Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Festival

Festival Aku.Muzik & Kamu (AMK) Kembali Lagi!

Posted on 03/08/202403/08/2024 by 123mamanet

Festival Aku.Muzik & Kamu (AMK) kini kembali menggegarkan Selatan Semenanjung dengan AMK 2.0 yang menjanjikan satu pengalaman muzik yang menggemparkan pada tahun ini.

Isi Kandungan hide
1 Festival AMK 2.o
2 Kemunculan Nidji & Exists
3 Festival Makanan
4 Beli Sekarang!

CoAction Events Sdn Bhd, penganjur AMK 2.0, telah mengumumkan lineup artis-artis Nusantara yang hebat untuk menghibur pengunjung pada 8 Jun 2024 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru, Johor.

festival

Festival AMK 2.o

Sembilan pemuzik Nusantara akan menghangatkan pesta selama 10 jam tanpa henti ini. Diantaranya adalah Masdo, IAMNEETA, Saixse, Feel Koplo, Imran Ajmain dan Ratu Rock Negara, Ella.

Tidak ketinggalan, Afgan akan hadir secara eksklusif dari Indonesia dengan lagu-lagu hit seperti “Bukan Cinta Biasa” dan “Jodoh Pasti Bertemu” untuk ‘mencairkan’ hati pengunjung.

Kemunculan Nidji & Exists

Festival ini juga menampilkan kebanggaan muzik Indonesia dengan Kumpulan Nidji yang menampilkan persembahan penuh tenaga yang tak pernah mengecewakan. Dan bagi para peminat musik rock, kehadiran kumpulan Exists pastinya akan mencipta sejarah baru dalam AMK 2.0.  Festivel ini  akan bermula dari jam  3 petang sehingga 12 malam.

Festival

Menurut Pengarah Eksekutif CoAction, David Emir Baring, festival ini akan terus menampilkan sembilan pesohor seni muzik bakat tempatan dan Indonesia. Ia menyatukan genre muzik yang berbeza untuk memuaskan semua pengunjung.”

““Seramai 12,000 orang hadir di Aku.Muzik & Kamu yang julung kali diadakan tahun lepas. Festival ini begitu berjaya sehingga dicalonkan sebagai Acara Dalam Negeri Terbaik Johor untuk 2023. Tahun ini, kami menjangka kehadiran dalam 15,000 pengunjung dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak.”

Beliau juga berterima kasih kepada rakan kongi strategik festival tersebut, seperti pihak Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Visit Johor dan juga rakan kongsi media, Astro Malaysia Holdings kerana turut bersama menjayakannya.

Festival Makanan

Selain dari persembahan muzik yang mengasyikkan, festival ini juga akan menampilkan festival makanan dari MaQan Space. Semua ini untuk memenuhi pelbagai citarasa pengunjung, memberikan pengalaman gastronomi yang melengkapi suasananya.

Baca Juga:

Wacana Srikandi Raikan Kehebatan Wanita Malaysia

10 Cara Capai Kebahagiaan Dalam Hidup

Beli Sekarang!

Harga tiket adalah RM229 (CHILL ZONE FREE SEATING), RM229 (GALAU ZONE FREE STANDING), RM369 (ROCK ZONE FREE STANDING) dan RM569 (ROCK ZONE + VIP LOUNGE ACCESS). Anda boleh membelinya menerusi platform www.ticket2u.com.my

Jadi, jangan sampai terlepas peluang bersama-sama mencatat sejarah baharu dan menikmati keghairahan dalam Festival Aku. Muzik & Kamu 2.0 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru pada 8 Jun 2024 ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme