Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
TV Alhijrah

TV AlHijrah Hadirkan Program “Ramadan Mentadabbur Keindahan”

Posted on 03/08/202403/08/2024 by 123mamanet

Menjelang kedatangan bulan Ramadan yang dijangka disambut oleh umat Islam pada 12 Mac ini, stesen TV AlHijrah telah mengumumkan pelbagai program menarik bagi menarik minat penonton setia mereka.

Isi Kandungan hide
1 Ramadan Mentadabbur Keindahan
2 Melipatgandakan Doa Dan Munajat
3 Peranan TV AlHijrah
4 Peningkatan Jumlah Tontonan
5 22 Rancangan Istimewa
6 Drama Bersiri Arab
7 Dua Filem Tempatan Menarik
8 Satu Bentuk Wahana Dakwah

TV Alhijrah

Ramadan Mentadabbur Keindahan

Dengan tema “Ramadan Mentadabbur Keindahan”, TV AlHijrah telah menyusun program-program yang bertujuan untuk mendidik jiwa dengan ilmu, dakwah dan hikmah. Langkah ini diambil untuk mengajak masyarakat memanfaatkan Ramadan sebagai bulan yang penuh berkat untuk merenungi keindahan yang Allah ciptakan bagi hamba-Nya yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran.

Melipatgandakan Doa Dan Munajat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar telah menyeru kepada semua pihak, terutamanya penonton untuk bersama-sama melipatgandakan doa dan munajat agar terus dikurniakan nikmat iman dan Islam serta dijauhkan dari sifat kesombongan diri.

Beliau menegaskan bahawa para penonton juga perlu peka dan memahami isu-isu kemanusiaan serta kasih sayang sebagai usaha untuk terus menyebarkan keindahan dalam kehidupan.

Peranan TV AlHijrah

TV Alhijrah

“Sebagai salah satu agensi Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), perana TV AlHijrah  adalah untuk memberikan pendidikan kemasyarakatan kepada masyarakat agar saling berkasih sayang serta bantu membantu sepanjang bulan mulia ini.

“Adalah menjadi hasrat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk terus melihat stesen TV AlHijrah sebagai sebuah stesen terulung dalam menyebarkan nilai-nilai Islam yang rahmah serta mesej-mesej kerajaan khususnya agenda membangun Malaysia MADANI.

“Syukur Alhamdulillah, berkat kerja kuat serta kesungguhan seluruh warga TV AlHijrah, stesen ini sentiasa mendapat kepercayaan tinggi rakyat,” katanya.

Peningkatan Jumlah Tontonan

Beliau menjelaskan bahawa bulan Ramadan adalah bulan yang pasti menyaksikan peningkatan jumlah tontonan di stesen TV AlHijrah.

“Pada Ramadan 2023 yang lalu, jumlah tontonan di stesen TV AlHijrah adalah sebanyak 6.4 juta tontonan. Bagi tahun ini, sasaran peningkatan tontonan meningkat sebanyak 10 peratus, melonjak kepada 7 juta tontonan sepanjang Ramadan.”

Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias
Apa Cerita Kome bersama Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias

22 Rancangan Istimewa

“Pada Ramadan tahun ini, TV AlHijrah akan menyiarkan sebanyak 22 rancangan Istimewa buat penonton. Pecahannya adalah 20 rancangan penerbitan dalaman dan syndicated seperti Apa Cerita Kome bersama Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias, Ihya Ramadan tajaan aplikasi Digital Khair oleh Qudwah Technology, Ibrah Ramadan, Camca, Sembang Moreh, Peristiwa Ramadan, Ayat Riwayat Risalah Anbiya dan banyak lagi. Manakala, terdapat satu program branded content iaitu Ehsan.

“Sebanyak 308.5 jam diperuntukkan untuk menayangkan kesemua rancangan-rancangan ini dengan peningkatan 17.8 peratus jam siaran berbanding tahun lalu,” jelasnya.

Drama Bersiri Arab

Mohd Na’im turut menjelaskan buat pertama kalinya, TV AlHijrah akan menyiarkan drama bersiri Arab.

Ia memaparkan kisah perjalanan hidup seorang daripada empat tokoh imam mujtahid masyhur yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam iaitu Imam Al-Syafie.

“Drama Risalah Imam Al-Syafie ini akan disiarkan sebanyak 30 episod siaran, setiap hari, jam 6 petang. Selain itu, dua filem terbaik Ramadan yang akan ditayangkan adalah Imam dan Perjalanan Pertama.

Baca Juga:

Wacana Srikandi Raikan Wanita Hebat Malaysia

Cara Betul Menggunakan MenstruHeat

 

Drama Ramadan Imam

Dua Filem Tempatan Menarik

“Filem Imam adalah filem tempatan yang diterbitkan pada tahun 2023 arahan Mior Hashim Manap yang merupakan adaptasi novel bertajuk sama oleh novelis, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

“Kita mahu mendekati penonton-penonton baharu dengan segmen filem dan drama. Program agama tidaklah terhad kepada kuliah, forum dan tazkirah semata-mata.

Satu Bentuk Wahana Dakwah

Filem dan drama juga adalah salah satu bentuk wahana dakwah yang berkesan apabila diolah dengan baik. Ini adalah sebahagian perjuangan TV AlHijrah dalam nuansa dakwah penyiaran,” ujar beliau.

Tambahnya, dalam memastikan anak-anak muda digerakkan agar memahami dan menghayati al-Quran, TV AlHijrah juga memperuntukkan 141 jam siaran bagi menyiarkan empat rancangan istimewa bernadakan kalam suci Ilahi.

Rancangan-rancangan tersebut adalah Syahadah al-Furqan, Khatam Ramadan, Tadarus Quran@114 dan Kapsul Taranum Challenge.

Majlis perasmian Pelancaran Program Ramadan Mentadabbur Keindahan TV AlHijrah tersebut turut dihadiri Pengerusi TV AlHijrah, Mohd Khair Ngadiron dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme