Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
wacana srikandi

Wacana Srikandi Raikan Kehebatan Wanita Malaysia

Posted on 03/06/2024 by 123mamanet

Baru-baru ini dalam satu majlis yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Shah Alam telah berlangsung program Wacana Srikandi yang disempurnakan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. Ia  menjadi platform unggul bagi para wanita Malaysia untuk bersatu, berinspirasi dan meraikan kehebatan mereka bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini.

Isi Kandungan hide
1 Penampilan Tiga Usahawan Berjaya
2 Hari Wanita Antarabangsa
3 Persembahan Tiga Artis Hebat
3.1 Penghargaan Buat Tiga Rumah Kebajikan
4 Memartabatkan Wanita Malaysia

wacana srikandi

Penampilan Tiga Usahawan Berjaya

Majlis yang julung kalinya itu dianjurkan oleh SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) telah menampilkan tiga usahawan berjaya yang berkongsi rahsia kejayaan mereka dalam forum yang dihoskan oleh Fedtri Yahya dengan tajuk ‘Wanita Inspirasi, Ikon Berkualiti’.

Panel yang terdiri daripada Aliza Ali, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aleeya Zailan, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd. dan Masitah Mohd Affandy, Penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor, memberikan inspirasi dan suntikan semangat kepada para tetamu yang hadir, terutama dalam mengarus perdana gender.

Hari Wanita Antarabangsa

wacana srikandi

“Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini dengan tema ‘Wanita Dijulung Negara Gemilang’, kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan para wanita untuk sentiasa bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi serta tenaga buruh. Di mana kedua-dua ini dapat membantu dalam menjana pendapatan untuk diri sendiri, keluarga sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan,” ujar YB Nancy ketika ucapan perasmian.

Baca Juga: 

Meriahnya Bufet Ramadan 2024-  SACC Shah Alam “Selera Orang Kita”

10 Cara Mencapai Kebahagiaan Dalam Hidup

Persembahan Tiga Artis Hebat

Anuar Zain

Erni Zakri dan Syamel

Selain forum tersebut, majlis turut diceriakan dengan persembahan istimewa dari penyanyi tanah air Anuar Zain, Syamel, dan Ernie Zakri serta persembahan fesyen dengan 21 peragaan daripada House of Jedan Shah Alam dengan temanya ‘Cahaya Di Aidilfitri’.

Penghargaan Buat Tiga Rumah Kebajikan

Program Wacana Srikandi kali ini turut memberikan penghargaan kepada tiga buah rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, cawangan Selangor, Yayasan Kebajikan Negara, dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi setiap rumah.

Program Wacana Srikandi ini disokong oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama dan para penaja lain iaitu Menteri Besar Incorporated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Datum Corp International Sdn. Bhd., Johawaki, Argania, Ferraflora, CIMB Bank, Concorde Hotel, Naturel dan House of Jedan Shah Alam dengan kerjasama Thrillerz dan MyTicket Asia.

Memartabatkan Wanita Malaysia

Dengan semangat kekuatan dan inspirasi yang terus berkobar, program Wacana Srikandi telah menjadi titik tolak untuk memartabatkan wanita di Malaysia dan memupuk budaya inklusif serta kesaksamaan gender di semua lapisan masyarakat.

Semoga usaha ini terus diperkukuhkan dan memberi impak yang positif dalam membentuk masa depan yang lebih cerah bagi wanita-wanita Malaysia!

3 thoughts on “Wacana Srikandi Raikan Kehebatan Wanita Malaysia”

  1. Pingback: Festival Aku.Muzik & Kamu (AMK) Kembali Lagi! - 123mamanet
  2. Pingback: TV AlHijrah - 123mamanet
  3. Pingback: TV AlHijrah Ramadan Mentadabbur Keindahan - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat

Recent Posts

  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme