Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara merawat rambut kering

Cara Merawat Rambut Kering Dan Tidak Bermaya

Posted on 04/20/202404/20/2024 by 123mamanet

Cara merawat rambut kering pastinya berbeza dengan merawat rambut sihat. Ada banyak sebab yang membuatkan rambut anda menjadi kering dan kusam

Isi Kandungan hide
1 Punca Rambut Anda Menjadi Kering
2 Merawat Rambut Kering
2.1 Bersihkan Rambut Secara Teratur
2.2 Pakai Perapi Rambut
2.3 Batasi Penggunaan Alat Penata Rambut
2.4 Makan Makanan Sihat
2.5 Biarkan Rambut Terurai Ketika Tidur
2.6 Khasiat Limau Nipis

.Kali ini Mamanet ingin berkongsi 6 cara merawat rambut kering. Anda yang berambut panjang atau berhijab, memang elok baca artikel ini.

Mamanet tahu, kita-kita yang berambut panjang dan berhijab ini perlu lebih menitik beratkan soal penjagaan rambut supaya rambut jadi lebih sihat, tidak berbau dan cantik bersinar.

cara merawat rambut kering

Punca Rambut Anda Menjadi Kering

  • Efek buruk sinar matahari yang terlalu panas dan menyengat.
  • Penggunaan pewarna rambut yang mengandungi zat kimia keras.
  • Efek buruk klorin di kolam renang atau pun air panas
  • Cara merawat rambut yang salah seperti terlalu kerap memakai syampu, menggunakan alat pendandan rambut seperti hair dryer dan hot roller.

 

Merawat Rambut Kering

Cara merawat rambut kering agar rambut kembali sihat dan bersinar.Antaranya:

  1. Bersihkan Rambut Secara Teratur

Cuci rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Jangan culas untuk membasuh rambut kerana ia akan membuatkan rambut anda menjadi berminyak, berkelemuur dan mudah rosak.

cara merawat rambut kering

  1. Pakai Perapi Rambut

Sekurang-kurangnya seminggu sekali anda memakai perapi untuk menjaga rambut agar tetap lembab.

Ketika memakai perapi, pastikan tidak terkena sampai ke kulit kepala kerana ia akan membuatkan kulit kepala anda jadi berminyak dan mudah diserang kelemumur.

Pilih perapi rambut yang tidak mengandungi alkohol.Ini adalah kerana andungan alkohol boleh membuatkan  rambut jadi semakin kering dan mengembang.

 

  1. Batasi Penggunaan Alat Penata Rambut

Anda boleh menggunakan hair dryer untuk mengeringkan rambut, tetapi pastikan tahap kepanasan hair dryer tersebut dalam suhu yang rendah.

Selain itu, elakkan daripada  menarik atau meregang rambut ketika anda sedang menggunakan hair dryer panas. Cara ini bertujuan  untuk mencegah rambut anda daripada mengembang dan bercabang.

 

Baca Juga:

Mekap Tahan Lama 

Jerawat Pasir Di Muka

 

  1. Makan Makanan Sihat

Untuk mempertahankan kelembapan rambut, pastikan anda makan makanan yang sihat. Zat makanan tertentu akan dapat meningkatkan kelembapan, seperti ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dan asid lemak.

Selain itu, sayuran hijau, makanan kaya vitamin A dan C serta makanan yang mengandungi zinc seperti kacang juga boleh dimasukkan dalam salah satu cara merawat rambut kering.

 

  1. Biarkan Rambut Terurai Ketika Tidur

Jika anda suka mengikat ataupun penyepit rambut, lepaskannya ketika hendak tidur. Tujuannya adalah untuk membuat kan rambut terurai sehingga mencegah ia daripada mengembang. Di samping itu juga akan membuatkan akar rambut bebas bernafas.

 

  1. Khasiat Limau Nipis

Limau nipis cukup berguna untuk membersihkan kotoran yang melekat pada kulit kepala dan membuatkan rambut anda menjadi lebih sihat dan bersinar.

 

Cara merawat rambut kering  dengan menggunakan limau nipis sangat mudah. Anda hanya perlu memicit-micit kulit kepala secara perlahan-lahan dengan air perahan limau nipis. Kemudian biarkan selama setengah jam, setelah itu urut-urutlah perlahan-lahan sebelum dibasuh dengan bersih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme