Cara merawat rambut kering pastinya berbeza dengan merawat rambut sihat. Ada banyak sebab yang membuatkan rambut anda menjadi kering dan kusam
.Kali ini Mamanet ingin berkongsi 6 cara merawat rambut kering. Anda yang berambut panjang atau berhijab, memang elok baca artikel ini.
Mamanet tahu, kita-kita yang berambut panjang dan berhijab ini perlu lebih menitik beratkan soal penjagaan rambut supaya rambut jadi lebih sihat, tidak berbau dan cantik bersinar.
Punca Rambut Anda Menjadi Kering
- Efek buruk sinar matahari yang terlalu panas dan menyengat.
- Penggunaan pewarna rambut yang mengandungi zat kimia keras.
- Efek buruk klorin di kolam renang atau pun air panas
- Cara merawat rambut yang salah seperti terlalu kerap memakai syampu, menggunakan alat pendandan rambut seperti hair dryer dan hot roller.
Merawat Rambut Kering
Cara merawat rambut kering agar rambut kembali sihat dan bersinar.Antaranya:
-
Bersihkan Rambut Secara Teratur
Cuci rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Jangan culas untuk membasuh rambut kerana ia akan membuatkan rambut anda menjadi berminyak, berkelemuur dan mudah rosak.
-
Pakai Perapi Rambut
Sekurang-kurangnya seminggu sekali anda memakai perapi untuk menjaga rambut agar tetap lembab.
Ketika memakai perapi, pastikan tidak terkena sampai ke kulit kepala kerana ia akan membuatkan kulit kepala anda jadi berminyak dan mudah diserang kelemumur.
Pilih perapi rambut yang tidak mengandungi alkohol.Ini adalah kerana andungan alkohol boleh membuatkan rambut jadi semakin kering dan mengembang.
-
Batasi Penggunaan Alat Penata Rambut
Anda boleh menggunakan hair dryer untuk mengeringkan rambut, tetapi pastikan tahap kepanasan hair dryer tersebut dalam suhu yang rendah.
Selain itu, elakkan daripada menarik atau meregang rambut ketika anda sedang menggunakan hair dryer panas. Cara ini bertujuan untuk mencegah rambut anda daripada mengembang dan bercabang.
Baca Juga:
-
Makan Makanan Sihat
Untuk mempertahankan kelembapan rambut, pastikan anda makan makanan yang sihat. Zat makanan tertentu akan dapat meningkatkan kelembapan, seperti ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dan asid lemak.
Selain itu, sayuran hijau, makanan kaya vitamin A dan C serta makanan yang mengandungi zinc seperti kacang juga boleh dimasukkan dalam salah satu cara merawat rambut kering.
-
Biarkan Rambut Terurai Ketika Tidur
Jika anda suka mengikat ataupun penyepit rambut, lepaskannya ketika hendak tidur. Tujuannya adalah untuk membuat kan rambut terurai sehingga mencegah ia daripada mengembang. Di samping itu juga akan membuatkan akar rambut bebas bernafas.
-
Khasiat Limau Nipis
Limau nipis cukup berguna untuk membersihkan kotoran yang melekat pada kulit kepala dan membuatkan rambut anda menjadi lebih sihat dan bersinar.
Cara merawat rambut kering dengan menggunakan limau nipis sangat mudah. Anda hanya perlu memicit-micit kulit kepala secara perlahan-lahan dengan air perahan limau nipis. Kemudian biarkan selama setengah jam, setelah itu urut-urutlah perlahan-lahan sebelum dibasuh dengan bersih.