Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
kebaikan air lemon

Kebaikan Air Lemon Suam

Posted on 04/22/202404/20/2024 by 123mamanet

Kebaikan Air Lemon memang luar biasa. Secawan air lemon suam  merupakan  minuman kaya nutrisi yang menjadi pilihan Mamanet pada setiap hari.Itupun setelah menyedari kebaikan air lemon itu. Jadi, marilah kita beralih ke arah minuman yang lebih menyihatkan badan.

Isi Kandungan hide
1 Jom, Cari Lemon!
2 Kebaikan Air Lemon
2.1 Hidrasi
2.2 Melegakan Perut Kembung
2.3 Membantu Menurunkan Berat Badan
2.4 4. Menyegarkan Bau Nafas

kebaikan air lemon

Jom, Cari Lemon!

Dulu Mamanet suka sangat minum kopi. Dalam sehari, sampai tiga empat kali nak pekena kopi sedangkan Mamanet tahu, pengambilan kopi yang berlebihan itu tidak baik untuk kesihatan tubuh. Masa tu degil sangat, tapi keadaan mula berubah apabila Mamanet tahu kebaikan air lemon ini.

Bagi anda yang ketagih minum kopi , cubalah ikut cara Mamanet  yang telah memilih untuk menikmati kebaikan air lemon suam. Lemon mengandungi banyak zat terutama asid sitrat, kalsium, pectin, vitamin C dan magnesium.

Anda hanya perlu, cuci bersih lemon dan potong nipis sebanyak 3-4 bahagian dan masukkannya ke dalam secawan air panas. Kacau sehingga air menjadi suam-suam kuku sebelum di minum.

Baca Juga:

Mana lebih baik  Susu Full Cream dan Susu Low Fat ?

Ketahui rahsia Mekap Tahan Lama

Cara Pilih Lemon Segar

 

kebaikan air lemon

Kebaikan Air Lemon

Berikut beberapa kebaikannya:

  1. Hidrasi

Minum air lemon suam di pagi hari akan membantu proses pembuangan racun dalam tubuh, sekaligus membantu melancarkan saluran penghadaman.

 

Ketika tidur, kita akan menghabiskan masa berjam-jam dengan perut yang kosong. Akibatnya tubuh akan mengalami dehidrasi dan ia akan menyebabkan pengumpulan racun, stress,sembelit dan sebagainya.

 

Dengan kebaikan air lemon suam di pagi hari dapat membantu anda mencegah dehidrasi, sekaligus membuang racun di tubuh pada hari sebelumnya itu.

 

  1. Melegakan Perut Kembung

Tahukah anda tidur dengan perut kenyang akan membuatkan anda mengalami perut kembung di pagi hari. Air panas suam akan melancarkan sistem penghadaman, sementara flavonoid daripada sari lemon akan membantu mengurangi kadar asid dalam perut sehingga membuatkan anda berasa lebih selesa dalam waktu yang singkat.

 

 

  1. Membantu Menurunkan Berat Badan

Sari lemon mengandungi pectin, serat larut yang membantu menurunkan berat badan. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Bahagian lemon yang paling banyak mengandungi serat pectin adalah kulitnya.

 

 

4. Menyegarkan Bau Nafas

Selain dapat melegakan sakit gigi dan radang gusi, menikmatinya juga terbukti dapat membautkan nafas anda menjadi lebih segar. Anda boleh berkumur dengan air bersih selepas minum air lemon.

 

Tetapi, anda disarankan minum air lemon setelah anda memberus gigi. Ini adalah kerana asid sitrat boleh mengikis enamel gigi, jadi lebih baik jika anda tidak memberus gigi setelah meminumnya.

 

 

 

2 thoughts on “Kebaikan Air Lemon Suam”

  1. Pingback: Rambutan Gula Batu - 123mamanet
  2. Pingback: Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme