Kalau tak kena cara diet bulan puasa, jangan terkejut jika berat badan kita jadi bertambah naik! Pengambilan makanan yang berlebihan dan kurang melakukan aktiviti sampingan boleh membuatkan berat badan kita jadi semakin meningkat.
Metabolisme Dalam Badan Rendah
Tambahan pula ketika berpuasa metabolisme dalam badan kita turut menurun sehingga pembakaran kalori menjadi lebih sedikit.
Di samping itu ketika berpuasa biasanya terjadi pergeseran antara sumber energi dan lemak. Lemak itu sendiri merupakan sumber energi kedua yang lebih mudah diolah daripada protein.
Amalkan Diet Bulan Puasa
Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan jika tidak mahu berat badan kita bertambah naik sepanjang bulan Ramadan ini. Antaranya cuba amalkan diet bulan puasa dengan sebaik mungkin.
-
Menu Sahur
Rasa lapar tidak boleh dihindari sepanjang berjam-jam berpuasa, tetapi kita boleh menundanya dengan makan makanan yang kaya dengan protein ketika bersahur dan karbohidrat kompleks yang tinggi serat seperti nasi merah, oatmeal, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kalori daripada karbohidrat terbakar lebih cepat daripada protein. Jadi, ketika bersahur usahakan untuk mengambil makanan yang cukup kalori, protein dan lemak. Cuma, kita tidak digalakkan untuk tidur kembali setelah bersahur kerana pada ketika itu pergerakan usus kita akan jadi lambat.
Sekiranya kita tidur kembali, gerakan usus akan jadi semakin lambat dan makanan tidak akan terhadam dengan sempurna. Tentu sahaja perkara ini menjadi sumber penyakit kita pada kemudian hari.
Baca Juga:
10 Tips Hilangkan Rasa Dahaga Di Bulan Ramadan
Hilangkan Mengantuk Di Bulan Puasa
-
Kunyah Makanan Perlahan dan Hancur
Makanlah secara perlahan dan kunyah makanan dengan sebaik mungkin. Disebabkan telah berlapar hampir sepanjang hari, kita cenderung akan makan dalam jumlah yang banyak dan makan dengan cepat.
Berbuka untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam badan dan bukannya memuasakan rasa lapar atau membalas dendam setelah seharian kita berpuasa.
Lagipun makan yang terburu-buru ketika berbuka atau bersahur boleh menganggu kesihatan sistem penghadaman kita.
-
Minum Air Secukupnya
Sepanjang bulan puasa ini kita mudah mengalami dehidrasi jika tidak minum air secukupnya. Puasa ataupun tidak semua itu tidak boleh kita jadikan alasan untuk tidak minum air dengan jumlah yang mencukupi.
Ketika berpuasa, air masak akan membantu menghilangkan pelbagai racun dalam badan. Pengambilan air masak yang banyak akan lebih efektif untuk menghilangkan racun dalam tubuh.
Ketika berbuka puasa sebaiknya dimulakan dengan meminum air masak, kemudian makanlah buah kurma atau buah-buahan secukupnya.
-
Hadkan pengambilan Makanan Manis Dan Bersantan
Makanan dan minuman manis diperlukan ketika berbuka puasa untuk mengembalikan kadar gula darah dalam badan supaya kembali kembali normal dengan cepat.
Sungguhpun begitu, kita tetap perlu hadkan pengambilan kuih, kek, sirap dan makanan manis yang lain setelah berbuka dan bersahur. Karbohidrat sederhana yang terkandung di dalamnya akan membuatkan tubuh menjadi gemuk dengan cepat.
Ini adalah kerana karbohidrat ini mudah disimpan, dan tubuh jadi berlemak. Apabila kitaingin menurunkan berat badan ketika berpuasa, cuba pilih rasa manis dari buah-buahan, kurma atau pun jus tanpa gula.
-
Protein Dan Serat
Makanan yang kita ambil sebaiknya kaya dengan protein dan serat, terutama ketika kita berbuka puasa.
Kandungan protein, lemak baik serta serat yang mencukupi boleh membuatkan proses metabolisme dalam badan bertambah baik sehingga ketika kita tidur kalori yang terbakar menjadi lebih banyak.
Jadi, untuk anda yang obes atau mahu menurun lebih banyak berat badan, diet Atkins seperti di bawah ini sesuai untuk bulan puasa.
-
Bersenam
Walaupun berpuasa tetapi kita sebaiknya tidak mengabaikan aktiviti bersenam ini. Melakukan senaman di bulan puasa juga boleh menjadi salah satu cara menurunkan berat badan yang efektif. Kita boleh melakukan senaman ringkas seperti berjalan kaki, jogging setempat dan sit up.
Jika anda tidak suka bersenam, gantikan aktiviti senaman dengan aktiviti lasak lain seperti mencuci rumah, berkebun, bertukang, cuci kereta atau kerja berat yang lain. pastikan anda berpeluh dan lakukan dalam tempoh 2-4 jam.
Itulah beberapa cara diet bulan puasa yang mampu membantu kita menurunkan berat badan. Diet yang baik adalah diet yang sentiasa menitikberatkan jenis makanan yang masuk ke dalam badan kita!
2 thoughts on “6 Cara Diet Bulan Puasa Sihat Dan Boleh Kurus”
Comments are closed.