Di Malaysia, musim rambutan adalah salah satu waktu yang paling dinantikan oleh penduduk tempatan. Setiap tahun, apabila musim panas tiba, pohon-pohon rambutan yang subur di seluruh negara mulai berbunga dan menghasilkan buah yang manis dan lazat.
Musim ini bukan sahaja mengisi kembali pasaran dengan pelbagai jenis buahnya menarik, tetapi juga menghadirkan rasa keceriaan dan kegembiraan kepada masyarakat Malaysia.
Rambutan
Pohonnya yang indah dengan dedaunannya yang hijau subur mula diperhatikan dengan penuh harapan oleh para pekebun dan penduduk setempat. Mereka menanti-nantikan tanda-tanda awal buahnya yang mula berputik. Apabila buah tersebut mula membesar dan kulitnya mula berwarna merah atau hijau bergantung pada jenisnya, tanda-tanda musim rambutan semakin jelas.
Musim ini bukan sekadar memberi peluang untuk menikmati kelazatan buah-buahan yang manis, tetapi juga menghimpunkan keluarga dan kawan-kawan.Meriah dengan pesta rambutan, di mana orang berkumpul di bawah pohonnya untuk menikmati buah-buahan segar adalah satu tradisi yang masih boleh dilihat.
Baca Juga:
Ada Pelbagai Jenis
Pada musim ini juga turut menggembirakan pasaran tempatan dengan pelbagai jenis buahnya seperti rambutan gading, rambutan budak sekolah, rambutan gula batu dan banyak lagi.
Jenis gula batu, dengan ciri-ciri kulitnya yang berwarna merah gelap ketika ranum ia adalah salah satu klon rambutan yang sangat popular di Malaysia. Isinya yang tebal, manis dan lekang atau longkah membuatkan ia menjadi pilihan utama para pecinta buah di seluruh negara. Buah ini sering dianggap sebagai salah satu variati rambutan yang paling sedap.
Warna putih isinya yang bersinar, melepaskan rasa manis yang luar biasa. Bagi sesetengah orang, rasa jenis gula batu ini begitu kuat, sehingga ia seolah-olah meleleh di dalam mulut seperti gula batu yang manis.
Khasiat Buah Rambutan
Keistimewaan buah yang menyegarkan ini termasuklah rasanya yang manis dan segar amat memuaskan selera. Buah ini mengandungi banyak air, vitamin dan nutrien penting yang baik untuk kesihatan. Di samping itu, ia juga memiliki beberapa kelebihan lain:
-
Kaya dengan Vitamin C
Sumber vitamin C yang baik, yang penting untuk sistem imun yang sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
-
Serat Pemakanan
Mengandungi serat pemakanan yang membantu dalam pemprosesan makanan dalam sistem pencernaan, menjaga kesihatan usus dan mencegah sembelit.
-
Antioksidan
Buah ini mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan flavonoid yang membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.
-
Mineral Penting
Ia juga kaya dengan mineral penting seperti besi, kalium dan magnesium yang penting untuk fungsi badan yang normal.
-
Rasa Segar
Isinya yang manis dan juicy adalah penyejuk semulajadi yang menyegarkan terutama dalam cuaca panas.
-
Sumber Tenaga
Gula semulajadi dalam buah ini memberikan tenaga segera yang dapat membantu mengatasi keletihan.
Kegunaan Perubatan
Beberapa komponen dalam kulit rambutan juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kulit dan sengat serangga.