Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
mekap

Mekap Tahan Lama Dan Tak Comot, Ini Caranya

Posted on 09/15/202309/19/2023 by 123mamanet

Mekap Tahan Lama Dan Tak Comot, Ini Caranya

Isi Kandungan hide
1 Mekap Tahan Lama Dan Tak Comot, Ini Caranya
1.1 Trik Supaya Mekap Tak Luntur
1.2 6 Cara Mekap Tahan Lama
1.2.1 Biarkan Pelembab Meresap
1.2.2 Pakai Foundation
1.2.3 Teknik Pakai Bedak
1.2.4 Pastikan Eyeliner dan Maskara Jenis Waterproof
1.2.5 Eyeshadow
1.2.6 Jangan Berlebihan Memakai Concealer
1.2.7 Lipstik Kuat!

Pasti ramai yang nak tahu, kan…  cara mekap tahan lama. Bukan apa, sebab masalah yang sering kita hadapi bila pakai mekap, ia tak tahan lama. Adakalanya  buat kulit muka kita nampak sangat berminyak!

mekap

Trik Supaya Mekap Tak Luntur

Tapi, jangan risau ok, sebab Mamanet punya beberapa trik mekap tak luntur ataupun cara mekap tahan lama dari pagi hingga ke malam hari.Sudah pasti, selepas mempraktikkan cara ini anda pasti akan kelihatan cantik berseri-seri sepanjang hari.

6 Cara Mekap Tahan Lama

  1. Biarkan Pelembab Meresap

Tak kisahlah anda pakai sikit atau banyak pun pelembab muka, anda tetap perlu menunggunya meresap dahulu sebelum mengenakan mekap.

Biarkan sekitar 15 minit, sehingga pelembab muka tersebut meresap dengan sempurna. Jika kulit muka anda jenis berminyak, kurangkan penggunaan pelembab di zon T kerana ia adalah cara terbaik untuk memastikan anda tidak berlebihan menggunakan pelembab muka.

 

Baca Juga: Jerawat Pasir Di Muka 

 

mekap

  1. Pakai Foundation

Penggunaan foundation sememangnya dapat membantu membuatkan mekap kelihatan lebih sempurna. Sebaiknya pilih foundation jenis matte sebab ia tidak berkilat dan efeknya tahan lebih lain.

Selain pakai foundation matte, boleh juga menggunakan mineral base yang susah luntur. Gunakan span bersih  atau jari untuk menyapu foundation pada kulit muka anda bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna dan tak luntur.

 

  1. Teknik Pakai Bedak

Teknik memakai bedak muka yang betul sangat penting kerana inilah salah satu agar hasilnya tidak luntur.Anda disarankan tidak memakai bedak di seluruh muka. Memadai pakai bedak muka hanya di kawasan yang dikatakan mudah berminyak, seperti di zon T dan dagu.

 

BACA INI

  • Resepi Biskut Suji Arab
  • 7 Cara Mengatasi Peluh Berlebihan

 

  1. Pastikan Eyeliner dan Maskara Jenis Waterproof

Memang geram kan.. kalau eyeliner atau maskara yang dipakai luntur atau tidak tahan lama. Hasilnya, kita akan kelihatan seperti orang yang tak cukup tidur, 3 hari tiga malam! Bukan itu sahaja, silap haribulan kawasan sekitar mata kita nampak lebam seolah-olah kena penumbuk!

Bagi mengatasi keadaan seperti itu berlaku, pastikan kita pilih eyeliner dan maskara jenis waterproof. Wajib tau!!

mekap

  1. Eyeshadow

Untuk eyeshadow atau pembayang mata, pastikan sebelum memakai eyeshadow  anda terlebih dahulu telah menggunakan foundation di kelopak mata. Pilih foundation yang bebas minyak. Selain membuatkannya bertahan lebih lama, warna eyeshadow juga akan jadi lebih hidup.

  1. Jangan Berlebihan Memakai Concealer

Memakai sedikit concealer mungkin menjadi salah satu cara terbaik untuk membuat mekap bertahan lebih lama.Tetapi, elakkan menggunakan concealer terlalu banyak di muka keran aia adalah salah satu produk yang paling kelihatan ketika anda memakainya dalam tempoh yang lama.

  1. Lipstik Kuat!

Cara mekap tahan lama untuk lipstik, anda disarankan memakai lipstik yang berbentuk pensil. Sebelum mengaplikasikan lipstik di bibir, pakai sedikit foundation. Selain itu, pastikan anda memilih lipstik jenis matte ya!

 

3 thoughts on “Mekap Tahan Lama Dan Tak Comot, Ini Caranya”

  1. Pingback: Cara Merawat Rambut Kering Dan Tidak Bermaya. Cuba Cara Ini! - 123mamanet
  2. Pingback: Kebaikan Air Lemon Suam - 123mamanet
  3. Pingback: Buang Tahi Lalat Clinic D’UMRA Shah Alam - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme