mac 2024, harga diskaun diberikan iaitu RM98+ untuk dewasa.

Pakej Korporat

Selain itu, SACC juga menawarkan Pakej Korporat yang menarik dengan harga bermula dari RM110+ lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti penggunaan ruang dewan, kemudahan PA sistem, dan pelbagai pilihan menu bufet.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan bufet Ramadan “Selera Orang Kita” di SACC Shah Alam! Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi SACC atau hubungi talian 03-55118858 / 013-250 2858. Ikuti juga perkembangan terkini SACC di media sosial Facebook, Instagram, dan Tiktok mereka.

Mari kita bersama-sama menikmati hidangan lazat dan meriahkan bulan Ramadan di SACC Shah Alam!

2 thoughts on “SACC Shah Alam: Bufet Ramadan 2024 “Selera Orang Kita”.”

  1. Pingback: Santapan Ummis Hijau Kasturi Bufet Ramadan 2024 - 123mamanet
  2. Pingback: Wacana Srikandi Raikan Kehebatan Wanita Malaysia - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme